salam sejahtera semua,
lama dah tak update kan? sibuk dengan line internet yang tak berapa nak waras dan line back up(wifi) yang sangat-sangat teruk...
cerita ni dah lama aku nak kongsikan dengan korang semua tapi tak berkesempatan...
kisah ni terjadi pada bulan 5 yang lepas lagi dah....
korang sedia maklum yang adik husna masih lagi menyusu badan sepenuhnya sehingga ke hari ni.. alhamdulillah rezeki adik masih murah...
jadi disebabkan perkara ini maka aku cuba mengelak jika diminta untuk tugasan yang memerlukan aku meninggalkan anak dan bermalam... aku cuba untuk jadi ibu yang menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin...
nak dijadikan cerita pada bulan 5 yang lepas, bos aku ada hal dan memerlukan aku untuk menggantikan tempat beliau bagi bermesyuarat di Kuala Lipis... alhamdulillah, setiap yang diaturkan itu pasti ada hikmahnya kan? kebetulan pada masa yang sama abg ngah kena demam campak yang belum baik-baik seperti yang aku cerita dalam entry ini..
disebabkan kena demam dan tak selera makan yang teruk tu abg ngah mula meragam... jadi untuk meninggalkan anak yang meragam tu bersama adik berusia 6 bulan di bawah jagaan ayah dia sorang memang merisaukan aku... bukan aku tak percaya shah jaga sorang-sorang tapi aku kalau boleh taknak membebankan dia...
maka, aku ambik keputusan pada hari yang sama aku kena bawak adik husna ke mesyuarat tu jugak!
dahsyat kan keputusan aku?
maka pagi 29/5 tu aku bawak adik husna ke tempat kerja... dalam pukul 12 tengahari kami bertolak bersama pemandu ke Kuala Lipis... aku tau kalau jadi apa-apa di dalam perjalanan memang takde apa yang boleh cover tapi nak buat macamana kan terpaksa jugak...
sampai di lipis dah petang dah pun... aku dah siap booking hotel siap-siap dah.. risau je lambat-lambat kang adik buat hal nak cari hotel lagi kang..lagi haru...
tapi masa booking hotel lipis plaza tu ok je kata ada baby cot dan aku minta katil queen.. sekali aku dah masuk bilik...aiii?
katil twin? dan baby cot pun takde? pasal katil tu aku turun balik mintak budak hotel tu tolong cantumkan... sekali dia datang tolak sikit je bagi rapat...adehhh....
bukan tu je.. telefon dalam bilik pun takde... aiseh....tv? lagi la... aku siap kena call shah pasal tak dapat tengok drama bersiri kat tv9 masa tu...hahaha...
pagi esoknya aku siap hampar selimut depan bilik air pasal takut adik tergolek jauh dari mata aku kan...maklumlah takde orang jaga dia.. takde baby cot lak tu...
layan je la gambar budak yg jadi mangsa keadaan ni...
kesian dia kan?
dalam pada kesian-kesian kat anak tu... tengok ummi dia order apa untuk makan malam?
haaaa... berbaloi-baloi.... black pepper mee dia ni memang superb... kalau datang lipis korang gi order eh...
tapi bestnya satu aku siap dah survey semua hotel yang ada peti cuma kat sini je la yang boleh sediakan tu pasal aku stay sini... untuk simpan stok susu adik esok punya...
aku keluar pulak pagi tu gi sarapan, ada pulak mata-mata yang pelik tengok aku dress macam nak gi keja tapi kelek anak bawak gi sarapan kat hotel tu kan... aku? abaikan je la.. perut aku lapar... tapi makan nasi lemak sikit je dah tak lalu dah... orang asyik nooo memandang... pelik ke sangat aku ni? ke ada gaya aku keluar dari hutan mana ntah ni.....jeng..jeng..jeng....
pastu aku lepak kat bawah tunggu pemandu ambik... terus kami ke Institut Perguruan kat lipis tu... ada pulak jumpa sedara Tina (member baik aku) kat sini... akak dia pensyarah kat situ... hahaha... melepak dan berborak jejak kasih kami selama menunggu orang datang ke bilik mesyuarat.... korang layan gambar institut ni ye...
best kan duduk sini.... tenang je.....
bila dah masuk bilik meeting aku ambik port hujung sekali... pasal nak letak husna senang karang... buat la dia buat hal taknak hisap botol dia kang... tak ke naya aku kalau duduk tengah-tengah?
tapi alhamdulillah akhirnya Allah permudahkan urusan kami.... husna hanya berbunyi di saat turn ummi dia berbicara sahaja iaitu di penghujung mesyuarat.... rimas kot ummi dia membebel banyak sangat... dah ummi ko kepoh nak buat macamana nak oiii....
boleh pulak diorang ajak lepas tu tengok orang buat dodol gula kabung la pulak... aiseh rugi la kalau tak gi kan? maka... ini la hasilnya....
meh layan pulak video husna memain dengan botol dia ni haaa... di masa dan hari kejadian ni tau....
dia memang saje je nak direct dengan aku lerrr tu....
p/s hehe....terkejut dato' pengarah tengok aku bawak anak...ayoyo.... tapi aku respek dia tak bising pun (belakang aku tak tau la)
errr kalau korang jadi aku korang buat camne ek? bawak anak tak?

kat sini bilik meeting kami tu...

best nyer kak :)
BalasPadam