dugaan mendatang,,semoga dosaku terhapus.. - Cerita Ita                                                             dugaan mendatang,,semoga dosaku terhapus.. Langkau ke kandungan utama

dugaan mendatang,,semoga dosaku terhapus..

salam sejahtera semua,

maaf ye kalau ada ejaan yang tertinggal hurufnya... aku tengah praktik menulis sebelah tangan je ni....

sila jangan panik dulu ye... tiada apa yang berlaku pada tangan aku yang sebelah lagi ni pun... cuma adik husna tengah menyusu dan duduk atas riba... redha je la...

aku pulak tengah meregangkan badan yang dah marathon dari tadi lagi.. balik keja tadi berkejar2 masak pasal shah nak kena ot malam ni.. dengan anak-anak belum makan...dengan aku belum masak.. berkejar2 aku bagi adik bubur nasi sambil abg ngah celah-celah... pastu aku buat pulak jejemput udang kering kat abg long...last sekali bila dah letih aku makan 2 biji jejemput je dah pun kenyang... alhamdulillah... eh leh kurus la cam gitu kan?

hari ni pulak tak boleh online kat opis pasal internat buat hal... takpe esok aku bawak en wifi aku ni sekali gi keja.. lega sikit kan...?

banyak ooo nak cite kat korang tapi masa sangat mencemburui kita...ceeewaaah...

ok..ok.. ni real story punya...

tajuk kat atas tu terkeluar pasal aku dideritai "cirit birit" sejak dari malam sabtu lepas... kensel cadangan awal yang nak berjimba-jimba bersama suami dan anak-anak di samping memasak masakan yang sedap-sedap belaka....

apa tak nye.... malam sabtu tu je dekat 5 kali aku ulang alik ke bilik air... azab betul rasanya.... tapi mujur juga sempat ke tandas... kalau dibuatnya melambak kat depan pintu bilik air ke sapa nak jawab kan? hahaha... sah shah kena jawab... hehe... betul tak bang?

ceritanya pasal aku sayang baki rojak petik yang berada di dalam peti ais kami la ni.... mengingatkan atas usaha jerih aku membuat rojak tu... maka dengan gigih aku juga aku mengabiskannya tau...last-last... bukan pujian yang diharapkan dapat daripada shah... tau apa dia kata..."ada lagi sayang makanan dalam peti yang boleh dihabiskan tu... gi la makan" perlinya dengan nada yang amat lembut.... ceh...sabor je la...

dan seharian sabtu tu aku berjaya membaringkan diri dan mempuasakan diri dengan cuma minum air garam...dalam pada masa yang sama menyusukan adik husna...waa.. azab tau....dengan laparnya... hausnya...mengigil-gigil demamnya... alhamdulillah berjaya kuharung semuanya...dan akhirnya hari ahad tu aku dah boleh berdiri...lega tau... anak-anak semua pun macam happy gila ummi dia dah boleh bangun dan memasak... macamana la kalau aku takde agaknya kan?

satu pengajaran yang amat berbaloi buat aku ni....lepas ni rasa nak makan apa-apa yang fresh pun tak berapa nak selera je dah...

ni ditambah husna pulak demam nak tumbuh gigi lagi...

p/s yang lagi berbaloi kan....masa aku sakit perut tu aku sapu losyen super hot mustajab banyak2...teruuuss aku rasa cam ramping je sampai hari ni...ahaks..!

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...