edisi khas.. pasal Restoren Belangkas Mahkota lagi.. - Cerita Ita                                                             edisi khas.. pasal Restoren Belangkas Mahkota lagi.. Langkau ke kandungan utama

edisi khas.. pasal Restoren Belangkas Mahkota lagi..

salam sejahtera semua,

dah selamat makan tengahari?

jadi boleh aku cerita pasal makanan kan?

di entry ni dulu aku ada cerita pasal makan-makan kat Restoren Belangkas Mahkota di Kota Tinggi (daerah kelahiranku)...

ada ramai yang email dan tanya kat mana sebenarnya lokasi kedai ni....

ok kat sini aku nak cerita detail sikit ye....

kalau korang sampai kat Kota Tinggi tu mesti korang lalu area bandar dia kan? tak kira la dari johor bahru ke dari kluang ke... cuma kalau korang dari mersing arah dia ni terbalik sikit....gambar-gambar ni aku ambik masa aku balik beraya ke kota tinggi bulan lepas...

ini aku bagi dari arah bandar Kota Tinggi ok... dari menara jam Kota Tinggi kat depan Maybank tu...

lepas je menara jam tu korang akan jumpa stesen minyak Shell yang besar... lepas dari stesen minyak tu korang jumpa jambatan...perhatian ok ini jambatan pertama dari bandar... kalau korang dah jumpa jambatan kedua...sila patah balik pasal dah terlepas dah tu....

lepas jambatan pertama yang ni....


ni aku intai restoren dia dari lepas jambatan.... haaa... nampak tak kat celah tu...? amboi kalau celah laju je tengok...


korang akan jumpa pulak stesen minyak yang ni....



masuk terus ke simpang tu... maknanya sebelum nampak jambatan tu bawak slow la sikit... lepas je sikit jambatan terus masuk ke simpang stesen minyak belah kiri.... dan lepas tu korang masuk je simpang kiri yang pertama pulak... yang ada orang park keta tu...terusssss.... masuk parking restoren ni... senang kan? ok sila la pergi ya... tapi harap maklum... sila datang sebelum pukul 2 petang sebab kalau lepas jam tu aku tak jamin makanan atau tuan kedainya ada lagi tak di kedai tu ye.... sangat laris ni woooo...

p/s teringin nak makan belangkas... petang kang gi cari tepi sungai jom.. kot-kot la ada... kat sini diorang jual cuma RM2 je seekor...berbaloi-baloi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...