Perhatian...kami dah tukar! - Cerita Ita                                                             Perhatian...kami dah tukar! Langkau ke kandungan utama

Perhatian...kami dah tukar!

salam sejahtera semua,

untuk pengetahuan kawan-kawan serta keluarga yang dekat dan jauh semua...

kami sekarang ni dah selamat bertukar dari menjadi pengguna "TEGAR" CELCOM selama lebih 12 tahun yang lepas....

sekarang ni untuk pengetahuan semua kami dah bertukar kepada MAXIS ye.....



ini semua kerana....bayaran pelan yang aku rasakan agak kurang berpatutan... (aku masih dengan plan yang lama-lama dulu) dan juga khidmat iklan yang "agak berlebihan" di talian celcom... aku dah jadi hilang sabar....

memula dulu aku ada buat report ke celcom center... pastu apa diorang kata... mana message yang aku nak buat report tu? dari nombor mana? bila aku cakap iklan selalu datang dari no 6**** tapi diorang nak bukti gak... bukti aku dah delete pasal taknak memenuhkan ruang kat hp aku yang ciput ni...

pastu dia cakap pulak kalau dapat message lagi simpan message dari nombor tu untuk rujukan nanti...huk alah... banyak tu... kalau seminggu aku dapat dalam 5 sms tak ke penuh memory phone aku ni wei... dah la micro SD aku tu kecik je... belum lagi gambar anak-anak yang banyak nak kena simpan dalam tu kan....eh..eh...

pastu memula aku simpan la jugak... tapi bila nak ke center je pun sekian masalah... bila call pun masih takde tindakan.. akhirnya aku pasrah... CELCOM memang tak nak aku jadi pelanggan dia dah....agaknya la kan? ke korang pelanggan CELCOM memang dapat sms sama cam aku gak?

pastu bila aku nak shift ke MAXIS dia offer lak rebat RM10 setiap bulan sampai 6 bulan... maka aku yang mata duitan ni pun langsung setuju... hahaha... jangan marah ye adik azah......

p/s pengumuman ini penting untuk kawan-kawan yang sentiasa menghadkan kredit limit mereka untuk sms dan call... (ye la dari telco yang sama murah sikit kan?...)

Ulasan

  1. zty penguna tegar maxis .. celcom xbest !.. maxis best sbb murah sngt .. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke? akak macam rasa tak best sangat la.. maxis line kurang clear.. dalam bilik opis ni pun balam-balam je dah ni..

      Padam
  2. salam..dulu aku ada dpt bnyk iklan juga. then aku call je customer service celcom yg 1111..alhamdulillah takda tnya bnyak,dia cuma tnya nak stopkan ke iklan tu..jadi dia off la dan tu jugak..(rasanya lah..tp lebihkurg gitulah..lama dulu) ..adik aku pun gitu..tak yah g celcom centre

    aku masih guna yg sama cuma tukar plan je yg lebih murah dan berbaloi bg yg tak guna sgt hp cam aku hehe

    ok..plan dah tukar, jgn lupa save no aku plak yerr hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak garang cam ko kot...hahaha.. tu yang dia bolayan je tu... tak pe la kalau tak ok maxis gak aku tukar lagi...berapa banyak kali nak tukar kan..hehe...
      hak di tangan pengguna kan?

      Padam
    2. u r right..sbb hak di tangan penggunalah sepatutnya dia tak bole bolayan kat ko cengitu..

      kahkahkah i tak buat suara garang tapi i buat suara macam boss2 giteww..kahkahkah

      Padam
  3. Saya pun pengguna tegar Maxis sejak berkurun lama. Tapi saya cuma prepaid hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...