Putu Bambu Sedap di Kluang - Cerita Ita                                                             Putu Bambu Sedap di Kluang Langkau ke kandungan utama

Putu Bambu Sedap di Kluang

salam sejahtera semua,

korang semua sihat hari ni? aku alhamdulillah sihat di samping jamuan raya yang ada hari-hari di sini... jauh lebih sihat tentunya kan? hehe...

hari ni aku nak cerita pasal Putu Bambu.... ada yang tak kenal putu bambu tu apa?

ok putu bambu ni adik beradik dengan putu piring jugak la... juga sedap macam putu halba yang hanya boleh dapat kat kelantan...

kalau dulu memang shah kena redha je dengan kegemaran aku yang suka sangat makan adik-beradik putu ni.... tapi hanya putu dibuat di johor jadi kegemaran aku..... pasal yang ada di kuantan ni tak menepati citarasa sangat.... kenapa? orang yang biasa makan putu dia tau kenapa...

kalau kat johor putu bambu dia siap-siap dah golek dengan kelapa parut tapi kalau di kuantan ni di letak kat tepi je dan ada pulak gula pasir sejemput kat situ sekali... itu yang paling aku tak berkenan tu....

masa baru-baru kawin dulu kalau kami balik johor ada sorang mamat yang jual putu bambu kat simpang keluar dari mersing nak ke nitar... putu dia memang marveles la... tak sah kalau tak singgah beli... sekarang mamat tu dah takde.. taktau kat mana dia berjual dah sekarang ni...

tapi sekarang ni kalau aku balik kluang ada tempat dah nak beli putu bambu sedap ni... pertama kat sini...
Putu Bambu Taman Intan...

memang sedap betul dia buat... sekejap je anak-anak abiskan sebekas rm2 tu... rm2 ada 6 biji... sesiapa yang terlanjur lalu kat taman intan kluang tu leh la singgah... gerai diorang ni dekat dengan kawasan lapang belakang giant taman intan tu...

tempat kedua kalau takde kat taman intan tu boleh singgah kat sini pulak... alamak gambar takde la pulak...
kat batu 4 kluang... taman apa ye tempat tu yang ada stesen esso sekali dengan marrybrown tu... aduhai nama taman lupa pulak... tua dah aku ni... gerai ni kat area parking depan deret kedai runcit... masuk je simpang lepas caltex tu dia dorang je jual putu bambu...

tapi kalau korang sampai kluang atau air hitam.... tak payah singgah sini pun tak pe la...

pasal aku rasa tak berbaloi.... ini pendapat aku dan family aje tau... kualiti dia tak sebagus yang diwar-warkan... dah la harga dia mahal... pada aku tak special mana pun.... tapi kalau dah nama pencinta putu bambu kan... tak sedap pun abis gak....hahaha....


p/s kalau ada sedara mara keja kat situ jangan bagitau diorang ye.. karang kata aku tutup rezeki orang pulak kang....

Ulasan

  1. makanan ni nak tau sedap ke tak kena makan masa lapar.. semuanya sedap.

    BalasPadam
  2. Satu tempat lagi kat depan al husna jalan penghulu kassim,Putu bambu darul takzim.packaging special alaf baru.perisa pandan pun ada kat situ.trylah test kat sna.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...