Tragedi : Husna Jatuh Tangga!!! - Cerita Ita                                                             Tragedi : Husna Jatuh Tangga!!! Langkau ke kandungan utama

Tragedi : Husna Jatuh Tangga!!!

salam sejahtera semua,



fuyoooo..... tragik kan bila baca tajuk tu?? dan mesti pelik jugak bila budak comel ni jatuh tangga...
kejadian ni berlaku hari isnin lepas.... aku nak cerita pun seram pasal takut orang menyalahkan aku.... walaupun sebenarnya memang aku yang salah.... hukhuk... memang aku yang salah....

cerita dia macam ni....

kalau shah kena keja malam aku akan balik rumah dan berkejar-kejaran untuk mandi dan uruskan anak-anak....

dan malam isnin hari tu dia kena ot malam... maka aku pun macam biasa la kelam kabut.... mana abg ngah dengan abg long nak makan lagi... adik nak makan lagi... dengan abg ngah sibuk suruh buat susu... adik nak menyusu lagi... wah... kalut tu.... last-last aku yang selalu tak dapat makan malam... tu boleh kurus tu kot....?

peristiwa malam isnin tu aku tengah leka bubuh nasi kat abg ngah kat dapur, masa ni adik husna ada kat ruang tamu lepak-lepak depan tv selepas makan....aku tak perasan pulak yang pagar kat tangga terbukak... entah sapa yang bukak ntah...

lepas bubuh nasi aku nak asing-asingkan ikan dengan tulang bagi budak bujang berdua tu makan....

tetiba aku dengar suara adik husna bunyi... "oohh...oohh" bunyi macam kat bawah meja....

aku jenguk takde... tetiba aku terfikir tangga... aku toleh je bunyi dia jatuh dan bila aku kejar aku dapat capai dia kat mata tangga kedua..... wah... cepat betul kan? ... aku pecut macam woody woodpecker dah rupanya tau....punya la nak sambut anak....

kesal betul aku masa tu... dia punya menangis waaa.... toksah cakap la...

tapi sekali aku bagi air masak... terus senyum... alahai... kecut perut ummi ko ni nak oiii...

lepas tu terus aku sambung balik pilih isi ikan untuk abg-abg dia....

lepas selesai semua, aku lepak-lepak bagi susu kat husna sambil belek-belek badan dia tengok kalau-kalau ada yang tak kena... risau kau! maunya tak!

p/s lepas ni memang kena pastikan pagar tu sentiasa tutup... kalau tak ada yang menyesal tak sudah esok..

Ulasan

  1. takut kak ita baca..nasib baik tak ada yg teruk berlaku...kejap aje husna besar ya ita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya lagi takut kak.. lepas hilang takut tu yang baru leh publish entry ni.. rasa bersalah sangat2..

      Padam
  2. anak saya pon pernah jatuh, tapi bukan jatuh tangga, jatuh katil.. main loncat2.. then silap landing drpd lompat katil, jatuh, dia atah tgn. saya bwk dia kat bomoh patah. dia br umur 2 thn 4 bulan. alhamdulillah, after 1 month, dia dah baik sepenuhnya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...