salam sejahtera semua,
pagi tadi aku ada buat entry WW # 3 kan? korang dah baca? kalau belum gi tengok dulu....
aku ada tanya kat korang apa diorang tu nak buat kan? ada yang jawab diorang nak buat rakit....teeeetttt...jawapan anda salah mama pipie...hihi....
diorang sebenarnya nak buat persediaan untuk majlis berkhatan anak-anak staf JPV Pahang...meriah betul diorang buat tahun ni....aku siap bawak kamera nikon gedabak tu nak ambik gambar...punya la bersemangat... tapi malangnya masa acara yang best bermula... sekali bateri habis daaa....letih kan mengangkut benda berat tu tapi sia-sia...alahai...
lastnya aku ambik gak gambar pakai hp yang satu ni.... ok korang layankan aje acara yang meriah ni ye...
acara dimulai dengan marhaban oleh kumpulan yang dijemput khas dan semua staf yang hadir...
selepas tu ada minum pagi dan disambung dengan acara berkhatam oleh anak staf yang terlibat... comel tengok anak-anak kecil mengaji...
kemudian acara disambung dengan mengusung anak-anak yang diraikan untuk majlis berkhatan dengan menggunakan alat yang diperbuat dari buluh yang dipanggil tandu... haaa...ini la jawapan teka gambar pagi tadi tu...
acara selepasnya adalah acara bersanding dan menepung tawar semua anak-anak ini... mereka diberi sumbangan bunga telur dan juga wang cenderahati...
seterusnya acara yang ditunggu-tunggu adalah acara mandi sampat oleh Jabatan Bomba dan Pengarah JPV Pahang...ini adat orang Pahang...
nasib la masa aku kahwin dulu diorang tak buat macam ni... hahaha...meriah sungguh....
p/s makan goreng pisang sambil layan result yang berlambak dalam suasana hari nak hujan...best wooo...esok pagi nak ke Jerantut lagi...
pagi tadi aku ada buat entry WW # 3 kan? korang dah baca? kalau belum gi tengok dulu....
aku ada tanya kat korang apa diorang tu nak buat kan? ada yang jawab diorang nak buat rakit....teeeetttt...jawapan anda salah mama pipie...hihi....
diorang sebenarnya nak buat persediaan untuk majlis berkhatan anak-anak staf JPV Pahang...meriah betul diorang buat tahun ni....aku siap bawak kamera nikon gedabak tu nak ambik gambar...punya la bersemangat... tapi malangnya masa acara yang best bermula... sekali bateri habis daaa....letih kan mengangkut benda berat tu tapi sia-sia...alahai...
lastnya aku ambik gak gambar pakai hp yang satu ni.... ok korang layankan aje acara yang meriah ni ye...
acara dimulai dengan marhaban oleh kumpulan yang dijemput khas dan semua staf yang hadir...
selepas tu ada minum pagi dan disambung dengan acara berkhatam oleh anak staf yang terlibat... comel tengok anak-anak kecil mengaji...
kemudian acara disambung dengan mengusung anak-anak yang diraikan untuk majlis berkhatan dengan menggunakan alat yang diperbuat dari buluh yang dipanggil tandu... haaa...ini la jawapan teka gambar pagi tadi tu...
mengusung dengan tandu diiringi dengan paluan gendang Pahang
seterusnya acara yang ditunggu-tunggu adalah acara mandi sampat oleh Jabatan Bomba dan Pengarah JPV Pahang...ini adat orang Pahang...
mandi sampat
p/s makan goreng pisang sambil layan result yang berlambak dalam suasana hari nak hujan...best wooo...esok pagi nak ke Jerantut lagi...
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.