salam sejahtera semua,
ada sesiapa tengok rancangan Bella tadi?
menarik juga tajuk hari ni...aku bukan peminat setia rancangan ni sebenarnya...teralih je tadi masa nak cari cerita best kat tv tadi...
diorang bincang pasal diet yang dapat membantu mereka yang merancang untuk mendapatkan anak...
selalunya memang tajuk dia best-best pun tapi tak larat nak tengok pengacara dia, Daphne Iking (betul ke aku eja ni...?) yang seksi bebenor....betul ke aku dengar dia ni dah masuk islam...nampak macam tak berubah pun cara pemakaian dia...kalau betul aku rasa kena la ambik tindakan dari ambik tindakan pada yang bukan islam kan?...eh melalut pulak dah....
ok kita sambung cerita pasal kopi tadi...menurut kata Pegawai Diet tadi tu...Nurul Azzah nama dia kalau tak salah...kalau aku salah sila betulkan ye...dia kata kurangkan minum minuman yang berkafein kalau bercadang nak dapatkan anak...sebab dah ada kajian yang mendapati minuman berkafein ni menyebabkan kemandulan...
cadangannya supaya untuk orang biasa supaya menetapkan pengambilan tak lebih 2 cawan sehari dan untuk yang nak dapatkan anak kena ambil tak lebih 1 cawan sehari...
ada juga dicadangkan supaya mengamalkan diet yang tak meninggalkan sarapan kerana bila kita meninggalkan sarapan untuk berdiet kita akan jadi lebih lambat untuk kurus...
kunci dia....*take good breakfast, moderate lunch,simple dinner and rainbow diet*
bagus info ni...terbaru pun ada Dr. Zubaidi tulis dalam blog dia antara punca keguguran pada trimester pertama dan kedua adalah sperma yang tidak sihat dan sebabnya pemakanan suami yang kurang berkhasiat....
p/s tengah cemas tengok bola ni...cepat la gol wahai harimau malaya....
bila mase adek jadi pgawai diet ngah ?
BalasPadam