Astro Njoi....kami dah..anda bila lagi? - Cerita Ita                                                             Astro Njoi....kami dah..anda bila lagi? Langkau ke kandungan utama

Astro Njoi....kami dah..anda bila lagi?

assalamualaikum semua,

salam pagi jumaat...

ni cerita hari semalam... disebabkan shah off semalam maka aku pun dengan rasminya ambik cuti jugak supaya kononnya bolehlah sama-sama berehat di rumah....

tapi plan kami terpaksa ditukar dari rehat-rehat kat rumah kepada buat semua urusan peribadi pulak...
selepas je hantar abg long ke sekolah..kami pergi beli sarapan kat kg. kempadang..sedap nasi lemak, kuih bingka ubi dan kuih kole kacang makcik tu....

sedang kami membeli sarapan, datang pulak satu rombongan polis yang terdiri dari 3 orang lelaki...sibuk dia bertanya makcik kuih tu...kat mana nak beli kuih bingka.... aku tak pasti kuih bingka apa yang diorang tanya sebab aku kat dalam kereta masa tu...dan bila aku tanya kat shah pulak dia jawab...ntah...sabor je la kan..harap maklum ye...bersuamikan orang yang bukan blogger ni jiwa dia nak mengambil tau tu agak kurang...hihi...

dan jiwa aku pun tak berminat nak ambik tau bila dia cakap...

"ntah...serabut tengok makcik tu jawab..kejap bila polis tu tanya dia jawab ada..pastu anak dia jawab lak...orang sebelah ni yang jual mula pukul 12 kang...pastu makcik tu celah lagi cakap ada...pening dah tengok polis tu ..karang kalau abg cakap pulak mesti lagi pening polis tu"....heee...

agak-agak korang patut tanya tak lagi bila dengar jawapan tu...tapi aku tengok pun macam kelam kabut je tadi...apa pun nasi lemak dan kuih makcik sedap lah!


nasi lemak ayam bungkus tapi bukan makcik tu punya.. 


tapi nak bungkus pun kena hati-hati...jangan sampai jadi camni...hihi... pinjam FB kuantan punya gambar.. 

lepas balik rumah sarapan kami keluar untuk ke celcom, Cimb dan pejabat pos...banyak sangat urusan pagi semalam...selesai semua dalam pukul 11.30 pagi...sedang elok je nak ambik abg long dari sekolah...tunggu sekejap kat depan sekolah sampai pukul 12..pastu kami bawak dia balik rumah...mandikan anak-anak...lepas zuhur dalam pukul 2 lebih keluar semula ke astro....

haaa...yang ni yang nak cerita ni..pasal dua tiga hari ni aku tengok sibuk sangat orang tanya Astro Njoi ni ok ke tak? betul free ke tak?

jawapan aku... mana ada free kat dunia ni sayang oiii....cuma dia takde komitmen bayaran bulanan la...



sebenarnya kami dah lama plan nak masuk njoi ni...sejak semua rumah di kawasan kami duduk ni dah berpenghuni dan dah dihiasi oleh piring-piring astro yang berkilauan... aku pernah cerita pasal astro kami kena potong dulu kan? kat situ gak aku ada cerita konon-konon nak dapat yang kad free tu... hampeh... tunggu sampai sudah takde pun.... jadi selepas tu kami aman damai tengok tv dengan ariel yang ala kadar atas tv tu je pun...ala tv aku pun bukan lcd atau led tv pun...

tetapi selepas taman perumahan kami dihiasi dengan piring astro tu mula la masalah... siaran tv lain ok je...tapi tv2 tu yang paling sedih...kiranya macam nak kena hangguk-hangguk la sekali dengan gambar kat tv tu kalau nak tengok..

yang paling sedih time anak-anak nak tengok cerita ultraman setiap sabtu tu...dan juga shah bila nak tengok drama p. ramlee setiap malm isnin tu...last-last mesti dia tengok muka aku...(pasal aku yang suruh potong astro...hikhik...)

maka disebabkan letih dah tengok gelagat diorang selama dekat setahun ni...maka kami pasrah la menghala ke astro service center kuantan semalam..

sesampai je kat situ..jaga tu tanya nak buat apa? kami kata nak daftar njoi...

dia pun suruh kami tunggu pasal ada seorang lelaki tengah isi borang kat meja bulat dia tu...ooh lupa nak bagitau...kami tak payah ambik nombor giliran ye...

tapi bila sampai je giliran kami...

kami cakap kat agen tu yang ami dah ada dekoder, remote dan kuali pun masih terpacak di atas bumbung rumah...jadi macamana nak pasang njoi kan?
terus pulak agen tu kata...haa yang tu kena ambik nombor dan daftar kat kaunter....laaaa pulak?

kami ambik nombor...mujur tak ramai orang...tak lama terus dapat giliran..sampai je kat kaunter...urusan mengaktifkan semua smart kad selesai selepas bayaran RM99 dibuat...perhatian kat astro service center ni bayaran hanya boleh dibuat menggunakan cek, debit kad dan kad kredit sahaja ye...diorang tak terima duit tunai..kalau nak buat dengan bayaran duit tunai kena hubungi mana-mana agen yang dilantik..kedai elektrik pun boleh kot...tapi itu di kuantan la...tempat lain aku tak pasti...

dan kami dimaklumkan yang perkhidmatan hanya akan diaktifkan tak pasti berapa lama sebab kes kami diswitch dari astro biasa ke njoi...kira downgrade la...paling lama ambik masa 15 hari...dan paling awal setelah ditelefon mengatakan 2 hari bekerja... eh sabtu kira hari bekerja lagi ke?

dan diberitahu juga pada kami kalau nak cepat kena daftar ikut service baru...yang mana kami kena bayar RM280 untuk semua kuali, dekoder dan remote baru termasuk pemasangan...yang mana tentu la kami reject sebab nak buat apa kuali dan dekoder banyak-banyak kat rumah kan? jadi kami putuskan nak tunggu je la dalam tempoh masa yang diberikan..

ada pilihan lain lagi untuk korang tau ada pakej murah sikit dari tadi tu...RM180 sekali dengan pemasangan...yang ni murah pasal dia guna dekoder dan kuali yang terpakai cuma dikemaskini je...
njoi ni buat masa ni ada ada chanel tv yang berikut ni je...lain-lain sila jangan tanya ye...cukup la nama pun orang bagi free kan... dan lagi murah dari memula pakej diperkenalkan dulu...


ada jugak pilihan prepaid disediakan macam kat bawah ni...terpulang pada pilihan masing-masing...
dan untuk kesimpulannya kami dah masuk cuma belum dapat uji dan bagi review lagi ye...harap maklum...review mungkin dibuat pada minggu depan...



ada tambahan tv3 dan tv9 dan jugak siaran radio


yang aku pernah letak kat SINI tahun lepas.. 



hujan dah start turun mencurah-curah kat kuantan ni...dengar ramalannya berterusan sampai hari ahad... adakah ini bermakna pengujian ke atas njoi jugak akan tergendala...oh...tidak!!


hujan rahmat mencurah di kuantan 

p/s berangan nak pasang njoi kat rumah abah di kaki gunung tu...kesian tengok bila nak tengok tv...azab nooo...nak pasang astro tentu2 kena reject..huh! membazir kata abah...

UPDATE 11/7/2013 : entry ini telah ditulis berbulan yang lepas dan promosi astro njoi pun dah abis jadi kalau nak cerita terbaru pasal njoi sila baca di ENTRY NJOI UNTUK MENJAWAB KOMEN ok... 

Ulasan

  1. menarik nie ...
    hurmm ada juga call ..
    tapi malas nak layan ekek ;)
    tgk lah nanti ..

    aah kat sini pun ujan dik ! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak terdesak cam kami...tak yah la kak.. boikot je.. biar diorang bagi semua chanel free terus...hihi..

      Padam
  2. Pasang kat rumah nenek pun bagus nie. Kesian nenek...dapat tengok TV3 semata2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak, macamana boleh termiss komen akak ni..
      kami pun pasang untuk orang tua kat kampung kak..

      Padam
  3. laaa astro baru lak ke?? rumah ena baru tukar astro beyond.. urghhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. astro beyond tu untuk orang yg ada2 je dik.. hihi... akak ni ada2 gak... ada 2 cincin berlian tau! tu yang tak bape mampu nak bayar bulan2..

      Padam
  4. Kalau pasang Njoi tak perlu bayar yuran langganan bulanan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak perlu.. hanya bayaran untuk permasangan dan peralatan tu je..

      Padam
  5. Kalau masa hujan lebat Astro Njoi boleh tgk x??

    BalasPadam
  6. nak thu dealer kat kuantan ade x..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. errr... dealer tak tau.. kami terus ke astro center kat jalan air putih tu..

      Padam
  7. Rugi pasang njoi. sama tahap bosan pakai HyppTV unifi tu. semua ni saya sedang lalui. Nilah free. tak lama lagi sambung PVR astro superpack yg telah dipotong sebab tak bayar. Muahahaha. berapa banyak daa dekoder saya ada.. P/S : untungla sape dok JB, dapat channel free dari malaysia/Sgapore&Indonesia - Pengguna semasa NJOI/Astro Superpack & HyppTV Unifi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rugi... hmm.. jangka masa panjang tak la kot.. lebih2 lagi kat area yang susah nak dapat channel biasa kalau pakai ariel biasa... pulak tu kawasan yang tak ada liputan Unifi macam kami di kuantan ni lah..

      Padam
  8. Balasan
    1. masih tak ok macam astro biasa... kami still back up dengan ariel biasa..

      Padam
  9. mcm mne nk dpt yg 180 tu kak.. ade no hp org yg pasang tu x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang

      Padam
    2. Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang

      Padam
    3. kat kuantan nak beli topup nJOI tu kat mana???

      Padam
    4. byk jual kat kedai2 runcit..kalau area berjaya permai ada satu kedai runcit mmg jual.

      Padam
  10. mcm mne nk dpt yg 180 tu kak.. ade no hp org yg pasang tu x?

    BalasPadam
  11. mintak no hp org yg pasang tu bleh kak? sy cek pakej 180 xde pun.. pkej 408 n 208 ade la

    BalasPadam
  12. Salam.Nih dealer Astro NJOI nak bg penjelasan cket.Pakej Astro NJOI ada 2, iaitu RM280 & RM408.RM280:set refurbish, RM408 set baru dgn warranty 1 tahun. Xder nye harga RM180 termasuk pasang. RM180 tu hanya harga set je. Caj pasang standard RM100. Kalau sesape nak melanggan, boleh hubungi saya 019-8909831 atau facebook: astro.njoi@gmail.com atau nak daftar jd agen pun boleh. Komisen dibayar oleh Astro sendiri. Bukan MLM. Juga boleh tengok iklan kami di lelong.com.my (search: astro njoi)

    Salam & selamat berpuasa semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas penerangan... saya juga dah jawab dalam entry terbaru.. tengok update di atas.. ;)
      saya letakkan komen en astro njoi di sini.. tetapi sesiapa yang berurusan dengan encik tidak berada di dalam kawalan saya ok..

      selamat berpuasa... :)

      Padam
  13. Salam. Ni dealer Astro NJOI boleh membantu. Sebarang pertanyaan, nak melanggan Astro NJOI, nak daftar jd agen Astro NJOI, nak beli Astro NJOI prepaid, hubungi 019-8909831 atau facebook: astro.njoi@gmail.com atau lawat iklan kami di lelong.com.my (search: Astro Njoi)

    Utk makluman, tiada pakej RM180. Tu hanya harga set refurbish shj, tidak termasuk pemasangan. Harga pakej termasuk pemasangan adalah seperti berikut: RM280 (set refurbish) & RM408 (set baru dgn warranty 1 tahun)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam cnth kalo umh org tu dah pasang beyond,pastu nk pakai njoi plak,caj brape plak kes cm tu

      Padam
  14. kuantan nunnn..jauhnyer...sungai oetani boleh mai ke?? nk langgan jgak...

    BalasPadam
  15. kuantan nunnn..jauhnyer...sungai oetani boleh mai ke?? nk langgan jgak...

    BalasPadam
  16. kuantan nunnn..jauhnyer...sungai oetani boleh mai ke?? nk langgan jgak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungai Petani dh lama ada kak long.. hehe sy dh pasang bln 6 hari tu lg time 8tv, al-hijrah, 8tv join Njoi.. sy bli yg RM180+RM100 = RM280 tu...

      Padam
    2. Sungai Petani dh lama ada kak long.. hehe sy dh pasang bln 6 hari tu lg time 8tv, al-hijrah, 8tv join Njoi.. sy bli yg RM180+RM100 = RM280 tu...

      Padam
    3. Sungai petani dh lama ada kak long.. sy pakai masa bln 6 hari tu.. yg 2nd hand punya decoder & dish.. rm280 smua.. tp yg musykil, buat apa bg HDMI cable? padahal bukan boleh pakai pon walau ada lobang HDMI sbb astro yg block function HDMI slot tu.. hmm

      Padam
    4. BETOL..NJOI SET BARU TU ADA HDMI PORT TP BILA SAMBUNG NO SIGNAL THEN KENA PAKAI AV CABLE..MCM GAMPANG ASTRO NJOI NI..MENYESAL PUN ADA AMEK..SKRG SET BARU REGA 428..REFURBISH DAN NAIK JADI 348..

      Padam
  17. Beli je openbox.. berbaloi baloi....

    BalasPadam
  18. Tonton tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv8, astro arena, astro ceria, astro prima, astro arena, astro ria, tv al hijrah, astro oasis, bernama tv dan banyak lagi untuk menonton Click link >>> http://tvradiostreamblog.blogspot.com/2013/11/malaysia-tv-online.html

    BalasPadam
  19. Bored to watch Malaysia free channel?
    Expensive for pay channel of any provider?
    Always repeat the same content?

    Here is a new technology Raspberry Pi for IPTV from UK product.

    No subscription fees
    No installation fees
    Just plug and play
    Only require the broadband.*

    *Best to watch atleast 5MB speed of any Internet Service Provider (ISP)

    Malaysia Channel - Availaible

    1. TV3*
    2. NTV7*
    3. 8TV*
    4. TV9*

    *Geo-blocking (Only applicable in Malaysia)

    CCTV live

    1. Mecca
    2. Medina

    Application

    1. Filmon
    2. Youtube
    3. Vimeo
    4. Viki (Movie, TV Series, and Drama - US, Taiwanese, Korean, and Chinese)
    5. Navi-X (Global live TV and Movie)
    6. MashUp (Global live TV and Movie)
    6. World News Live (Euro News, Al-Jazera, Channel News Asia, Deutsche Welle, and France 24)
    7. Live Streams (Malaysia Channel and CCTV Live from Arab Saudi)
    8. Good Drama (Movie and Drama - Taiwanese, Korean, and Chinese)
    9. Azdrama (Movie and Drama - Taiwanese, Korean, and Chinese)
    10. Sport Live


    Radio

    1. Malaysia Radio Station
    2. Global Radio Station

    Only RM 300 including shipping (Only in Malaysia)

    Please visit at Awanstation Website to purchase - http://www.awanstation.com

    For enquiry contact as below:-
    Email: awanstation@gmail.com
    Wechat: awanstation
    BBM: 7407BA4A

    BalasPadam
  20. Kalo aMik RM180,pastu pasang sndiri.bleh ke cmtu?

    BalasPadam
  21. Mcm mne sy nk pasang njoi ni yea....nk cntat spe yea...area kuantan bt6 jln gmbg

    BalasPadam
  22. Njoi skrg Rm 348 2nd dan baru 428..mahal...objective asal utk bantu skrg jd lain plak

    BalasPadam
  23. mcm mn sy nak join njoy...kat area pasir puteh.kelantan

    BalasPadam
  24. Good day! I’m a final year student and I am working on my final project paper entitled “Evaluating User Experience for Broadband Television: HyppTV users’ continuance intention to use”.

    It would be such a great help if you could take some of your time to answer this questionnaire

    http://goo.gl/forms/vcagLC0Mei

    Your response will only be used for this survey purposes and will be keep confidentially. Your input is greatly appreciated and should only take a few minutes. Thank you very much for your time and cooperation.

    BalasPadam
  25. Topup njoi tu cmne? Brapa ringgit tuk tahan brapa jam/hari?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...