Burger Kukus Bakar - Cerita Ita                                                             Burger Kukus Bakar Langkau ke kandungan utama

Burger Kukus Bakar

assalamualaikum semua,

sorry la ye lambat nak cerita pasal burger kukus bakar ni...


homemade burger kukus bakar 


tadi tengahari gi ambik roadtax kereta kami yang "baru...... nak buruk" ni.... hihi....

lepas je ambik road tax ke mana kami hala tau?

hahaha... ke showroom Proton kat Jalan Teluk Sisek nuuu haaa.....

kenapa kami ke situ?.... haaa nak tukar kereta la tu kan?

hihi bukan la.... jangan la cepat nooo cakap camtu.... kami cuma tinjau-tinjau kereta Exora Bold baru tu je....
kot-kot boleh masuk dalam list menanti kami nanti....


exora bold standard 


sudahnya apa kesimpulan lepas tengok kereta tu?

hmmmmm..... nanti-nanti la ye.... bagi hutang lama tu abis dulu... nak tolak kereta lama ni sayang benor rasanya.... banyak jasanya.... jadi nanti-nanti la dulu.....

haaa... nak sambung pasal cerita burger kukus bakar ni....

dijadikan cerita kami tengok majalah 3 baru ni.... ada sesiapa yang tengok?

ada cerita pasal burger kan? dari burger bakar...burger monster.... sampai la burger yang besor kat penang tu...gila besor...aku pun seram nak makan.... salute la dengan abang tu leh jual macam tu... tersendiri dan unik tu... memang terbaik la...!

dan bila aku tengok budak yang jual burger ada nama kartun sponge bob dan mr. crab tu aku cam terliur la pulak.... dah terus-terus cakap kat shah... apa kata kita buat sendiri?

tau nape aku nak buat sendiri? nak makan burger bakar big show kat beserah tu ntah bila ntah... datang dua kali hari tu memanjang tutupnya.... ke dia memang cuti hari isnin ek? eh....eh....

sudahnya buat sendiri lagi elok kan?


ok ini step dia...

korang panaskan periuk kukus korang dulu....
bila dah mendidih air dalam periuk tu.... camne nak tau? dah berasap-asap la periuk kukus korang tu kira dah didih dah air dalam tu tau...

pastu korang kukus dulu daging burger lembu ke ayam korang kat dalam tu... aku pakai daging lembu Ramli...tak yah alas-alas.... letak camtu je dalam kukus tu... aku tengok mamat kat tv tu buat rileks je letak camtu.... aku ikut je la....
seperti gambar di bawah.... tak yah la sampai nak ikut cari kukus macam aku dalam gambar ni... pakai kukus lain pun boleh...


kukus daging burger 


ikutkan aku ada je yang karen punya tu...lebih senang ada 2 lapis tapi aku malas nak membasuh...leceh arrr...banyak nooo part-part dia....kukus dalam 10 minit tau... dengan api kuat tau....

pastu korang kukus pulak roti dia....yang ni sekejap je tau... dalam 5 minit cukup...


kukus roti burger -cap ayam..hihi... 


sementara korang kukus roti burger tu... korang grill la sikit daging burger tu bagi hilang yang lembap-lembap kat luar dia tu... kira macam kering sikit la....



daging burger grill - tak yah tekan-tekan macam kita buat burger biasa tu pun... biar je atas kuali...
pun tak guna minyak ye...


pastu korang grill pulak roti dia sampai garing sikit bawah dia...pun tak guna minyak...


bakar roti - pun tak guna minyak... 

aku ada buat sos tiram special... konon-konon nak tiru yang kat tv tu la...

aku buat camni :

bahan:
sos tiram yang dalam paket - dalam satu cawan
3 sudu makan lada hitam
sup cendawan Vono dalam satu cawan

cara-cara dia:
aku masak semua dalam kuali aku grill burger tadi... sampai agak-agak sebati semuanya... tutup api...
dah siap...kira macam panaskan je la...


dan lepas tu susun la roti daging dan roti.....ikut suka la nak bubuh apa....

kami takde bahan kat rumah ni.... taram je mana yang ada....

sudahnya aku susun camni.... roti... sos cili....sos tiram tadi.... letak daging....sos tiram tadi lagi letak atas daging... mayonis...sos cili...roti...

lebih sedap kalau letak timun... tomato...cheese kot....


burger kukus bakar homemade  


tapi serius sedap gila buat camni.... lembut je daging dan roti dia tu..... kira tak terasa la bila mengunyah.... dalam tak terasa tu aku buat banyak tau.... yang korang nampak kat atas tu 4 biji kan? haaa... yang tu 2 untuk aku...2 untuk shah...hehe.... anak-anak? dah selamat satu sorang..... hahaha.... husna? aku bagi roti burger tu cicah dengan sup cendawan.... tapi dia sibuk nak daging abang dia.... suap la jugak... buat sedap hati si kecik tu....

korang try jangan tak try tau.... senang je tu.... malam kang nak buat lagi.... budak western (abg long) request lagi.... hahaha... penangan masakan mak tu....!


p/s hari ni hari gaji....penuh la tepi-tepi jalan dekat kedai makan tanjung lumpur.....huhu....

Ulasan

  1. Balasan
    1. memang best.. cer ko try buat..senang tu faiz.. sos tu pun marveles.. cuma nak pedas lagi leh tambah lada hitam lagi.. eh kat blog ko dah takleh komen ek?

      Padam
  2. Ha...senang jer kan. Kukus berapa lama tu Ita? Minggu ni kat Melaka, minggu depan baru kat Kuantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak..ada cite kat atas.. daging 10 minit..roti 5 minit.. leh arr datang rumah.. minggu depan ada kat rumah kot..

      Padam
  3. Balasan
    1. abis dah...abis dah.... (sambil kemas pinggan)..hihihi...

      Padam
  4. Salam daripada Zalora Malaysia.

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

    BalasPadam
  5. wooot!! senang je.. boleh la try kat rumah nanti.. awwwwwwwww

    BalasPadam
  6. Ita akak pun ada tgk rancangan kat mjlh 3 baru ni.., ada jg terfikir nk try buat sndiri burger tu..tgk ita dh buat tu, nmpk x susah sgtkan., boleh lh akak try jg..hihi

    BalasPadam
  7. TAHNIAH kerana cuba cara ini, ia mmg akan jadi sedap,, ada masa korang mai la dtg TRY sendri kelainan kami,, Man Burger Kukus lava7 bakar yg bertempat di DAMANSARA DAMAI,, fb kami Man Burger Kukus LAVA....man-0142603370

    BalasPadam
  8. TAHNIAH kerana cuba cara ini, ia mmg akan jadi sedap,, ada masa korang mai la dtg TRY sendri kelainan kami,, Man Burger Kukus lava7 bakar yg bertempat di DAMANSARA DAMAI,, fb kami Man Burger Kukus LAVA....man-0142603370

    BalasPadam
  9. Saya pun tengah cuba buat resepi daging burger sendiri.. Saya nak buat yang bercitarasa tempatan, unik dan ciri ciri masyarakat Malaysia..

    BalasPadam
  10. Saya pun tengah cipta daging burger baru. Kalau boleh yang bercitarasa tempatan, unik dan ciri ciri masyarakat Malaysia.

    BalasPadam
  11. Saya pun tengah cuba buat resepi daging burger sendiri.. Saya nak buat yang bercitarasa tempatan, unik dan ciri ciri masyarakat Malaysia..

    BalasPadam
  12. Saya berhasrat nak buat perniagaan burger. So, kalau saya nak gunakan resepi nih rasa-rasa ok tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je.. tapi try la buat dulu kat rumah..try n error lepas tu bagi sesiapa rasa dulu untuk nilaikan... lepas tu boleh adjust ikut keselesaan.. selamat mencuba ye..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...