ini bukan listen! listen! listen! tapi read! read! read! - Cerita Ita                                                             ini bukan listen! listen! listen! tapi read! read! read! Langkau ke kandungan utama

ini bukan listen! listen! listen! tapi read! read! read!

assalamualaikum semua,

baru lepas tonton video forum "listen! listen! listen!" eh bukan la forum mahasiswa dan politik tu yang sedang hangat di mana-mana tu..

komen aku...huhu...satu je...KESIAN...kat siapa tau...?

pertama kat student yang nak tanya soalan tapi kena potong....dah ko tanya panjang sangat dik...itu bukan tempat ceramah...

kedua kesian kat moderator...moderator kan yang si sharifah tu? ke memang majlis ceramah dia ni...pasal asyik dia yang bercakap kan? hihi...sorry la jadi konfius...

ketiga kesian kat ahli panel yang nak bercakap tapi tak dapat...kena halang dek sharifah tu...adoiiaiii dah tu buat apa la korang panggil dia kalau tak bagi dia cakap?

dan keempat kesian kat diri aku sendiri yang tak pasal-pasal kena ambik tau pasal kebajikan ikan jerung pulak...hihi...

apa pun korang nak buat aku tak kisah ok...cuma fikirkan matlamat masuk U tu ye... ke memang korang ambik sains politik kat U tu...haaa yang tu aku no komen.....



p/s anak2 muda ni (ceh macam dah tua sangat kan?) memang tengah membara semangatnya...semua org dia nak bantah...aku pun gitu gak dulu...selalu lawan abah aku...hukhukhuk..maap ye bah...

Ulasan

  1. lyeen skrg tgh duk IPTA..mmg kena berdepan dgn mcm2 ragam..ada yg pro n kontra..btul tu akk..smua skrg smgt membara2 nk menangkan pilihan masing2..susah..apapun, smoga pilihan x memakan diri..

    BalasPadam
  2. bukan main lagi isu listen listen listen tu erk...

    BalasPadam
  3. dah popular dah Sharifah dan pelajar tue...yg penting negara kita aman dan makmur;-)

    BalasPadam
  4. aku yg berada kt tempat kejadian pun, aq xbela sapa2 antara mereka. niat aq pergi untuk dptkan sira. biasa la tu dh dekat musim pru hal2 mcm nie laa taktik nk tarik pengundi. aq kesal jugak dgn golongn hamba Allah yg salahkan semua peserta yg pergi program tu, sedgkan semua tu xkn berlaku andai pihak u aq xbg kelulusan. Hal tepuk tgn pun mereka katakan semua bodoh. Habis yg mengata owg "Bodoh" cerdik sgt ke?

    Mmg semua org hak bersuara, tapi kalau utk tambah dosa, better diamkan. Sebab Hak bersuara kita dekat dunia saja. Mati mulut xbguna pun.

    Stuju Dgn sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ada kat situ dik? akak pelik sebenornya.. nape masa bawani tu cakap ada yang tepuk dan masa sharifah tu cakap pun ada yang tepuk.. tu yg org confius kot...

      Padam
  5. Rozita, listen listen listen when I speak you listen he he.tepat sekali komen dan pandangan you.si moderator tu rasa dia dah habis pandai dah tu, tk mau nk dgr pndgan org apatah lagi mahaisiswa muda, dia rasa dia hebat ada dgree.zaman la ni ada dgree dah bersepah la..now dia dh jdi fenomena..ha paling kesian ahli panel baru nk tringin nk ckap si Syarifah tu kata sorry mahasiswa semua dh letih.mau tk letih dok dengar dia crita pasal binatang (tk da kena mengena)he he.nk gelak pun ada..bila dia tengok balik dlm video msti dia malu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. kak, tak sure malu ke bangga...? apa pun lastnya memang kita yang paling kesian kan...

      Padam
  6. sebenarnya masa yg bawani nk ckp tu dh nk dekat kul 2. program start kul 8am-2pm, & masa yg spatutnya bersuara bawani xkuar, so program dh nk ttup tertiba bawani keluar. sbenarnya program nie kt uum adalah part 4, mn video part 1,2,3 knp xkeluar sekali. & kenapa cuma 20minit je video, skurang bg laa 5jam bru ptut owg nilai. bila dh nmpk perjalanan program.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 jam? wah lama tu... forum hal ehwal islam pun tak lama tu... akak pun tak sanggup tunggu sampai 5 jam dik oii..

      Padam
  7. Baru tengok video tu tadi... tak tau nak komen apa ahahaha.... haihhh...

    BalasPadam
  8. hahaha...skrg tengah fenomena listen listen listen listen....sharifah tu tengah high kot masa tu...org lain semua dah penat tapi dia yg masih bersemangat...yg menepuk tu bukan bodoh cuma diorang tak tahu apa sebenarnya yg berlaku...mata telinga semua kelain cuma tangan jer yg bertepuk...yerlah kalo betul ktanya dah 5jam duk kat situ mestilah penat...dan bukan semua pelajar2 dengar betul2 pun....saya bayangkan jika saya kat tempat pelajar2 yg bertepuk tu tanpa kira siapa yg bercakap ni semua kerana gara2 bosan dan penat....bila dah jadi isu baru diorang tersedar...mungkin diorang pun menyesal...apapun nak salahkan salahkan jer sharifah sebab dia terlalu EGO dan bercakap seperti orang2 munafiq....APTB

    BalasPadam
  9. Hi Rozita, waa, terok tu, listen but cannot reply. Where I am they encourage people, children to talk...
    and kids as young as 6 pandai argue....
    How are you and family?
    Saya dengar Kuantan heavy rain floods sini sana.
    You keep a song in your heart, have a nice day.
    Lee.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...