Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ok.... - Cerita Ita                                                             Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ok.... Langkau ke kandungan utama

Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ok....

assalamualaikum semua,

dah makan tengahari ke belum? mesti ramai jawab sudah.... aku je yang belum makan... tekak tak berapa selera hari ni... ada masalah peribadi yang melanda... esok atau lusa aku akan ceritakan ye.... setakat ni biar dia jadi masalah peribadi dulu...

ok... petang ni nak cerita pasal kek kukus yang sangat sedap ini...


kek kukus asam manis 



memula masa baca resepi di blog kak ita Masam Manis hari tu...aku dah mula telan air liur.... macam sedap je kek tu.... lebih lagi aku memang suka kalau kek yang dikukus...lembap dan tak kering macam kek yang dibakar... sebab tu aku selalu cuba buat kek yang kaedah memasaknya menggunakan kukus... walaupun pada sesetengah orang prosesnya agak leceh dan rumit....

tapi kek kukus asam manis ni sangat mudah penyediaannya...tambahan pulak kak ita bercerita tentang orang yang makan tu sampai sanggup mintak nak tapau bawak balik... wah...lagi bersemangat aku nak cuba buat...

bila dah baca semua bahan-bahan... dan hah! gembira rasanya hati bila tengok semua bahan ada kat rumah... cuma nak kena mencari asam manis je la....

cari punya cari hari sabtu baru dapat bahan dan baru boleh buat.... lupa nak cari kat kedai alat bakeri hari sebelum tu... adeeehh....

ok kita copy dulu resepi dia kat sini...

KEK KUKUS ASAM MANIS (oleh Kak Azlita @Masam Manis)
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan. 

dan akhirnya terjadilah hasil yang amat mengagumkan....

sedap gila wei....


kek kukus asam manis 


gambar ini diambil ketika suami tuan blog ni dah tak sabar nak try.... makan dengan sudu terus... tak payah potong-potong....hihi.... terima kasih bang....

pastu disebabkan aku buat tu pakai loyang kecil jadi aku bahagikan adunan ke loyang yang lebih kecil lagi lebihan dia...


jadi dapat satu buku setengah kek...hihi... 


lainkali aku ingat nak kurangkan kandungan gula dia tu... macam terlebih manis sikit... pastu nak tukar jadi kek buah-buahan campuran la....ok kot kan?

tapi serius korang kena cuba....memang sedap sangat... kalah kek coklat moist tu lagi tau....


p/s paling aku suka bila anak yang cerewet macam abg long makan berkali2...siap cakap lagi... "ummi buat kek harijadi saya ke?"... alahai anak....


Ulasan

  1. Balasan
    1. memang sedap gila dik.. cer try buat..

      Padam
    2. askm.terima kasih sis saya dah cuba wat kek nie memang sedap...

      Padam
  2. saya ni bila lah nak membaking baking ni...alahaiii

    BalasPadam
  3. Hambik mood nak membaking. . Sedapnyaaa

    BalasPadam
  4. masyaAllah.. sedapnyaaaaaaaaaaaa!! pernah dengar kek kukus ni, tapi tak pernah makan... sis post kat ena sedikit boleh??? teringin nak rasa.. nk buat sendiri malas.. hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang super sedap ni dik... harus try... akak nak pos? err karang posmen abiskan dulu lak..hihi..

      Padam
  5. nmpak mcam sedap, sebab tk kering, nmpak lembab.tq Ita.I wll try hjg minggu ni.tahan lama dak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang super sedap kak.. shah sampai request lg..hihi..tahan lama? hmmmm...ada sikit baki kat atas meja tadi.. ok lagi ita tgk.. tak letak dalam peti pun..ita buat hari sabtu dan tahan sampai hari selasa..ok la tu..cuma kena take note skrg musim hujan..sejuk kot...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...