makan apa petang ni? - Cerita Ita                                                             makan apa petang ni? Langkau ke kandungan utama

makan apa petang ni?

assalamualaikum semua,

hari khamis lepas....ala masa hari lahir aku hari tu...shah bawak kami jalan-jalan ke pasar malam inderapura...saja la nak cari apa yang best untuk makan... padahal sebelum tu dah memborong kat giant cara macam-macam termasuk la beras....

korang nak tau beras apa aku beli? beras wangi giant...boleh tahan gak harga dia..rm21.99 untuk pek yang 5 kilo je... mesti ada yang nak cakap...dah tau mahal kenapa beli pulak kan....

haaaa...ada cerita di sebalik beli beras mahal ni....

selalu-selalunya kami cuma makan beras biasa-biasa je pun...beras super tempatan faiza emas tu haaa je.. pek 5 kilo cuma rm12.99 je...separuh harga beras wangi yang kami beli kali ni... jadi mesti ada yang tanya kenapa tukar kan?

dulu-dulu masa memula guna faiza emas memang jatuh cinta dan memang kiranya tak nak pandang beras lain lagi la... tapi lepas 2 tahun guna lain pulak jadinya...sejak dua menjak ni kami beli beras faiza emas tu banyak nooo beras yang hancur tu...rasanya memang lebih dari 5% yang dia tulis tu kot...dah tu pulak banyak jugak beras yang kaler-kaler kuning la oren la...dan siap yang ada hampas pun banyak...kiranya kualiti dia macam dah jauh merosot...ke sebab dia nak maintain harga ye jadi gitu?

tapi aku rasa tak patut la gitu kan...dah kastemer tetap cam aku ni dah tak tetap dah kan....sebabnya anak-anak tak bape suka makan nasi dah... ceh alasan kan....heee...ke ummi dia masak makin tak sedap...? eh takkan la kann.....hihi...

tapi bila aku beli beras wangi ni pulak...laju je diorang makan...sedap kot...siap abg long buat iklan macam kat tv lagi tu..."ummi...panjang.."... hihi...itu beras basmathi la nak oiii...kalau nak makan beras tu hari-hari alamatnya kita makan seminggu je la sebulan...pastu mati tak makan...hihi... mahal oooo beras tu....

eh sambung cite gi pasar malam tu....tengah jenjalan aku terserempak la dengan orang yang jual ubi dalam gelap...hihi..boleh pulak terserempak kan...heeee....padahal saje je jeling sana sini....

kenapa aku kata orang tu jual dalam gelap...pasal dia takde lampu...tapi bagus wooo...pasal takde lampu maka harga dia pun ok la...berpatutan... 3 kilo rm5...murah kan? heee...yang kat depan sikit ada lampu dia kira rm2.50 sekilo..jadi mana nak pilih? kalau korang nak pilih yang ada lampu ke yang takde lampu? aku pilih mana? tentu la aku pilih yang murah....heee...

jadinya apa yang aku buat dengan ubi ni? kalau cik mat gebu dari dapur tanpa sempadan tu buat masak asam pedas ubi dengan ayam kalau tak salah...tapi aku macam biasa la cuma buat ubi rebus makan dengan ikan kering kapak dan sambal tumis je la...itu yang best makan petang-petang hari ni....jom layan....best woooo...

p/s ada yang tak tau apa ikan kering kapak ni? nanti aku cite ek...

Ulasan

  1. kami kat utara makan beras siam cantik, tak campur. tapi cari kat sempadan. ubi lak kat utara tak cantik, keras dan mahal pulak tu. lama tak makan ubi rebus...huhu..

    p/s orang utara makan ikan masin dengan pulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sana beras siam murah kan kak...kat sini mahal..
      sini pun banyak yang makan ubi camtu.. cuma saya lebih suka dgn ikan masin dan sambal tumis..

      Padam
  2. Hujan2 macam ni dapat makan ubi rebus...adoiii aii sedapnyA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...