otak saya dah letih.. - Cerita Ita                                                             otak saya dah letih.. Langkau ke kandungan utama

otak saya dah letih..

assalamualaikum semua,

semalam aku ada cerita pasal program abg long kat tadika kemas dia kan?

jadinya semalam abis masa sepetang kat sekolah abg long...letih mengamankan anak-anak je sudahnya... masa ceramah tu aku cuma dapat satu je dari banyak perkara yang ustazah sampaikan...

"kalau kita sayangkan nabi kita...kita mesti la ingat dengan sentiasa berselawat untuknya..."

terima kasih ustazah atas ilmu yang disampaikan...

maafkan saya kerana tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan kerana terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi...

memang salah aku jugak...sebelum tu shah dah cakap tak payah bawak anak-anak yang lain tapi aku degil...

hish...selalu ita melawan cakap abg kan bang...maaf ye bang...

bukan apa...pada pandangan aku, anak-anak ni kita kena ajar dia berada dalam majlis ilmu macam ni...memula memang dia akan buat perangai...tapi dah lama-lama mungkin dah biasa dan jadi tak kisah nanti...in shaa Allah...

tapi tajuk kat atas tu cerita lain kan? haaa...ni aku nak cerita dialog sebelum ke majlis sambutan maulidurasul semalam...

aku : kita gi makan dulu ye abg long?

abg long : ye la...saya lapar ni..

aku : nak makan kat mana?

abg long : kita pegi kedai yang ada jual ayam goreng aritu la.. (mabiq ler tu)

aku : ok...kita pergi situ...

abg long : lepas tu boleh tak kita balik rumah?

aku : kenapa pulak?

abg long : otak saya dah letih la...nak kena rehat ni... nak kena tidur dulu la...

aku : senyum sambil pandang shah...

hihi....anak ooo anak.... ke sebab penangan iklan otak dan susu kat tv ni? ;)

p/s otak aku pun dah letih...masa untuk balik dan rehatkan otak...ye tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...