yeay! njoi dah bernyawa! - Cerita Ita                                                             yeay! njoi dah bernyawa! Langkau ke kandungan utama

yeay! njoi dah bernyawa!

assalamualaikum semua,

ni aku sibuk nak kemas nak balik kampung benarnya ni....

tapi sempat lak sementara kemas-kemas ni kami try njoi kami ni kot-kot dah boleh la kan...

nak dijadikan cerita shah dah call njoi hari khamis lepas kami daftar... yang jawab tu kata dia akan aktifkan dalam 48 jam atau 2 hari bekerja...jadi dia suruh tunggu sama ada hari isnin atau selasa la...

sekali sampai selasa masih takde lagi... jadi shah pun call la semula... membazir je duit bil kan kena call banyak kali...

pastu korang nak tau apa dia jawab?

"abang cakap dengan siapa ye hari tu? sebab line abang ni tak diaktifkan lagi pun..."

korang pun mesti marah bila dengar camtu kan?

jadi shah marah ke tak korang rasa?

maunya tak marah... shah bising la... tak pasal-pasal budak lelaki tu yang kena...
shah kata :

"mana la saya kenal siapa yang cakap...tapi perempuan la"

jadi ini pengajaran kat korang semua ye...bila berurusan dengan sesiapa pun tanya nama terus...tak pun korang ambik nombor ic terus...hahaha....

pastu bila dah merah kot telinga budak tu kena marah terus dia kata..

"takpe bang..saya akan cuba aktifkan secepat mungkin...kalau tak malam ni..esok ye bang..."

dan sudahnya line tu hanya bernyawa selepas 48 jam...

pesanan aku...lainkali buat sesiapa yang nak masuk njoi ni...korang dah lepas daftar tu...balik terus call dan minta dia aktifkan...pastu korang call semula selepas sehari...mana tau jadi kes macam aku pulak ni kan...

pastu no telefon dia tak sama dengan hotline astro tau...cuba mintak terus nombor kat agen astro yang korang daftar tu..

eh jap...aku ada la nombor dia...hihi...terlupa pulak dah...

haaa ni no telefon njoi tu... 03-95438100 nak masuk pun leh je call nombor tu je...tak pun leh gi sini.. www.njoi.com.my

akhirnya dapat gak tengok tv yang terang tanpa bayar yuran bulanan...alhamdulillah...

p/s nak balik kampung ni...jalan rompin agak-agak naik air tak ye...

Ulasan

  1. Hi Rozita, just dropped by say hello and have a nice weekend.
    Jalan Rompin? I have been on that road long ago.
    Have a safe journey.
    Lee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi uncle..thanks for drop by...
      tq...my weekend not only nice...but also wonderful when you spend your time with lovely parents...

      so much improvement on jalan rompin you know...no more 'horror' scence as years ago.....

      Padam
  2. sekarang njoi tuh still oke ka?? dlm hujan ada gangguan tak? susah tak cari kad top up dekat-II area rumah ?? kena upgrade tak ???
    maaf banyak tanya sebab nak cuba jugak ..hehee

    BalasPadam
  3. Dapatkan Njoi di www.ezieypay2u.com.my

    BalasPadam
  4. kalau rumah ada internet unifi atau streamyx baik pakai iptv jer..semua saluran dapat..3 bln hanya rm 120..termasuk astro first best dan hd..whatsapp bro ni kalau berminat..0143232541

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...