yeay.. Nuffnang dah boleh cash out! - Cerita Ita                                                             yeay.. Nuffnang dah boleh cash out! Langkau ke kandungan utama

yeay.. Nuffnang dah boleh cash out!

assalamualaikum semua,

korang sihat hari ni? aku tak bape sihat....hati je la...pasal abg ngah golek-golek kat sekolah tadi taknak kena tinggal... nasib baik dia sebut...."ayah...ayah"...masa nangis... kalau dia sebut ummi sure aku terus ambik cuti... tak sampai hati wooo...

tapi abg ngah memang selalu drama kalau hari isnin.... cuma hari ni lebih teruk pasal cikgu yang biasa jaga dia dah takde macam aku cerita kat SINI dulu... pastu cikgu yang ada tak pandai lak nak memujuk... sayu pulak tinggalkan anak camtu.... alahai anak....

bila bukak je blog...facebook... ramainya cerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJL 27) kat tv3 malam tadi....
terkedu la pulak.... dan kali ni aku taknak cerita pasal AJL la.. ramai dah cite pun... lagipun kalau tanya aku mana yang aku suka.... aku cuma tengok lagu black... lagu yuna yang aizat nyanyikan tu je.... lain-lain? macam mengarut je semua... aku tukar channel lain... hihi....
lagu shila amzah tu aku memang nak tengok tapi masa dia nyanyi shah ajak kami keluar gi beli barang... terlepas la pulak....
gambar pinjam... juara ni..

dan bila diumumkan aizat juara... aku macam blur sikit sebab pada aku... dia nyanyi macam tak bape sedap la...kawan aku kat facebook kata dia guna "chest tone" untuk permulaan sedangkan patutnya guna "head tone".... apakebenda tu wei...?

tapi sekali lagi nama pun juara lagu kan...dan lagu yang dipertandingkan... bukan cara nyanyian pun... tapi memang lagu tu sedap pun... cuma aku rasa lagu rahsia hati lagi sedap kot... heee.... pendapat peribadi...

tapi apa yang aku paling suka tau..... persembahan last dia tu... memang best la... memula masa man kidal main gitar tu... aku siap cakap dengan anak-anak... "ala persembahan main gitar je ke?"..... walaupun pada masa tu bebudak tu tengah terlopong kagum...

sekali rahmat masuk nyanyi je...... aku pulak terlopong..."wah.... persembahan rock kapak ke ni?"

tapi aku tak la terlopong sampai masa ramli sarip nyanyi.... sebab masa tu aku dah ikut nyanyi sama dah.... kalau boleh masa tu nak godeh wooo buku lagu yang aku tulis zaman sekolah-sekolah dulu.... mana aku letak ntah....

sampai je abis pengumuman baru leh tidurkan bebudak semua.... dahsyat mak zaman ni... mana la nak jadi contoh kat anak-anak... aduhai ita.... sila sedar ok...

ok...ok... tadi kata taknak cite tapi dah terlebih la pulak.... hihi....

sebenarnya aku nak cerita berita gembira sikit ni...

jumlah cash out Nuffnang tak yah la tau..buat malu je...


setelah 5 tahun berblog... 5 tahun tu woooo! dan akhirnya aku dah boleh cash outkan duit kat nuffnang tu haaa..... akhirnya kan? letih....  terima kasih nuffnang..!

tapi aku rasa nak biar dulu la duit tu... bagi dia beranak pinak... bercucu bercicit dulu la.... baru best nak cash out kan?

p/s ramalan akan hujan lagi di pantai timur bersekali angin kencang... aku tengok cuaca masih ok di kuantan ni tapi kat rumah aku tepi pantai nuuu memang dah angin kuat sejak semalam... tempat korang ok?

Ulasan

  1. Alhamdulillah, rezeki tahun baru. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..alhamdulillah.. terima kasih mengingatkan... ya..rezeki berkongsi dgn org lain juga melalui contest..

      Padam
  2. wah...alhamdulillah.rezeki tahun baru :-D

    BalasPadam
  3. salam kenal.. tq singgah blog Alycia yer ;)

    BalasPadam
  4. betul. xberapa sedap la.. tapi betul jugak ni pertandingan lagu. syabas.. yuna. =)

    BalasPadam
  5. Wah boleh lh belanja akak mkn2 kat Tc atau gelora tak pun kat ana ikan bakar....., hehe.tahniah ita..teruskan berblog..
    Akak dgr jg pasal angin kencang tu, moga kita dijauhkan dr segala bencana ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak belanja akak? boleh je...tapi kena mintak dana tambahan kat nuffnang dulu..hihi..

      Padam
  6. salam ita
    Alhamdulillah.ta tumpang gembira

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...