kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu! - Cerita Ita                                                             kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu! Langkau ke kandungan utama

kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu!

assalamualaikum semua,

pagi ni aku rasa agak emosi dengan entry dari ACIK...

acik cakap pasal orang hina orang yang kerja kilang.... sedih akak baca dik.... nak tau nape? sebab aku orang susah... cerita pasal aku orang susah tu belum sampai pun part ni lagi tapi aku nak cerita sikit-sikit la...

mak aku kerja kilang pasal nak tolong abah besarkan kami adik beradik...
aku sendiri pun kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM untuk kumpul duit ke Universiti dulu...
juga kerja kilang bila cuti semester untuk tampung perbelanjaan semester seterusnya... jadi sila jangan hina kerja kilang ni... pasal aku terasa sangat sedih ok... hasil usaha kami sekarang ni bermula dari kilang!

tapi itu la... nak cakap banyak pasal orang yang hina kerja orang lain ni aku malas la.... dia tentu ada ego dia sendiri menyebabkan dia jadi macam tu.... jadi sila sucikan hati anda sebelum menulis status atau komen anda di mana-mana ok... peringatan untuk diri sendiri jugak!

teringat satu kisah masa aku bekerja dengan satu company swasta (ladang ayam).... cerita disampaikan oleh anak pengurus ladang tu sendiri... ada cikgu mengeluarkan kata-kata begini..:

"kalau awak semua tak belajar pandai-pandai nanti dah besar nak jadi apa? ke...nak kerja kat ladang ayam kat sebelah tu?"

ayat ini keluar dari mulut seorang guru yang diharapkan bakal memimpin anak-anak kita ke arah yang lebih sempurna...

akak masih ingat ayat tu walaupun sudah bertahun peristiwa berlalu... masa kejadian tu tahun 2004... mungkin cikgu tu pun dah berpindah....

jadi, tengok kan? sesiapa pun boleh mengeluarkan ayat seperti menghina pekerjaan orang lain... mungkin maksud cikgu tu hanya nak bagi motivasi untuk pelajarnya tapi dalam keadaan tak sedar dia menghina pekerjaan orang lain... silap cakap pulak ada anak pengurus ladang yang berkenaan dalam kelas tingkatan 4 tersebut....


p/s lebih baik berdiam dari berkata-kata...blog pun dah makin sunyi kan?

Ulasan

  1. Balasan
    1. kan... dulu..kalau akak jumpa cikgu tu nak jugak akak jawab.. cikgu, saya kalau takde ijazah tak leh gak keja kat ladang ayam ni.. hikhik.. mujur tak jumpa..

      Padam
  2. betul tu apapun kerjanya asalkan halal dan rajin berusaha begitu besar maknanya

    BalasPadam
  3. hahhahahaha nak tergelak aku baca tadi. takpalah, jom kita kasihankan dia, semoga dia bahagia..sungguh dia taktahu apa yg kita tahu pasal kerja kilang. kita pun tak tahu apa yg jadi kat dia sampai dia ada anggapan macam tu kat org yg kerja kilang.

    nak share sama2:
    Don’t blame others if they let you down. Blame yourself for expecting more than they can deliver -Sheikh Assim Al-Hakeem-

    BalasPadam
  4. Mulut manusia bleh keluarkan mcm2 statement.. sabar lah akak..

    BalasPadam
  5. tiada pekerjaan yang halal layak dihina diatas muka bumi ini..tanpa orang yang bekerja di kilang, bagaimana orang nak menikmati produk2 yang dihasilkan..itu pendapat saya laa...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. jgn menghina seseorang tu, entah2 kerja kat ladang ayam tu yg dapat keredhaan daripada Allah.. yg tulah yg akan dpt ketenangan dalam kehidupan....

    BalasPadam
  7. Masa atok akak ajar mengaji dulu, dia motivatekan kitorang dgn kerja juga. Tapi taklah maksudnya menghina. Dia cuma kata, takkan nanti nak kerja korek longkang macam benggali tepi jalan? Panas, berpeluh2, penat. Tapi bab hina kerja kilang tu akak pun geram. Akak pun kerja kilang kak masa cuti sem. Now kawen dgn org kerja kilang gak. Tapi syukur hidup selesa macam org lain juga. Bila org semua tanya hubby kerja apa, akak bangga jer jawab hubby kerja kilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak..mmg boleh motivate utk yg terbaik..tp yang ada pelajaran tinggi dan gaji besor pun belum tentu kerja dlm bilik ekon zaman skrg ni..

      Padam
  8. cikgu kat sekolah cakap

    "takkan lepas ni nak keje kilang je ? pakai make up cantik cantik , tggu bas , pastuh tggu org minang ?"


    haihh ... cikgu .. cikgu ...=_=

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu lagi? adoiiiaii... cakap kat cikgu tu..kerja lain x yah make up cecantik n org x nak pinang ke?

      Padam
  9. as-salam salam kenal akak.saya singgah dari blog acik :D

    betul tu saya dulu pon masa tunggu result spm keja kilang. pastu lepas stpm pon keja kilang.keja mulia apa.bukannya kita merompak atau meragut..

    BalasPadam
  10. terima kasih kak buat entry nie ..saye pon cuti sem kerja kilang untuk car duit smpingan .... janji halal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah kan? niat yg suci nak bantu ibu bapa...

      Padam
  11. dah bc...sedih gak..faham perasaan ita tu...

    tapi kan ta...dedulu mak penah suruh keje kilang tp alin takmo sebab takut...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut? aku dulu pun sama..nak2 ada group yg padang serong dgn kita...tapi pasangkan niat yg baik utk kerja..in Shaa Allah dipermudahkan..

      Padam
  12. Hi, betul what you mentioned. To study hard, aim for the stars. Or work hard in whatever we do....
    To be the best always in spite of whatever circumstances.
    You keep well. Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uncle, suka statement you.. work hard in whatever we do..200% agreed!

      Padam
  13. salam akak ..
    kerja ladang ayam bukan hina sangat kan?
    kelulusan kos animal science macam saya ni for sure akan kerja kt ladang ayam or apa2 ternakan lain ..
    cikgu2 pon tak sepatutnya merendahkan profesional org lain ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat