assalamualaikum semua,
pagi ni aku bangun agak lewat sebab tak lena tidur semalam...budak bertiga tu semua kena selsema...mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak...masa kami balik kampung hari tu, kat kuantan ni tengah musim hujan...tapi bila balik johor pulak kena panas terik pulak...
belum lagi ditambah dengan main sakan kat luar rumah bila balik kampung...
kadang-kadang tengok anak-anak yang membesar di bandar macam anak kami ni... kalau tanya aku..aku akan kata macam takde kehidupan yang sihat langsung...
kenapa aku kata macam tu?
meh baca sama-sama rutin anak aku...
ni abg long punya...
pagi : ke sekolah sampai pukul 12 tengahari..
tengahari : shah ambik dan hantar ke pusat jagaan transit..makan tengahari..mandi dan tidur kat sini..
petang : belajar fardu ain
pukul 5.30 petang kami akan ambik dia..
yang ni pulak rutin abg ngah dan adik husna..
pagi : hantar ke taska.. makan sarapan..susu dan tidur..
tengahari : tidur sampai pukul 2-3 petang.. bergantung dengan budak..kalau tak tidur pun cikgu dia akan biar dia main-main sampai tertidur..kira memang masa untuk tidur la kan?
petang : susu...minum petang dan kadang-kadang tidur lagi...
sama macam abg long..shah akan ambik jam 5.30 petang dan terus ke tempat kerja aku ambik aku pulak...
sampai je kat tempat aku dah dekat pukul 6 petang...sampai rumah kalau tak menyinggah memana dah jam 6.30 petang...
jadi cuma ada masa setengah jam main kat luar rumah sebelum pukul 7... itu pun kalau cuaca elok..kalau hujan? diorang abiskan masa dalam rumah je...
malam : layan-layan makan...buku...mainan lebih kurang pukul 10 dah tidur...
jadi mana la ada masa nak hidup sihat macam aidit marcello dan family kan?....eh tetiba.. ;)
anak-anak korang hidup macam ni jugak ke ye?
itu satu cerita...
yang tajuk kat atas tu aku nak mintak pandangan korang ni...
aku kena gi kota bharu minggu depan selama 4 hari untuk meeting... takde masalah lain la sebab memang aku dan shah sangat faham komitmen kerja...
cuma satu je....korang tau kan adik husna masih aku susukan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga ke hari ini dan akan datang...in Shaa Allah... moga dipermudahkan jua segala urusan oleh Allah...amin..
masalahnya sekarang ni penghasilan susu dah makin merundum...mungkin kerana stress kerana aku sorang je pegawai bertugas sejak 3 bulan yang lepas...
bila penghasilan merundum..stok makin merundum... jadi apa yang aku pam hari ni adalah untuk esok hari...waaaaa...tambah pulak ada masalah lain lagi yang menganggu proses pengumpulan susu ni...
jadi macamana la dengan keadaan macam ni aku nak tinggalkan puteri serundut aku yang comel tu selama 4 hari! buntu ok!
buat masa sekarang ni aku dah bincang dengan shah...
dia pun dah kata..kalau susu tak cukup dia akan cuba bagi susu abg ngah dia..itu saja alternatif yang ada...sekurang-kurangnya cukup untuk 4 hari yang aku takde tu...dia juga kata kalau ada yang dalam peti dia akan guna dulu...bila terdesak baru guna susu formula..
dan aku tau shah dah redha...cukup setahun lebih rezeki yang Allah beri untuk adik husna..kalau dah takde nak buat macamana lagi..cuma aku la yang agak terkilan...
aku memang nekad nak bagi susu ibu sampai adik husna 2 tahun..sanggup aku tolak tawaran ke luar negara...sanggup jugak angkut ke hulu ke hilir family.. ke dah kira obsess ni?
salah aku jugak..selalu skip pam...sila jangan ikut camni ye...
lepas baca post ni jangan ada yang cadangkan makan itu ini untuk banyakkan susu ye...aku tak mau tu...cuma nak pendapat korang sama ada keputusan kami ni betul...
p/s dalam dok menaip post ni aku dok pam...alhamdulillah dapat lebih dari biasa...syukur...semoga Allah permudahkan lagi hendaknya..amin...
salam kak ita... seriously acik tak ada pengalaman lagi dengan anak2 tapi masih bujang,. tapi acik suka budak kecil , anak kak long acik tolong jaga dari dia lahir sampai dia 1 tahun... sebab excited anak buah pertama.. actually sokong bila bagi susu ibu sepenuhnya ..dan lebh sihat jika di bandingkan susu formula ..Yang paling utama, susu ibu memberikan segala yang diperlukan oleh bayi semasa proses tumbesaran .
BalasPadamSusu ibu membantu bayi melawan sebarang jangkitan semasa bulan2 awal kelahirannya. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi dari penyakit seperti masalah perut meragam, selsema, jangkitan dalam air kencing dan jangkitan telinga.
Susu ibu juga mengurangkan risiko elergi pada bayi seperti masalah asthma dan eczema. Ia membantu melindungi bayi dari sebarang masalah kesihatan yang serius seperti diabetes dan leukemia di kalangan kanak2.
tq acik..sekurang-kurang ko bagi semangat kat akak lagi untuk teruskan usaha..
Padamita kna think + & sntiasa mohon kpd Allah supaya diperbykkan susu & dipermudahkan sgala ursan smsa outstation nnti.xbleh stress2..nnti susu pon mogok ;)
BalasPadam