assalamualaikum semua,
hari ni hari pertama audit...hahaha...masih boleh gelak untuk lepaskan stress...
semalam je dah tambah stress..elektrik takde sampai pukul 4.45 petang...letih wooo menunggu..
dan ada pulak perkhabaran sedih..menantu staf kat tempat kerja kami meninggal dunia semalam selepas terlantar di hospital lebih sebulan kerana demam panas...yang kesiannya masa arwah admit dia mengandung 6 bulan lebih..anak meninggal dalam kandungan..dah selepas 2 minggu si ibu pulak menyusul..kesian si suami yang akan sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka 9hb ni dengan dua kehilangan besar...al-fatihah untuk kedua-dua arwah..
petang lepas kami melawat jenazah yang terus dikebumikan di kemaman pagi tadi...kami terus ambik anak-anak..bawak diorang main layang-layang dekat dengan jalan yang baru siap di perumahan kami...seronok anak-anak...
eh nak sambung proses audit...jadual mengepam pun dah lari ni...waaaaaa....
p/s sentiasa hargai apa yang ada di sekeliling anda setiap masa...jangan tunggu sampai kehilangan tiba...
hapy
BalasPadam