anak hilang.... kemudian salahkan anak... - Cerita Ita                                                             anak hilang.... kemudian salahkan anak... Langkau ke kandungan utama

anak hilang.... kemudian salahkan anak...

assalamualaikum semua,

salam pagi jumaat...

hari ni aku rasa senang je hati.... nak tau nape... malam kang ada dinner best... maknanya tak payah masak.. hahaha... ketawa besar kau ita....

pasal tajuk kat atas tu aku nak cerita pasal kehilangan anak... pernah berlaku ke dekat korang?

kalau aku pernah sekali dulu... serik gila!

masa tu kami kat pasar malam... eh aku dah cerita belum ek kat korang... ala buat-buat macam tak pernah cerita je la ye.. hehe...

kat pasar malam kau tau je la... orang perempuan kan memang pantang ada orang jual tudung... kain-kain semua tu... jadi bila sampai kat gerai tudung aku pun ingat nak belek-belek la tudung tu kejap kan... eleh...bukan nak beli pun... kita tengok je la... (ayat abg long kalau nak tengok orang jual mainan)

masa tu husna ayah dia kelek... dan abg ngah dan abg long berlari-lari kat ayah dia... tapi yang shah pun sama nak membelek seluar pulak kat gerai sebelah... sebelah je pun.. tetiba shah datang dekat aku tanya .."mana abg ngah?" haaaah.... aku panik ko.... berpusing kami berdua carik dia... dah cuak gila masa tu...

aku tak boleh bayang apa aku rasa masa tu... tak boleh nak huraikan pun... kami dah patah balik sampai kat pintu masuk pasar malam tu carik dia... dan kami pusing semula tempat dia hilang tadi... dalam 5 minit je la gitu... tetiba dia sengih-sengih keluar entah dari mana ntah kat tempat dia hilang tadi tu la... aku rasa kat celah seluar yang shah belek tadi...

masa tu... tak terkata.... "aduh nak..." kalau betul-betul hilang tadi...mau gila dibuatnya...

tapi kami tak cakap apa-apa pun... perut pun rasa kenyang je... terus tarik anak dan balik rumah... tak beli apa-apa dah...

dengan mak aku tak cerita pun sampai dah berbulan baru la aku berani nak cerita... takut kena marah... heee...

kenapa aku cerita pasal ni tau.... ? sebab baru ni hari selasa lepas... aku pergi Giant Kuantan ni... masa membayar tu dapat la borang untuk peraduan Giant.. jadi aku isikan kat kaunter letak beg diorang tu... sampai kat situ nak pinjam pen..ternampak ada seorang budak dalam umur 4 tahun tengah hebat menangis... memang menangis sungguh-sungguh budak ni... sampai orang tanya apa pun dia tak jawab...

masa aku sampai tu dah 2 kali pengumuman dibuat oleh pihak pengurusan... aku tanya budak yang jaga kaunter tu... siapa yang bawak budak tu kat situ... dia kata ada orang jumpa budak tu menangis... dia yang hantar kat situ...

nasib baik orang yang baik yang jumpa... kalau orang jahat yang jumpa? tak ke menyesal tu...

masa aku tengah tulis borang tu, ayah budak tu pun sampai... segerombolan dengan anak dia lagi 2 orang... yang aku perasan bapak budak tu pakai baju ada tulis... bankislam.com.. hehe... sempat menjeling... dah ko tulis besor-besor kat belakang baju tu kan.....nasib bukan baju "aku seorang blogger" hehe...

pastu... dia panggil anak dia tu...

"sini!"
"kau ni memang la... selalu macam ni tau!"
"lari sana lari sini.... menyusahkan orang je!"
"padan dengan muka... sudah... berhenti menangis!"

lepas tu ayah tu terus blah tanpa cakap terima kasih dengan staf yang bertugas kat situ pun....

maaf la ye... ini pandangan aku yang juga pernah buat kesilapan yang sama.... jangan la kerana salah kita yang tak perihatin dengan anak, tapi anak tu yang menjadi mangsanya.... kesian anak...
budak umur 4 tahun tau apa la sangat.... nak carik makan sendiri pun belum tentu... nak bezakan mana orang baik dan jahat pun dia tak tau.... dah la anak tu menangis beria-ia camtu... boleh dia marah lagi...
perkara tu dah boleh jadi pengajaran kat anak... jadi tak perlu la nak marah-marah...

boleh kalau ayah dia cuma cakap macam ni je....

"terima kasih ye tolong jagakan anak saya"
"lainkali jangan pergi jauh dari ayah dan mak...jadi perkara macam ni yang ayah tak mau"


di tempat lain di johor.... seorang sahabat ada menceritakan jugak... mereka sekeluarga makan kfc... boleh ada budak umur dalam 2 tahun terlepas dari pandangan mata mak dan ayahnya yang sedang makan di tingkat atas... anak tu terus keluar dari kfc dan nak menghala ke jalanraya...

nah satu lagi kisah kecuaian ibubapa....pada aku benda ni selalunya berlaku kerana kecuaian kita sebagai ibu bapa... jadi rendahkan ego anda dan terima seadanya kesalahan anda...supaya ada peluang untuk diperbetulkan di masa akan datang...

teringat kata-kata pakar motovasi.... setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak tu adalah cermin ibubapanya sendiri... oleh itu jadikan kesilapan anak sebagai sebab untuk kita bertaubat dan lakukan yang terbaik bagi pembesaran anak...


p/s ummi pun dalam proses perbaiki diri sebaiknya untukmu wahai anak-anak...

Ulasan

  1. siapakah sahabat itu?...huhuhuhu....good info ita...

    BalasPadam
  2. munhkin ayah budak tu takut sangat kot kak.. tapi memang tak patut dia salahkan anak dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. takut or risau jangan sesekali lepaskan beban pada anak2..

      Padam
  3. Sy pun penah alami kes anak ilang ni, ms tu br sorang anak, qistina tu lah ms umur dia 3 taun, ilang kat ktn parade, mmg cuak giler, silap sndiri leka tgk brg x sedar dia blari kuar, sib baik jumpe smula sbb kami btindak cpt laporkan kat pej security, tp x patutlah ibu bapa marahkan an klu anak ilang, umo 6 taun ke bawah apalah yg diorang tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ramai orang yang mengalaminya kan lina... tp terpulang pada kita dan jadikan pengajaran ke tidak

      Padam
  4. Herm.. yerlah dia.. memang typical. Eh cam lebih kurang sama ngan cerita saya jek. Hehe..

    Pengalaman saya hampir terlanggar budak kecik dan mak yang tak amik endah. http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/rogol-liwat-bunuh-budak-hilang-dan.html. Sedih lah kekadang situasi masyarakat kita. (Not all yer).

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...