Halal ke? - Cerita Ita                                                             Halal ke? Langkau ke kandungan utama

Halal ke?

assalamualaikum semua,

dah nak balik ke? meh la baca satu lagi ni...

nak taip tapi pelik nape font tulisan ni jadi lain dan pelik... rupa-rupanya lupa nak tukar HTML tu balik lepas buat segmen cik kumbang tadi.. hihi...

ok sambung...


anak-anak seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapanya.. 



semalam tengah layan wassap dengan kekawan sekolah lama... tetiba keluar cerita pasal kimchi... aku pun terkeluar soalan halal ke benda diorang guna untuk buat kimchi tu?

ada yang tak tau kimchi tu apa ke?

haa... ini untuk yang tak tau macam aku...hihi...


Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.



Sejarah

Kimchi mengalami diperam dalam gentong
Sayuran masin berwarna hijau merupakan bentuk awal kimchi sewaktu cili belum dikenali di Korea. Setelah dicampur dengan garam, sayuran dimasukkan ke dalam bekas tanah liatsetelah diberi garam dan diperamm di dalam tanah sebagai persediaan makanan sewaktu sayuran segar tiada ketika musim sejuk. Orang Korea mula mengenali cili ketika pedagangPortugis dari Jepun yang datang ke Korea pada abad ke-16.
Pedagang Portugis menyebarkan cili ke seluruh dunia. Kapal-kapal Portugis berlayar melewati Tanjung Harapan di Afrika hingga ke India pada tahun 1498. Kemudian, cili yang berasal dari Amerika Selatan dibawa ke Asia melalui pelbagai pelabuhan di Afrika atau terus menyeberangi Lautan Pasifik. Pada tahun 1500-an, pedagang Portugis sudah berdagang diTanah Melayu dan cili dibawa ke China beberapa tahun kemudian. Pedagang Portugis sampai di Jepun dan Korea pada tahun 1549. Filipina mula mengenal cili pada tahun 1564 oleh perdagangan kapal Sepanyol yang membawa cili ke kepulauan Melanesia dan kawasanMikronesia.
Resepi sayuran dan labu masin sudah dimuatkan ke dalam buku resepi terbitan tahun 1670, tetapi tidak menggunakan cili. Dalam catatan sejarah abad ke-17 ditulis tentang 11 jenis kimchi, sedangkan cili sebagai bahan kimchi mungkin baru terkenal bertahun-tahun kemudian (menurut perkiraan 200 tahun kemudian) [1]. Sebelum abad ke-19, kimchi hanya dibuat dari sayuran asli Korea kerana sawi putih berkemungkinan besar tidak dikenali di Korea hinggalah abad ke-19[2]
Kimchi adalah makanan terkenal di China dan Jepun. Kimchi versi Jepun sudah disesuaikan dengan selera tempatan, kurang pedas dan lebih manis.

Bahan-bahan

Kimchi dibuat dari bermacam jenis bahan sesuai dengan jenis kimchi dan selera orang yang membuatnya. Kimchi yang paling terkenal di luar Korea adalah Baechu Kimchi yang dibuat dari sawi putih (배추, baechu) dan lobak (무, mu) dicampur bawang putih (마늘,maneul), cili merah (빨간고추, ppalgangochu), daun bawang (파, pa), sotong (오징어 ojingeo), tiram (굴, gul) atau makanan laut lain,halia (생강, saenggang), garam (소금, sogeum), dan gula (설탕, seoltang).
Di negara asalnya, terdapat lebih kurang 200 jenis kimchi termasuk kimchi khas daerah dan kimchi sayuran bermusim. Muzium Ladang Kimchi yang terletak di Seoul mencatatkan 187 jenis kimchi, dari kimchi zaman dahulu hingga kimchi zaman sekarang. Kepelbagaian jenis kimchi yang mudah dikenali, misalnya: 깍두기, kkakdugi dengan bahan utama lobak tanpa sawi putih, 오이소배기, kimchi timun yang disebut oisobaegi, dan kkaennip (susunan daun perilla yang direndam dengan kicap, cili merah, bawang putih, daun bawang, dan bahan-bahan penyedap lain).
Bakteria Laktobasilus yang berperanan dalam proses pemeraman kimchi menghasilkan asid laktat dengan kadar yang lebih tinggi daripada yogurt.

[sunting]Kesihatan

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[1] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[2]
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

[sunting]Trivia

  • Di Korea dikenal peti ais khusus untuk kimchi. Sebahagian besar orang Korea membuat kimchi dalam jumlah yang banyak ketika penuaian sawi putih ketika musim sejuk sehingga memerlukan peti ais khas untuk menyimpan kimchi selama setahun.
  • Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.



haaa... yang ni aku copy bulat-bulat dari wikipedia ok...

setelah baca isi kandungan aku macam kata... ok boleh la makan sebab bahan asas dia tu cuma yang berunsurkan vege je kan?

tapi itu la... kalau ikutkan betul-betul perkara halal ni... bukan hanya tanda "No Pork" seperti yang di setengah kedai tulis tu kan?

kalau kat Tv Al hijrah pun ada satu rancangan yang membincangkan pasal konsep halal sesuatu barang, tak hanya makanan malah make up..sabun... segala benda la... sampai sekarang aku macam takut nak tengok rancangan Agen Halal tu... pasal apa tau.. setiap kali diorang singkap semua benda lepas tu tinggalkan kita dengan persoalan ..."errr boleh makan ke tak ni ye?" atau "err... boleh guna ke tak ni ye?" ... kesimpulannya diorang suruh fikir sendiri la... dan sudahnya persoalan tu terkubur dek kerana kesibukan melayan keluarga dan kerjaya... ceh sibuk la sangat kan? ;)

sudahnya kadang-kadang aku rasa tak selamat makan kat luar... lebih baik masak sendiri kat rumah... tapi bahan-bahan yang kita guna buat masak tu halal ke tak? haaaa... yang tu yang merungsingkan... adoiii...

tapi kekadang aku tawakkal je... selawat bebanyak... istighfar bebanyak... mohon diampunkan dosa kalau ada bahan yang tak ketahuan masuk dalam masakan aku tu... tu sebab kadang-kadang anak melawan cakap kot... makanan ni terus masuk dalam perut dan jadi darah daging dia... teringat orang tua-tua dulu...terutamanya atuk dan abah aku... semua barang yang nak dibeli pun dia tengok dulu... kalau penjual bukan islam dia rela cari tempat lain... aku yang jadi anak ni? astagfirullallahalazim... main taram je... ikut sempat.... apa nak jadi la kan?

errrr.... korang pulak buat macamana ye?



p/s yang ada tu ada logo halal tapi macam "halalala" je... camne lak tu?

Ulasan

  1. kalo makan korea punya makanan rasanya mesti pelik...lidah mmg tak leh masok lg2x sushi...

    BalasPadam
  2. mungkin kat korea je ada pork2 ni, kat malaysia kalau dia buat juga tnpa bagi amaran apa2 memang nak kena la....

    BalasPadam
  3. kak tak pernah lagi makan kimchi tu..heee

    p/s kat sg petani ni beruntung. ramai yan terpanggil utk melaksanakan fardu kifayah bab makanan halal/muslim ni.

    BalasPadam
  4. Bismillahirrahmaanirrahim
    Assalaamualaikum
    Saya ada menyediakan Kimchi Halal menggunakan resepi asli Korea untuk penggemar-penggemar kimchi di Malaysia. Homemade. Boleh beli online. Untuk maklumat lanjut dijemput melawat Facebook page saya Ittibaa Islamic Store dan Han Su Rii Halal Kimchi. Dijamin HALAL, SEDAP dan BERKUALITI, InshaAllah.
    Jazakallahukhairan. Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...