kudapan untuk orang kampung.. - Cerita Ita                                                             kudapan untuk orang kampung.. Langkau ke kandungan utama

kudapan untuk orang kampung..

assalamualaikum semua,

pagi ni aku nak hidangkan korang dengan juadah yang aku buat masa balik kampung baru ni...

disebabkan dah canang kesedapan kek coklat kukus lapis cheese macam dalam entry INI... maka balik tu aku buatkan kek ni dalam 2 adunan tau.... punya tebal.... serik dah nak buat 2 adunan... macam muak la pulak bila lapisan cheese tu tebal sangat... hahaha... punya la malas nak mengukus 2 kek.... padan dengan muka kan? hihi....

tapi disebabkan takde strawberry ditemui di Econsave dan kami malas nak ke Giant.... maka jadi la keknya sebegini....


Kek coklat kukus lapis cream cheese 



tapi di akhir malam.... dah tinggal ini tau.....



alhamdulillah....

dan di hari ketiga kat rumah mak... aku buat kek ni pulak... Kek Kukus Asam Manis..


kek kukus asam manis 


dan yang ni memang dah terbukti sedapnya cuma.... kali ni aku buat asam manis tu terkurang pulak... bukan terkurang sebenarnya kalau ikut resepi tapi masa resepi yang dulu tu aku letak lebih asam manis tu.... kali ni boleh tersayang pulak nak letak lebih... aiseh... shah pun komen tak sama dengan yang aku buat kat rumah dulu...


tapi yang kesiannya mak la... hari isnin lepas aku buat kek coklat tu mak kena check up kencing manis sampai 4 kali sehari... tup-tup naik sampai 20 bacaan kencing manis mak... aduh... salah aku la tu...
pastu bila aku buat kek asam manis tu mak tak berani nak rasa dah pun... kesian mak....





p/s petang ni ada cabaran treasure hunt Puspanita....ada sesiapa yang join?

Ulasan

  1. semoga hari2 anda bertambah ceria di awal march ini
    moning..

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa tengok kek cokolat tu... perghhh krim dia, terliur!!!!!

    BalasPadam
  3. wahh..kek yg ada lapis cheese mcm sedap jer...harus dicuba ni...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. pssstt..izwa..memang sedap..eh.. terpuji diri sendiri pulak... hihi..

      Padam
  5. wahhh kencang skrg ita buat kek hehe

    BalasPadam
  6. mak tak nak makan tuh sebab fikirkan anak bongsu yang jauh di perantauan ni ... sobs sobs . uwaaaa !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...