kuih kole kacang - Cerita Ita                                                             kuih kole kacang Langkau ke kandungan utama

kuih kole kacang

assalamualaikum semua,

ini bukan entry yang dijanjikan untuk hot mama tu... tapi ini entry saje nak bagi korang semua hot petang-petang hari yang memang panas di Kuantan ni... hahaha....

meh bagi korang tengok gambar dulu....


kuih kole kacang 


dah puas layan gambar.... baru ada cerita...

ceritanya aku teringin nak makan kuih kole kacang ni atau di setengah kawasan dipanggil kuih tahi minyak... betul? ini bukan teringin yang tu ye... tapi memang teringin nak makan je... bukan apa-apa pun.... hish korang ni... dah pikir lain la tu... aku Clear ok... clear... tapi kalau ada pun apa salahnya kan....hehe...

bila dah teringin tu mula la menjajau mencari kuih ni orang jual... malang nasibku tak berjumpa dengan makcik biasa yang jual kuih ni yang sedap... yang tak sedap aku tak tau...

last-last aku buat keputusan nak google je la... sure jumpa resepi dan try buat.... dan akhirnya... aku jumpa resepi sedap tu di myresepi.com


kuih kole kacang yang dah dipotong 


Resepi kuih kole kacang (aku ambik dari myresepi.com)

Bahan-bahan
**1 cawan santan pekat
*1 cawan gula merah
*2 sudu besar gula pasir
*1 cawan air
*daun pandan simpulkan
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan
secubit garam

Cara-cara
1. masak bahan ** dalam kuali sampai jadi tahi minyak..aku buat api sederhana dalam 15-20 minit jugak..
2. asingkan tahi minyak dan tinggalkan lebihan minyak dalam kuali.
3. dalam periuk lain masak semua bahan bertanda * sampai gula larut..tapis dan sejukkan.
4. kacau air gula + tepung kacang hijau + garam + santan dlm bekas dulu..bagi sebati..
5. masukkan semua tu dalam kuali yang ada lebihan minyak tadi dan masak api sederhana
6. sentiasa kacau macam dodol supaya tak bergentel sampai pekat
7. bila pekat matikan api dan pindah hasil masakan dalam loyang dan ratakan..
8. yg ni aku tak bape pasti..bila nak letak tahi minyak tu..aku letak masa panas lg..terus dia rasa macam lemau..mungkin kena letak bila adunan sejuk sikit..
9. dah sejuk boleh potong dan hidangkan..


punya la tamak haloba aku buat 2 adunan dari yang diberi di atas tu tau... hahaha... ambik ko... lepas tu terus rasa tak nak makan setahun... hehe...

tapi serius rasa dia sangat sedap dan amat senang membuatnya... aku boleh buat sambil kelek si husna je pun... heeee...

ok... meh  layan gambar semasa proses memasak dijalankan...


proses memasak tahi minyak 


baki minyak dari santan pekat setelah diasingkan tahi minyak (sila abaikan rupa kualiku itu ye ;) ) 

rupa asli tahi minyak yang diasingkan 


air gula yang dimasak berasingan



kacau dulu santan + tepung kacang hijau 



yang dah dicampurkan gula yang dah disejukkan 


masukkan dalam kuali yang ada lebihan minyak tadi


kacau sampai pekat dan rupa macam ni 

pindahkan ke loyang dan ratakan 



bila dah siap tunggu sejuk dulu baru letak tahi minyak.. aku tak menyabor... 


dah siap 


bagi close up sikit.... hihi... 


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Johor Month hosted by Annie of Annielicious Food"


p/s esok ada sambutan hari keluarga... ada makan besau... yeay tak payah masak!

Ulasan

  1. Mak MQ suke sgt kuih ni.. MQ suka tahi minyak dia je :)

    BalasPadam
  2. Suka jugak kuih kole kacang ni. Lembut, manis. Kalau pandai buat mmg banyak la masuk dlm perut..Hehe

    BalasPadam
  3. Suke giler kuih ni tpi nk buatt..arghhhhhh..mlznye hihi

    BalasPadam
  4. tq....nk cuba.... :-)

    BalasPadam
  5. pakai tepung kacang hijau brand ape ye??

    BalasPadam
  6. insha allah nk cuba buat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat