lihatlah kuasa ciuman... - Cerita Ita                                                             lihatlah kuasa ciuman... Langkau ke kandungan utama

lihatlah kuasa ciuman...

assalamualaikum semua,

pagi ni aku rasa amat damai sekali...tak tau kenapa... walaupun dah lambat ke tempat kerja tapi hati tetap tenang...alhamdulillah... mulut masih boleh tersenyum riang... hati juga ikut sama berbunga riang... mungkin disebabkan pengumuman PM pasal kenaikan gaji setahun semalam? eh..eh? ;)

sebenarnya disebabkan semalan entah kenapa terfikir nak cari zikir munajat kat youtube...tetiba terlintas satu zikir munajat oleh ustaz dzulkarnain... alhamdulillah...tenang hati mendengarnya...

kalau sesiapa nak cari boleh ke you tube dan search zikir munajat ustaz dzulkarnain ye... you tube tak boleh nak attach kat sini.. kang nuffnang gam..hihi..ini pun dah lama nampak cam nuffnang merajuk je ni..kosong je blog sekarang ni...

tapi mesti korang kata tajuk tak kena dengan isi kan? ...tettt...anda salah...haaa ni aku baru nak cerita apa yang berlaku di sebalik tajuk tu...

wayang pun ada iklan kan? eh tiket wayang free GSC tu tak claim lagi la...hmm kita tunggu cerita bola kampung keluar la dulu kan..bagi anak-anak enjoy...eh..boleh ke wayang pulak dah...
ok ...ok sambung balik...

dijadikan cerita semalam shah kena ot malam.. masa dia nak gerak gi keja tu biasa la kena ada adegan salam-salam...cium-cium dulu kan...heee...

pastu memula aku salam dulu...kemudian shah cium dahi aku..aku senyummmmm.....pastu abg ngah salam dan shah cium pipi dia...abg ngah senyum.... pastu adik husna salam...shah cium pipi dia...dia buat dekkk je...ceh...

pastu last sekali abg long salam dan dia tengok muka ayah dia...masa ni aku dah start tengok je tau.....pasal ayah dia memang selalu lupa nak tunjuk sayang dia kat anak bujang dia yang ni...
lepas tu ayah dia cium dahi dia....abg long terus senyummmm manissss je tau... suka aku tengok...lapang dada tengok dia senyum...

terus teringat abg long selalu cakap :

abg long : "ayah tak sayang saya ke ummi...ayah selalu marah saya"

aku : "tak lah ayah sayang abg long, ayah marah sebab tak nak abg long nakal dan nak abg long jadi budak baik dan jadi contoh yang baik kat adik-adik...abg long kan dah besar kalau abg long nakal nanti semua adik-adik ikut...ummi dengan ayah sayang semua anak ummi dengan ayah tau..."

abg long : "ye la saya nak jadi budak baik...tak nak jadi ikan pari"

aku : "ikan pari?"

abg long : "ye la macam cerita yang cikgu tunjuk kat sekolah...lawan cakap mak ayah dia dia bertukar jadi ikan pari...saya tak nak jadi macam tu..."

baru nak syahdu-syahdu tetiba ikan pari pulak dah...sabor je la kan...heeee...

tapi malam tadi dia memang jadi anak yang sangat baik betul..tolong ummi dia jaga adik...tak bergaduh dengan adik...nampak tak? semuanya kerana kuasa ciuman....jadi hargailah orang tersayang anda hari ini jugak dengan ciuman dan pelukan...



p/s cerita donut tak siap lagi...karang2 kita cerita karipap pulak ye...haha...

Ulasan

  1. memang betul tu kak, kalau mak sy cium sy, rasa lemah longlai je rasa.. hahaha....

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ita...betul kata2 ita tu mama sokong...;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...