membeli dari ZALORA.com.my? - Cerita Ita                                                             membeli dari ZALORA.com.my? Langkau ke kandungan utama

membeli dari ZALORA.com.my?

assalamualaikum semua,

pagi yang cerah...serta hati yang tenang...korang semua sihat?

alhamdulillah kami selamat sampai dari kampung jam 1.11 pagi...lega...walaupun sampai agak lambat...tapi minda kami dah direfresh setiap kali balik kampung jumpa mak dan abah..alhamdulillah..

Ya Allah..Kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami dan limpahkanlah rahmatmu ke atas kedua mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..amin..

tapi ada dugaan jugak..sampai dah la lambat kan.. gitu..gini dalam pukul 2 baru boleh tidur..

tapi baru je nak tutup mata...sekali husna menangis...dugaan..susukan dia...senyap semula..

sekali lagi nak tutup mata...abg ngah pulak menangis...waaa...yang ni payah nak pujuk..buat susu...senyap kejap...

kejap lagi dalam pukul 3 dia menangis lagi...waa...kali ni memang dia nangis sungguh-sungguh...pelik jugak..dah baring sebelah aku dan aku peluk dia..senyap dan tertidur semula..

baru nak lelap mata lagi...
tetiba rasa ada sesuatu mengigit tangan aku...aduh...nyamuk la..
patut anak-anak tidur tak lena je..ubat nyamuk elektrik dah pasang dua dah pun..masih tak berkesan...maknanya malam ni kena operasi la jawabnya... Ops Sembur... hahaha...jaga la kau wahai nyamuk...


dan walaupun hari ni aku datang kerja dah rupa separuh zombie tapi disebabkan dah janji dengan korang pasal entry membeli di zalora tu kan...maka aku tulis jugak entry ni..tak larat woo nak hutang-hutang lagi...
dipendekkan cerita aku ada dapat kupon diskaun untuk membeli belah di Zalora.com.my ...

Zalora.com.my


dan disebabkan hati teruja tapi banyak sebab menyebabkan pembelian ditangguhkan dulu...antara sebabnya...banyak pilihan woooo...saya sudah rambang mata! haha...

dan selepas dicongak-congak keperluan dan kehendak...akhirnya aku berjaya merembat sesuatu pada 12/3/13... teka aku beli apa? teka la..mana boleh tulis dulu... hehe...malas teka? ala baca je la sampai bawah... kang aku cite...

pastu setelah pembayaran dibuat..aku terima pengesahan dari email...dan proses menunggu barangan yang diorder pun bermula....

tapi terkejut yang amat bila barang yang aku order tu sampai keesokkan paginya...wah macam tak percaya ko...laju gila!




bungkusan dah sampai! 


aku pun apa lagi kan...sambil senyum-senyum bukak bungkusan..dannnnn....terus sarung untuk test...hahaha...dasar tak nyabor... terus wassap abg tersayang tu...baju dah sampai..sambil ada nota tambahan...boleh order kasut n henbag lak sebab service laju gila!...hihi...


nampak  invoice punya masa tu? hanya 2 jam je dari masa aku order tu tau...



yang paling aku suka pasal dia sediakan benda ni tau...


return slip dari zalora.com 


dengan adanya return slip ni pembelian lebih terjamin sebab kalau barang tak ok ke atau tak muat ke boleh la korang pulangkan...kos pos pun diorang tanggung...tapi termasuklah dalam kredit akaun korang kat zalora.com ye bukan dia bagi terus masa korang pos tu...(ada tertulis kat return slip tu haaa...)


tapi ada satu yang aku rasa tak bape best... kalau selalu aku beli online ada confirmation email akan dihantar dan terus link ke akaun aku yang dalam web pembelian tu tapi dengan zalora.com ni takde pulak...dia cuma bagi confirmation email dan email untuk maklumkan pengeposan dah dibuat..itu pun email tu aku dapat hanya petang selepas aku terima item yang dipos...jadi harapnya pihak Zalora.com.my boleh improve dari segi tu la...


yang bestnya selain dari service pos yang superb tu..korang boleh jugak dapat kupon rm20 kalau buat email registration tau kat laman web diorang..suka tu..boleh guna beli yang lain pulak...


selain tu ada lagi tau...korang boleh dapat tambahan voucher jika pembelian dibuat dalam bulan mac ni...macam kat bawah ni...berbaloi-baloi...



eh...jom la layan mata dengan baju baru i ni....


sila abaikan saiz yang terlampau tu ye...adoiii... 



nampak lengan boleh lipat... dan ada kemas lagi kat hujung tu cam kat leher.. suka! 

p/s kusangkakan panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengahari...macam nak hujan panas ni tau...

Ulasan

  1. Ouh zalora dah ok ek skarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok camne tu dik? akak pestime beli ni.. tapi nampak cam ok la..

      Padam
  2. tak pernah shopping dengan zalora hehe..maklum badan kan comel tkt size tak de hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun gedang gak dik.. cer la try memana yg padan.. gi jeling2 kat area muslimah tu..

      Padam
  3. Kak tak beranilah beli online. Ketinggalan zaman pun takpelah. Selagi tak acu dibadan, tak puas. Maklum, badan ni takde shape...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak, saya tengok barang gak.. kalau dah memang takde jual kat kedai dekat2 sini atau lebih murah tentu saya akan beli.. terutamanya barang penyusuan anak..

      Padam
  4. i think base on ur review, they have improved their service...a lot!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..ur right... happy for all...hihi... tq for dropped by...

      Padam
  5. ehmmm peninglah kak ita, banyak pilihan, tapi banyak sexy jer kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah...mmg byk yg sexy...akak terus gi klik kat button muslimah tu haa...

      Padam
  6. Thank you for sharing this post and I hope keep posting.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...