saya dapat beg baru! - Cerita Ita                                                             saya dapat beg baru! Langkau ke kandungan utama

saya dapat beg baru!

assalamualaikum semua,

banyak hutang entry kat blog ni... belum sempat menulis lagi ni... entry donut dan roti... entry karipap... entry membeli dari Zalora... eh? ada jugak kan? hihi.... perempuan...

apa pun nak bagitau kat korang kami nak balik kampung johor malam ni... tetiba je kan...? memula plan nak balik hujung bulan... tapi tetiba je diorang anjak tarikh hari keluarga kat sini... adoiiiaiii... so kena balik awal sikit la... minggu depan shah dah kena keja hujung minggu jadi memang tentu tak boleh balik la...doakan kami selamat pergi dan balik ye....

nak cerita pasal malam tadi sebenarnya.... plan asal nak beli susu je kat Eng Hong Taman Tas tu... tetiba pulak anak-anak ni nampak beg kat kedai sebelah tu... alahai... mula la memacam komen kedengaran...
beg saya dah koyak la.... saya nak beg baru la.... pastu siap ada suara latar belakang pulak tu... halus je suara dia... berbunyi...."aya nak beg ayu gak..." ... harap maaf ye.. dia bukan nak beg ayu tapi beg baru... pelat yang amat abg ngah tu sebijik ikut abg long dia...

tambah pulak ada pelakon latar halus tu hulur-hulur tangan... (adik husna la tu).... ceh macam faham je la apa abg dia nak kan....

pastu akhirnya terkorban jugak duit membeli 3 biji beg untuk anak bertuah ni... alahai... lambat lagi nak gaji wahai anak....



bergumbira dengan beg sekolah baru... siapa yang paling pandai posing?



korang tengok je la gelagat diorang menyorong beg baru serata rumah...huh... si kecik tu pun sama... abg dia buat bunyi, dia pun ada bunyi gak... sabor je la....

ada kisah di sebalik beg ni... sebenarnya yang abg ngah pegang tu pilihan abg long sebenarnya... tapi dek sebab kerana adik dia mengalah.... baik betul hati abg long....sampai bebila camtu ye nak... tak mau gaduh-gaduh....


p/s mak aku pernah cakap tau... jangan esok2 abg ngah nak makwe abg long pulak sudah la... semua yang abg long punya dia nak...huhu... mintak simpang la mak.....

Ulasan

  1. baguslah, abang dah tunjuk contoh, boleh bertolak ansur..
    selamat bergumbira di kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak... lega.. sejuk hati bila tengok abg beralah dgn adik..

      Padam
  2. anak2 saya beg dah rosak , nak kena beli juga .. baru 3 bln sekolah wuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la... camni kena buat bajet beg setiap 3 bulan lak kan? huhu...

      Padam
  3. wah seronoknye budak2 ni dpt beg baru.. takpe ar ita , duit abis asal anak gumbira kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak gumbira... mak bapak... ? gumbira gak bila anak gumbira..

      Padam
  4. beg kuliah saye pun dah koyak ... nak beg ayu ugakkk ! :D

    BalasPadam
  5. untuk ena tak de ke?? nak gak.. nak bawa g kuliyah.. hewhewhew

    BalasPadam
    Balasan
    1. lambat ena..... peruntukan dah abis... thn depan ye dik...hihi.. tp kena beratur dulu la...

      Padam
  6. wahh mesti excited mereka ...comel!!

    BalasPadam
  7. Heheh..kalau beli satu mesti nk kene beli tuk semua hek...kopak gak..heheh..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal aty... kalau nak menambah anak ni yg kami kena fikir gak...huhu..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...