seksi sangat! - Cerita Ita                                                             seksi sangat! Langkau ke kandungan utama

seksi sangat!

assalamualaikum semua,

korang sihat petang jumaat ni? ke dah nak balik dari kerja?

aku balik kejap tengahari tadi... lega dapat lelapkan mata sekejap... betul tau sekejap je... 15 minit je pun...sementara aku pam susu dan bersandar kat kerusi depan tv tadi....sedar-sedar je hp dah berbunyi menandakan waktu mengepam dah abis...

tapi aku nak cerita pasal masa mengepam ni seksi tau.... bukan cerita tu... tapi seksi ni pasal cerita lain la...

korang perasan tak kat tv sekarang ni makin rancak iklan? sekejap je layan cerita atau drama...dah iklan... bak kata abah aku la.. "kesian mak kau, baru je nak nangis-nangis sebab cerita tu sedih tapi dah iklan.... sampai abis iklan, cerita tu sambung balik dah tak rasa sedih dah pun"..... hihihi... sabar je la kan?...

yang iklan berlambak tu aku tak berapa nak heran sangat la kan.... dah itu cara stesen tv tu carik makan... kena la ada yang sponsor... tapi ada satu yang aku agakkkkk tak berkenann nooo tengok tau.... sekarang ni aku tengok iklan melampau-lampau nooo la... tak macam dulu-dulu... seingat aku kan...cerita filem pun kena tapis dulu kan baru boleh keluar wayang.... ni iklan apa hal pulak boleh je lepas yang ada gambar tak senonoh tu ye?

sorry la...emo sikit pepetang hari ni.... kalau dulu aku rasa muka pan asia pun tak boleh carik makan untuk iklan kita kat tv... tapi sekarang ni...nah ambik terus import minah saleh yang pakai tak bape pakai tu haaa.... haaaadoooiiiii tau... sakit jiwa aku tengok....

yang paling aku tak tahan tu haaa... korang tengok iklan aiskrim tu haaa... dulu dia tunjuk singkap kain je kejar lori kan...? pastu sekarang ni lagi advance la pulak... boleh pakai baju sekeping turun bangunan nak carik aiskrim? hadoooii... dah tu muka anak aku terlonggo kat depan tv tu tengok orang makan aiskrim yang diorang suka....

kalau korang kata kena tapis la apa yang anak tengok... ye... aku setuju 200% ok... tapi maaf cakap la..kalau cerita yang bukan-bukan memang aku terus tukar channel al hijrah je ok... tapi  iklan ni ditayang pada waktu perdana... waktu orang tengok berita tu haaa... tengah sesedap layan berita tetiba je ada iklan ni... takkan setiap kali iklan ko nak alihkan channel kan? logik la sikit... lagi pun bukan setiap iklan tu ko tau apa yang penerbit tu nak iklankan... (ke memang ada jual dia punya panduan iklan ni?)...

korang ada masalah macam aku tak? ke aku sorang je yang emosi terlebih ni?? heeee...

p/s eh sesiapa yg join contest aku tu tunggu eh aku asyik lupa je nak bagi si kecik tu cabut undi nama korang...inshaa Allah takde aral minggu depan aku umum ye..maaafff...


Ulasan

  1. mmmg makin seksi,..huhu..malu nengok ..

    ala..ingat dah umum pemenang,..saya dh delete entry tu..hhuhu

    BalasPadam
  2. nak jual aiskrim ke nak jual keseksian wanita kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...eskrim dah banyak laku dah... tu yg boleh hire model seksi lak..aaahhhaiii...

      Padam
  3. kak jarang tengok TV tu sebab takleh nak ikut komen tang tu. tapi kak tak minat langsung nak baca iklan dalam paper berkaitan wanita. kadang2 malu tengok apa yg ditulis dan gambar yang ditayangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya kak tak tengok tv.... bila la saya boleh jadi cam akak... tp kat suratkabo lagi teruk kan kak? siap ayat tak boleh blah.."semenjak menggunakan dot..dot..dot... suami saya dah tak kaku lagi...waaah??? siap boleh tunjuk muka pulak tu...aduhaaiii..

      Padam
  4. tau xpe kak, sikit je model2 muslimah... skrg ni bukn bertambah sexy, tapi bertmbah lucah kot even tak terang tang tang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye dik..ingat dulu nak beli pad pun siap bungkus dalam kertas surat kabar...malu wei kalau org nampak...

      Padam
  5. nak buat mcam mana..dah tu dia kata hak dia..

    BalasPadam
  6. setuju kak...seolah2 mengexploitasikan tubuh...Astagfirullah...
    Apapun ini sekadar pandangan, apa yangs saya fikirkan..kadang tak sesuai dengan anak kecil yang melihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat tak sesuai dik... tapi malangnya siapa yang mengambil tahu????

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...