tiba masa untuk potong! - Cerita Ita                                                             tiba masa untuk potong! Langkau ke kandungan utama

tiba masa untuk potong!

assalamualaikum semua,

betul hari ni genap 5 hari aku jadi zombie... semalam adik husna dah sihat sikit tapi dia buat hal pulak tak nak tidur... bangun tetengah malam... menyusu pastu tetiba je berdiri... ceh dia buat macam hari siang pulak dah... kalau selalu waktu bukan masa tidur tu dia akan menyusu kat aku sambil menonggeng-nonggeng... sungguh kurang sopan ini anak dara kan? heeee....

tapi bila dia buat masa siang atau masa santai-santai aku tu ok lagi la... ini dah tengah-tengah malam pulak tu... aduhai anak... esok ummi kena kerja la sayang...

boleh pulak dia main gelak-gelak... guling-guling... gigit-gigit...hmmmm... sabor je la... nak je aku biarkan dia dan aku tidur je kan... tapi bila terfikir pulak apa akan jadi bila dia memain sendiri.... panjat sana panjat sini... jatuh pulak tu tanpa aku sedar nanti.... hish... Nauzubillahiminzalik... mintak dijauhkan...  jadi secara tak langsung aku sengkang jugak mata ni sambil layan dia gelak-gelak tu... dan hasilnya.... aku duduk menaip ni pun mata den ni nak lolap tau!....

tengahari ni harus balik rumah pejamkan mata kejap...hari ni hari jumaat masa rehat panjang sikit...

ok sebelum tu kita tayang gambar bebudak ni minggu lepas ketika sebelum dan selepas kejadian potong rambut memasing....

layan.....

abg long....


saya takde hal punya... 


abg ngah....


ada muka sedih di situ... berbaki lagi..hihi.. 


adik husna.... (kak de... errrkkk?)


adik tak gunting rambut tapi sibuk nak masuk kedai jugak... gambar last tu... 
tapi kan...aku rasa rambut anak-anak aku ni macam kena gigit je la... kira macam last time la kita gi kedai ni kan bang....tak bagus la...

p/s tadi masa tazkirah ustaz baca dlm buku hadis qudsi dia tu...org yg mati syahid ni tak lalu alam barzakh tau...terus sampai syurga...alhamdulillah...bestnya... jom solat dhuha...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat