terkenang semasa dulu.. - Cerita Ita                                                             terkenang semasa dulu.. Langkau ke kandungan utama

terkenang semasa dulu..

assalamualaikum semua,

alhamdulillah pagi tadi aku selesai menyertai satu majlis yang best iaitu Majlis Konvokesyen POLISAS kali ke 34..

mesti ada yang nak tau kenapa aku pergi ke majlis ni pulak kan?.. eh takde eh?

tak kira la... nak cerita jugak.. hehe..

sebenarnya tempat aku bekerja sekarang ni memang selalu ada pelajar POLISAS yang datang untuk praktikal.. jadinya mungkin disebabkan kerjasama ini kami dijemput untuk sama-sama meraikan majlis yang gemilang ini..dan kenapa aku pulak yang kena pergi.. bos minit surat pada aku tapi tak paksa pergi tapi disebabkan tempatnya dekat jadi aku dengan sukarelanya nak pergi... kenapa? untuk motivasi diri.. macamana? nanti aku ceritakan..

ada 3 hari sebenarnya majlis ni berlangsung tapi aku cuma boleh hadir hari ni je... esok ada dan lusa ada program lain pulak..

program pagi tadi berjalan lancar seperti yang direncanakan... bermula dengan perasmian oleh Dato' SUK Negeri Pahang sampai la ke acara makan.. hehe..



kenapa aku suka pegi ke majlis macam ni dan ianya memotivasikan aku? meh aku share... bila kita berada dalam majlis konvo macam ni secara tak langsung terkenang susah payah waktu kita belajar dulu dan saat aku dapat ijazah dulu... sebab kat majlis konvo ni ada wajah graduan yang ceria sebab dapat pencapaian yang membanggakan dalam hidup mereka... ada juga wajah-wajah ibu bapa yang ceria kerana anak mereka berjaya... (ini yang paling aku suka)..

dan dalam majlis konvo macam ni jugak ada pengikhtirafan buat pelajar cemerlang... macam tadi dianugerahkan kepada pelajar dari Cheneh, Terengganu... beliau dapat Anugerah Pengarah selama 6 semester berturut-turut...  rasa bersemangat bila melihat wajah pelajar cemerlang seperti ini.. sebab apa? sebab dulu aku cuma mendapat ijazah dengan keputusan yang biasa-biasa aje.. takde apa yang dapat dibanggakan..mak dengan abah pun cuma duduk di kerusi biasa tak macam pelajar ini yang dapat sama-sama bawa ibu bapanya naik ke pentas untuk terima anugerah... sayang tak boleh nak ambik gambar...

ok la kita layan dulu gambar-gambar sepanjang majlis tadi....



meja vvip masih kosong lagi.. di sebelah tu org2 kuat politeknik 

ada jugak terselit VIP comel... alahai.. 


eh..eh.. terselit keta Dato' SUK.. hehe.. takde keja.. 


nampak makcik yang berkerusi roda tu? mesti dia berbangga dapat ke sini... 


semua orang sibuk bergambar di mana-mana saja 




satu je nak pesan kat semua graduan yang nak hadiri majlis graduasi macam ni.. elakkan bawak handbag... kalau ada tinggalkan pada keluarga atau saudara mara yang hadir sama... macam aku dulu buat baju yang berkocek dan masukkan henset saja dalam tu.. yang lain tinggal dengan family... ini untuk langkah-langkah keselamatan... sebab kalau korang bawak handbag bukan boleh bawak naik stage pun.. tentu kena tinggal di kerusi... kalau hilang??? ..hehe.. fikir la sendiri...


kenangan satu ketika dulu... 10 tahun yang lampau...Majlis Konvokesyen kali ke 27 UPM


pinjam gambar dari FB sahabat.. besar benar jubah tu denganku.. huhu.. 


masa tahun 4 kalau tak silap.. 


ini mungkin dalam tahun 2... 


ini dalam tahun akhir kami.. tahun ke 5 yang penuh cabaran.. really miss you guys.. 




p/s hati masih gundah gulana...

Ulasan

  1. tu tandanya...nak kena sambung study lagi kot ita...heee

    BalasPadam
  2. bestnya..eh..comel je kucing lalu time majlis bjln..hahahaa

    BalasPadam
  3. best kan masa zaman sekolah-universiti dulu

    BalasPadam
  4. Mmg tak bolehblupakan waktu kita study kan...banyak kenangan.
    Kat opis abg pun ramai bdk poli buat praktikal, keluar masuk silih berganti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...