assalamualaikum semua,
pagi ni dikejutkan satu berita yang agak mengemparkan negara... berlaku pada jam 7.05 malam semalam..
Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh...
yang menyedihkan kerana ada korban nyawa yang terlibat... dikhabarkan 4 orang awam berkemungkinan maut kerana tertimbus di bawah runtuhan... setakat pagi ni belum ada lagi kenyataan rasmi mengenai mangsa...
mujur ianya runtuh sebelum digunakan... kalau tidak tentu akan lebih lagi korban nyawa...alhamdulilah....
semoga Allah permudahkan proses menyelamatkan mangsa...amin...
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.
“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.
Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.
Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.
Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.
Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.
Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.
SUMBER : SINARHARIAN
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz2VUTj2Jke
Hakcipta terpelihara SUMBER : KOSMO
Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh
cuma sekadar peringatan buat diri sendiri yang sering lupa.... mendabik dada dengan kekuatan yang kita ada tak akan membantu apa-apa... ianya tidak mampu dibandingkan dengan kekuatan Yang Maha Esa...
p/s jangan lepas2 ni lagu jambatan merah sudah runtuh runtuh ditukar liriknya sudah.....

Palang hujung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
GEORGE TOWN - Satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.
Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan.
Difahamkan terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang melalui kawasan berdekatan kawasan itu ranap ditimpa runtuhan itu.
Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat.
Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz2VUTj2Jke
Hakcipta terpelihara SUMBER : KOSMO
Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh
GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang Dirasmikan September
29 Apr 2013, 09:24pm by Syuhada Rais
Ketika kerajaan DAP Pulau Pinang sibuk menjual idea projek terowong dasar laut, kerajaan Barisan Nasional sudah lama memenuhi permintaan rakyat pulau mutiara itu.
Aspirasi dijelmakan menerusi Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang kini sudah 94% siap dan dijangka dibuka kepada umum menjelang september ini.
Wartwan TV3 meninjau perkembangan projek mega itu, menjelang lawatan Perdana Menteri esok.
Terpanjang di asia tenggara dengan jarak atas air mencecah 16.9 kilometer dengan kos pembinaan RM4.5 bilion.
Jambatan kedua Pulau Pinang menghubungkan Kawasan Perindustrian Baru Batu Kawan dan Batu Maung.
Walaupun dirancang semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, janji tetap ditepati projek masih diteruskan walaupun pakatan pembangkang memegang teraju kerajaan negeri.
Jambatan ini juga mampu tahan gegaran gempa bumi sehingga 7.1 pada skala richter dan mengunakan lebih 99% bahan mentah daripada sumber tempatan.
Projek turut memberi nilai tambah kepada ekonomi rakyat dan kontraktor bumiputra di Pulau Pinang.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka meninjau perkembangan pembinaan dek navigasi utama jambatan itu apabila melakukan lawatan kerja ke Pulau Pinang esok.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Jambatan_Kedua_Pulau_Pinang_Dirasmikan_September.html#sthash.TypSCNmK.dpufcuma sekadar peringatan buat diri sendiri yang sering lupa.... mendabik dada dengan kekuatan yang kita ada tak akan membantu apa-apa... ianya tidak mampu dibandingkan dengan kekuatan Yang Maha Esa...
p/s jangan lepas2 ni lagu jambatan merah sudah runtuh runtuh ditukar liriknya sudah.....
seb baik kawan saya lewat sket ja lalu kawasan tu...
BalasPadamwah...bahayanya?
Padamx jadi la nak buat familyday kat peneng...
BalasPadampenang la long... jadi kat KT dulu... hehe
Padamx jadi la nak buat family day kat peneng..
BalasPadammalang tak berbau kan..
BalasPadamye kak... kalau berbau.. semua dah lari...hehe
Padam