assalamualaikum semua,
aku bersiaran dari kampung johor hari ni...alhamdulillah kami selamat sampai di kluang jam 2 pagi tadi..
sebenarnya plan nak balik memang takde tapi bila aku telefon mak semalam dan mak kata rindu dengan suara anak-anak..terus shah buat keputusan segera nak balik malam tadi jugak..kami bertolak jam 9.30 malam tadi..
jerebu di johor dah semakin membimbangkan..kat rumah mak aku ni pun suasana kat luar menyeramkan kami..dengan bahangnya sebab lama dah tak hujan...
sekarang di muar dah naik ke 453 bacaan pada jam 4 petang tadi..sayangnya web yang menjadi rujukan tak menunjukkan statistik semua daerah..terutama kluang yang kami duduk sekarang ni..
semoga kita semua dipelihara Allah dari apa jua yang tidak sihat..amin...
rujukan dari sini..
mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453
mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_berita/20130622181654&sec=mstar_berita
p/s dapat makan sukun goreng hari ni kat rumah mak..best!
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.