Mom & Baby Expo Kuantan 2013, Jom Heboh Kuantan 2013, PIKOM PC Fair Kuantan pulak - Cerita Ita                                                             Mom & Baby Expo Kuantan 2013, Jom Heboh Kuantan 2013, PIKOM PC Fair Kuantan pulak Langkau ke kandungan utama

Mom & Baby Expo Kuantan 2013, Jom Heboh Kuantan 2013, PIKOM PC Fair Kuantan pulak

assalamualaikum semua,

dari hari jumaat lepas hingga ahad ni aku rasakan hari paling sibuk di kuantan...

selain dari Seminar Hidup Luar Biasa di BGRC ... di bandar sibuk pulak dengan ekspo ibu dan anak... ditambah pulak dengan Jom Heboh di lokasi yang berdekatan juga dengan The Zenith tempat berlangsungnya ekspo ibu dan anak... dan ada lagi satu event yang memenuhi hujung minggu..Pikom Pc Fair di Megamall Kuantan..

Aku nak cerita pasal yang tak best dulu...JOM HEBOH... kami cuma sempat berkunjung ke Jom Heboh buat kedua kalinya setelah sekian lama tak berkunjung sebelum ni..masa pertama kami pergi masa abg long kecik lagi...

tapi pendapat aku la...tak berbaloi bersesak...memang barang yang ditawarkan jauh lebih murah tapi memang tak berbaloi bila terpaksa bersesakkan dengan orang ramai...sudahnya banyak duit dihabiskan untuk membeli air yang harganya sekali ganda mahal dari biasa...sabar je la...

tapi pendapat aku lagi kata penganjuran 6 tahun dulu jauh lebih baik...nak tau kenapa? sebab dulu gerai setiap barangan tu diletakkan di sekeliling padang MPK dan berhadapan hanya dengan satu gerai sahaja...tapo sekarang ni gerainya semakin bercantum antara satu sama lain...menjadikan kawasan tu lagi sempit..sedangkan ada jugak kawasan luas yang lain yang boleh digunakan...

sudahnya pengunjung macam kami ni cuma beli mana yang berkenaan sebab nak menyelit ke gerai yang menjual pun belum tentu lagi...

ok tutup cerita jom heboh...kita sambung mom & baby expo...




aku pergi sini dah 2 kali... pertama hari jumaat dengan kawan opis...kedua hari ahad dengan shah dan anak-anak.. 2 kali kunjungan kami parking di bawah hotel zenith dengan bayaran RM 2...

hari jumaat tu aku cuma dapat beli majalah lama RM10 untuk 3 majalah...hari kedua...cuma dapat tengok-tengok dan tak beli apa-apa pun...

pada pendapat aku...ini dah cukup bagus di kuantan yang tak ada apa-apa sangat ni..tapi lebih bagus lagi jika ditambahkan lagi produk mom & baby yang terlibat...


booth Snug breastpump 


bila lelaki menjadi sale person untuk breastpump..hik..hik..hik.. 

ini je yang aku beli pun 

tapi sebagai ibu yang masih gigih mengepam susu untuk husna...aku agak berminat dengan breastpump baru berjenama Snug...agak bagus dibandingkan dengan banyak produk terkenal yang lainnya...dengan fungsi kelajuan..tempoh masa massage dan tempoh sedutan seminit yang boleh dilaras...nyata ianya memang antara breastpump yang memikat hati...sayangnya dia cuma ada yang single pumping je... psssttt tapi aku dah bagi detail suruh diorang maklum kalau-kalau ada yang double...hehehe...adakah ini tanda kami nak ada baby lagi? kwang...kwang..kwang...

satu lagi event yang agak best tapi tak sempat nak singgah...PC Fair...aduhai...next year kot...
hujung minggu ni ada ekspo perabut dan barang elektrik pulak...kot-kot boleh cari tv baru ke...hehe....
dan hujung bulan ni pulak ada ekspo big wolf...itu ekspo buku yang tentu sekali aku taknak miss...dari 26-28 jun 2013 di SASCC di The Zenith...rasanya kot..ternampak banner semalam...
*update... baru tau pesta buku tu dah lepas dah... 25-27 April rupanya... laaa... macamana boleh terlepas ni...

p/s semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan rezeki kami...amin...

Ulasan

  1. comel2nyaaa expo ni.. hehehehe ni yg mmbujang lagi pun boleh g ni XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je dik.... ambik ilmu je dulu..tak salah...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat