assalamualaikum semua,
pagi ni ada program ceramah di tempat kerja kami ni...
Majlis Ilmu Penghayatan Ramadhan.. penceramahnya Ustaz Dr. Sihaebuddin bin Muhaiemin...
secara jujurnya aku tak kenal ustaz ni sebelum ni walaupun beliau merupakan penceramah tetap di Radio Selangor FM..
tapi pengisian yang sangat bagus...diminta untuk berkongsikan tentang penghayatan ramadhan tapi dia bukan saja kongsikan mengenai bulan ramadhan tapi ada juga tentang solat dan bulan syaaban..alhamdulillah..
sesuatu yang dikongsikan yang mungkin dah ada yang tau atau mengejutkan... melalui bancian solat yang dibuat di Malaysia...
60% dari umat Islam Malaysia menunaikan solat
20% dari umat Islam yang tidak solat
15% dari umat Islam kadang-kadang solat
5% yang menunaikan solat berjemaah...
semoga ini boleh dijadikan renungan untuk kita semua..inshaaAllah...
ada dugaan blackout pulak kejap tadi...tabik dengan ustaz yang tetap meneruskan ceramah..
p/s duduk dengar ceramah tapi hati dah risau...officemate mc..bos takde kena cover jugak...result kena jawab juga...Allahuakhbar...duhai hati tabahlah dikau...
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.