entry Njoi untuk menjawab komen - Cerita Ita                                                             entry Njoi untuk menjawab komen Langkau ke kandungan utama

entry Njoi untuk menjawab komen

assalamualaikum semua,

entry khas untuk Njoi untuk menjawab komen dari sorang pembaca di SINI ....

aku andaikan adik Abdul Halim Hussain ni betul-betul berminat nak pasang njoi kat rumah dia...

ok dik.... penerangan dia camni....

akak copy je la dari web njoi yang part FAQ tu haaa.....

  • 1.1Apa itu Njoi?

    Dilancarkan pada Disember 2011, Njoi ialah perkhidmatan satelit TV percuma yang pertama di Malaysia. Njoi memberikan penonton Malaysia akses kepada siaran pendidikan, informasi dan hiburan yang berkualiti termasuk sukan dan muzik melalui 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa caj bulanan.
    Kotak DMT
    Njoi boleh didapati pada harga RM308 untuk sekali pembayaran di mana-mana pengedar Njoi yang sah dan RM100 dikenakan untuk caj pemasangan. Pelanggan akan menerima:
    a) 1 Decoder NJOI
    b) 1 Unit Alat Kawalan Jauh
    c) 1 Unit piring satelit luar-rumah
    d) 1 Kad Pintar
    e) Prabayar Njoi (bernilai RM40 ** 

    **Saluran premium Prabayar Njoi (bernilai RM40) untuk menonton rancangan-rancangan HEBAT!
    ** Semua baucar prabayar akan diaktifkan dalam masa 48 jam selepas akaun NJOI diaktifkan.
    Kotak DMT yang Diperbaharui
    Njoi juga boleh didapati pada harga RM180* untuk sekali pembayaran di mana-mana pengedar Njoi yang sah dan RM100 dikenakan untuk caj pemasangan. Pelanggan akan menerima:
    a) 1 Dekoder Njoi (kotak DMT yang diubahsuai)
    b) 1 Unit Alat Kawalan Jauh
    c) 1 Unit piring satelit penerima
    d) 1 Kad Pintar
    e) Prabayar Njoi (bernilai RM40 ** 

    **** Saluran premium Prabayar Njoi (bernilai RM40) untuk menonton rancangan-rancangan HEBAT!
    ** Semua baucar prabayar akan diaktifkan dalam masa 48 jam selepas akaun NJOI diaktifkan.
    Bersempena dengan kempen baru:-
    Pelanggan kini boleh memilih untuk membeli NJOI dengan kotak DMT yang diubahsuai pada harga RM180* sementara stok masih ada. Kotak DMT yang diubahsuai ini membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan TV satelit percuma ini pada harga yang lebih murah. Setiap kotak DMT yang diubahsuai ini telah diperiksa, diuji, dibersihkan dan diubahsuai dengan alat ganti pada bahagian yang dikenal pasti. Seperti kotak DMT baru, kotak DMT yang diubahsuai juga berada di bawah jaminan selama 12 bulan.




Adik Abdul Halim, nampak tak akak boldkan yang harga kat no satu tu? haaaa... yang tu yang kau cakap RM408 tu haaa... dan yang no 2 tu.... yang tu yang kau cakap RM280 tu... jadi yang akak cakap RM180 tu tak masuk pemasangan ye dik... akak pasang kat rumah mak akak pun yang paling murah tu RM280.... (mak nak pasang satu lagi ni... boleh la mak.. harga masih sama)...



ok dah clear sikit kan? sebab akak dah nampak dah mendung kat area kau tu dah berlalu pergi dah pun... ok lepas ni boleh gi mana-mana agen terdekat.... tak pun daftar je kat online dia dan tulis sesiap kat situ yang kau nak yang harga dia RM180 + RM100 pemasangan jadi tetap kena bayar RM280 kan?... kalau lebih kau tak nak bayar... senang camtu... tak yah diorang susah-susah nak iklan lain-lain benda lak bagai nanti kan?



p/s dah start buat cari pendapatan tepi-tepi ni... orang putih kata side income... oh bahasa melayuku...pssstttt...nanti aku buat iklan ye... sabor... errr.. tapi rasanya stock pertama nak abis dah ni...

Ulasan

  1. njoi...apasal nama tu tak glamer ita? hee

    BalasPadam
  2. haaaa... Njoi kaler hijau gitu.. ada juga yang guna ni.. prepaid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah zaman skrg ni... prepaid dan takde komitmen pun..

      Padam
  3. Balasan
    1. tak kenal Abdul Halim ke? atau tak kenal njoi ke? atau tak kenal ita? hehe...

      Padam
  4. Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang

    BalasPadam
  5. Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang

    BalasPadam
  6. Daftar nJOI baru dapat sekali set top box decoder ngan smartcard baru. Semua termasuk dalam harga RM180. Promosi tamant September 2013.

    Senang je nak pasang Astro nJOI. Ada promosi kat website http://njoi.my sila daftar nJOI dengan mengisi phone number. Nanti ada orang call untuk pemasangan nJOI dari Astro. Beli Topup nJOI pun senang

    BalasPadam
  7. Promosi njoi ni ade smpi bila2 ke..?? Ataupun ianya terhad..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak salah sampai bila2 pun harganya tetap macam ni wahyuni..

      Padam
    2. kalau tak salah sampai bila2 pun harganya tetap macam ni wahyuni..

      Padam
  8. Salam. Sy nk tnye. Boleh ke njoi connect 2 TV? Cth nye TV ada d ruang tamu n bilik. So boleh connect ke yg DLM bilik tu? Klau blh mcm MNA?

    BalasPadam
  9. salam...mcm mna nk apply njoi?
    blh bg contact x?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...