Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar! - Cerita Ita                                                             Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar! Langkau ke kandungan utama

Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar!

assalamualaikum semua,

kelam kabut bandar Kuantan pagi ni...tak dapat aku bayangkan bila petang nanti... Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari kerja sehari-hari...amin..

sebabnya.... inilah dia... cadangan penukaran jalan yang telah dilaksanakan mulai hari ni 22 Julai 2013 hingga ke 21 Oktober 2013...

aku tak kisah pun penukaran jalan yang nak dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebab alasannya dibuat untuk mengurangkan kesesakan teruk di waktu puncak di kawasan bandar Kuantan selama ni...

cuma yang aku kisah dan susah hati adalah kerana jalan yang terbabit adalah jalan kami untuk pergi dan balik kerja hari-hari... dan penukaran dibuat di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan... bayangkan keadaan kami yang selama ni memang kena menempuh kesesakan di Jalan Mahkota yang dipenuhi dengan Bazaar Ramadhan... ada 2 Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan tu... satu di parking berhadapan dengan padang MPK 1 (yang popular sebagai tempat berbuka puasa terbuka di hadapan Masjid Negeri) dan satu lagi berdekatan dengan Bangunan Umno dan Pejabat Pos Besar Kuantan..




Peta Penukaran Jalan di Bandar Kuantan 


Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di Pusat Bandar, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara 'PERCUBAAN' bermula pada 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013. Laluan yang terlibat hanya sebahagian jalan sahaja iaitu :-(1) Jalan Penjara(2) Jalan Tun Ismail(3) Jalan Beserah(4) Jalan Teluk Sisek(5) Jalan Besar(6) Jalan Gambut(7) Jalan Merdeka(8) Jalan Wong Ah Jang
Sebarang cadangan dan pertanyaan, sila telefon Bahagian Jalan MPK di talian 09-5123323 / 324 ..Segala kesulitan amatlah dikesali.


INFO dari FACEBOOK KUANTAN


laluan biasa kami ke tempat kerja ialah... Jalan Tanjung Lumpur - Jalan Teluk Sisek - Jalan Besar - Jalan Tanah Putih - Jalan Sri Kemunting..
laluan biasa kami pulang ialah... Jalan Sri Kemunting - Jalan Tanah Putih - Jalan Mahkota - Jalan Teluk Sisek - Jalan Tanjung Lumpur...
dan sekarang ni kami kena tukar laluan biasa untuk pulang ke rumah melalui Jalan Tanah Putih - Jalan Tun Ismail - Jalan Tanjung Lumpur ... tak terbayang lagi kesesakan macamana yang akan kami hadapi nanti...

mesti ada yang kata memula memang la jem sebab semua orang tak biasa... tapi bila dah biasa tak jadi hal pun... YA... sangat betul tu... tapi.... ada tapinya...

1. apabila jalan yang dibuka pada laluan awam ini berkuatkuasa... bermakna jalan dibuka menjadi 4 laluan jalan sehala.... yang akhirnya bertembung ke laluan yang sedia ada yang biasanya hanya menampung 2 hingga 3 laluan sahaja... bukankah akan menyebabkan laluan tersebut lebih sesak dari sebelumnya... sebagai contoh.. laluan dari Beserah, Tanjung Lumpur dan Teluk Cempedak dibuka menjadi satu hala menjadikan 4 laluan yang akhirnya bertembung di Jalan Besar yang hanya boleh memuatkan kenderaan dari 2 laluan... seperti pagi tadi ianya sesak hingga ke Jambatan Tanjung Lumpur...

2. masalah terjadi kesesakan di Kuantan bukanlah berpunca dari jalan utama sebenarnya... terdapat lorong-long di antara bangunan yang sepatutnya ditutup bag mengelakkan kesesakan... sebagai contoh jalan dari Bank Rakyat dan Tabung Haji Lama di Jalan Mahkota yang boleh menghubungkan jalan ke Jalan Besar berhadapan dengan Hotel Mega View.. Jalan ini sebenarnya lebih menyebabkan kesesakan di Jalan Besar... jadi untuk melaksanakan penukaran jalan yang dibuat MPK ini lebih berjaya rasanya MPK kena tutup lorong-lorong "shortcut" ini..

3. terdapat satu tabiat pemandu di bulan ramadhan ni sebenarnya... "HILANG SABAR"... jadi berhati-hatilah di mana-mana anda berada.. dan pandulah berhati-hati ok...



p/s tengahari ni nak gi tinjau jalan keluar dari bandar nak balik ke rumah... rasanya perjalanan kami kena tambah dalam 5 km lagi untuk balik ke rumah... macam dekat je kan? tapi makan masa lebih 2 jam tu rasanya..alhamdulillah..

Ulasan

  1. saya blum bkesempatan kak nk tgk tp confirm saya akan sesat kak dgn jln baru neh

    BalasPadam
  2. sejak duduk SP, rasa tenang sikit setelah berbelas2 thn merasa jammed di ibukota (nasib baik balik kampung musim raya bertentang arus...)

    BalasPadam
  3. Aduhai... Minggu nie baru nak balik Kuantan. Tak berani la akak nak drive agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah ok sikit kot kak hari ni... banyak traffic light dialihkan dan jalan lancar sikit dah petang semalam..

      Padam
  4. Semoga Allah permudahkan perjalan hidup akk.. bulan 9 ni saya mai kuantan, jadi orang kuantan lah ena selama 4 tahun...

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...