Resepi Asam Rebus Ikan
assalamualaikum semua, bila raya dah beberapa hari ni mula la rasa jemu je tengok juadah raya tu kan? mula la tekak ni macam nak makan yang simple-simple dan yang lain dari yang penuh rempah dan berlemak bagai tu kan?
ok ni ada resepi simple dan memang paling mudah.. boleh main campak-campak je dan terus jadi...
asam rebus ikan |
Resepi Asam Rebus Ikan
Bahan-bahan
ikan saiz sederhana dlm 3-4 ekor (ikut la ikan apa yg korang suka)
a.bawang besar sebiji
b.bawang putih 3 ulas
c.lada kering 5 helai (gunting2 n rendam air panas)
d.halia besar ibu jari
bendi dlm 5-6 biji
asam keping 3-4 keping
garam secukup rasa
air dlm seliter @ secukupnya..(kena agak2 dengan saiz ikan jugak)
cara-cara
1. siang dan cuci ikan dan ketepikan.
2. kisar bahan a-d
3. masukkan air dan bahan kisar dlm periuk..tunggu mendidih..(kadang-kadang nak cepat aku tak tunggu pun lebur je semua sekali...)
4. masukkan ikan, bendi..
5. masukkan garam, asam keping..
6. rebus sampai bendi dan ikan masak..
7. matikan api dan boleh hidangkan..
selamat mencuba
p/s bila cuti tapi tak dapat beraya feeling dia sama je kan macam tak cuti raya? alahai....
Ceritaita
Maklumat lain :
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Akak suka macam nie, tapi laki akak pula tak berkenan.
BalasPadamkecur pula tengok lauk ni. saya suka juga makan tapi tak boleh buat pedas-pedas sangat.
BalasPadam