assalamualaikum semua,
jam dah nak menghampiri 5 pagi ni...sejak terjaga jam 3 pagi tadi mata dah tak boleh nak lelap... jadi akhirnya menaip di blog... walaupun line broadband celcom ni cuma suam-suam kuku di sini.. alhamdulillah masih berpeluang menjawab komen semua pengunjung blog walaupun agak slow..(gila!)
buat pengetahuan semua, aku sekarang ni dah selamat berada di Pulau Tioman.. tapi bukan untuk bercuti atau hanimuni ye... ada kerja di sini bersama group dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perhilitan... semoga Allah permudahkan usaha kami.. amin..
kami bertolak jam 7 pagi semalam dari rumah dan sampai di Jeti Mersing jam 10.30 pagi... boleh awal lagi sebenarnya tapi terserempak pulak dengan group Kembara Mahkota Johor di jalan menghala ke Mersing..
kena tahan di tepi jalan sementara rombongan lalu...
sampai di Mersing kami singgah di Giant untuk beli makanan sikit... menyesal beli sikit ko.. makanan kat Pulau Tioman ni mahal sikit dari atas dari tu... barang-barang mahal 2 kali ganda!
group dari Perhilitan sangat bagus..siap bawak bekal barang-barang basah untuk memasak.. lainkali boleh tiru.. hehe..
kami uruskan pasal Chalet dan Feri ke Pulau Tioman di Jeti Mersing. memula perancangan nak ambik feri dari Tanjung Gemuk memandangkan jeti tu paling dekat dengan Kuantan..tapi disebabkan tak nak masa perjalanan yang jauh di atas air maka kami tambah lagi perjalanan darat...
tiket feri bagi perjalanan pergi dan balik adalah RM70.. chalet yang kami tempat di Salang Beach dari RM40 hingga RM145.. aku ambik yang standard RM110 berkongsi dengan sorang lagi staf.. buat pengetahuan korang chalet ni cuma menyediakan tempat tidur, tuala mandi, sabun dan cerek je ye... lelain takde... panik kejap sebab aku kena simpan susu.. ikhtiar ita... ikhtiar...
kami naik feri jam 11.30 pagi.. dalam jam 11.35 pagi feri dah bergerak meninggalkan Jeti Mersing... masa ni perasaan bermacam-macam rasanya... takut...risau... gembira... rindu dengan yang ditinggalkan...
ooo terlupa sesuatu... cuba la tengok barang yang kami bawa ni....
hasilnya kami kena bayar RM5 untuk troli dan RM50 untuk bayaran kargo tu... fuh... yang ni memang tak termasuk bajet ok.. jadi sila bawa duit lebih jika barang anda sangat berlebih-lebih macam kami... dinasihatkan supaya bawa satu je hiking bag atau bagpack.. senang boleh masuk terus dalam feri... dalam feri ada tempat untuk mengisi bag yang mana agak tak selamat jika korang bawak laptop sebab akan ditindih-tindih.. jadi sila asingkan laptop dalam beg lain macam aku dan digendong bersama ke mana-mana...
satu lagi masa nak naik feri tu aku bayangkan ada la tangga macam yang biasa ada kat jeti selalu tu kan.. tapi hakikatnya tak ada masa aku nak turun tu.. aku macam.. wah.. nak kena terjun ke? gila ko... buatnya aku tergelincir terus ke bawah feri tu... tak ke bahaya? kalau terus masuk dalam air takpe la jugak kan.. tapi dibuatnya tersepit kat celah-celah antara feri dengan jeti tu haaa.. tak ke dah rupa dugong je aku masa tu.. cisss... tapi penyelesaiannya akhirnya crew feri yang 2 orang tu cekak tangan aku sebelah seorang dan angkat aku ke pintu feri... gila arr.. mujur aku pakai baju lengan panjang.. boleh diorang cekak sekali dengan baju.. sangat tak suka ok... hanya suami i yang boleh pegang i tau... tapi sakit wooo tangan aku ni... ye la berat aku kan dah saiz... xxl eh ye ke...? hehe.. diorang kena pegang lagi kuat untuk pastikan aku tak terlepas.. bahaya woo buat camtu... patut kena ada tangga jenis boleh lipat-lipat ke kan...?
dan bila feri bergerak...semakin lama daratan makin jauh...
lepas tu je aku dah mula boring... dalam feri ada tv dan aircond... tv hidang cerita bergasak.. kungfu cina... boring... lama je sikit aircond mula dah tak rasa... aku dah mula rasa lain macam...
ooo lupa nak tulis... tadi masa aku tanya diorang yang jual pakej ni kata boleh sampai dalam sejam atau lebih sikit je ke Pulau Tioman... dan feri penuh dipenuhi rombongan pelajar dari Singapura... bila ramai dan sesak.. mula keluar bau macam-macam.. akak staf yang join aku ni dah mula rasa mual...terus di berkampung kat tandas je la lepas tu...
aku? masih steady lagi... kejap la... pastu dah sejam perjalanan.. pulau pun aku tak nampak bayang lagi.. mula dah rasa semacam lagi.. aku bawak-bawak pejam mata dan tidur.. lega sekejap bila sorang lagi staf di sebelah kata dah nampak pulau...
selepas perjalanan kami selama 1 jam 30 minit akhirnya kami sampai juga di Pulau Tioman... tapi... perhentian kami adalah perhentian terakhir di Pulau Tioman ni..
ada 6 Jeti feri ni akan berhenti di hentian Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Air Batang, Kg, Panuba, dan Kg. Salang. dan setiap kali berhenti akan ambik masa dalam 10 ke 15 minit untuk menurunkan penumpang.
dan kami akhirnya dapat duduk di bahagian yang selesa berdekatan dengan aircond di bahagian bawah selepas rombongan pelajar tadi selamat turun di Kg. Paya... syukur...
dan akhirnya kami berjaya juga menjejakkan kaki di Jeti Kg. Salang pada jam 2.05 petang... fuh.. ambik masa sejam dari Kg. Genting ke Kg. Salang.. jadi jumlah masa perjalanan kami dari Jeti Mersing ke Jeti Kg. Salang Pulau Tioman ni mengambil masa selama 2 jam 30 minit... serik wei....
tepi lihatlah keindahan alam yang dihidangkan di mata kami bila kami sampai....
alhamdulillah..syukur Ya Allah kerana kurniaMu...
tapi kegembiraan tu kejap je...dengan perut berlapar selepas dibuat ombak dalam feri tadi..kami setia menunggu transporter kami jemput barang-barang kami... barang-barang je tau... yang kami ni kena menapak lagi lebih kurang 8 ke 10 minit ke Salang Beach Resort..
disebabkan perut dah lapar kami berhenti makan dulu di kedai makan berhampiran..
akak kedai ni hidang makanan dalam 15 minit pun kami dah rasa lama... lapar gila ko...
ini lah hidangan pertama di Tioman... nasi pataya.. RM7 untuk sepinggan ok..
licin pinggan aku tu.. sampai kucing kat bawah kaki pun aku tak endahkan... aku pun rasa macam tak cukup je ni kucing oiii...
lepas tu kami berjalan kaki ke resort... ada 2 lagi restoran kami jumpa di sepanjang perjalanan.. Salang Dream dan Salang Indah... kat sini mahal sikit dari kedai yang kami pergi tadi.. lebih seringgit..
dalam 10 minit berjalan perlahan dan meninjau-ninjau sekeliling akhirnya kami sampai ke Slang Beach Resort... alhamdulillah.. berjumpa dengan manager chalet yang peramah.. Mr Lim.. selamat dapat bilik dan berehat sekejap..
Jam 5 petang kami turun join Jabatan Perhilitan pasang perangkap untuk biawak... yang itu aku cerita lain ok.. itu takde ending lagi.. moga pagi ni kami mendapat hasilnya...
malam tadi keluar makan lagi di Salang Indah... aku order nasi goreng kampung.. RM6 alhamdulillah sedap... cuma kurang pedas walaupun aku dah mintak pedas.. dan ABC RM3...
opismate ni order nasi kerabu kurang pedas... RM6 jugak tapi not recommended la... tak sedap sangat pun.. dan betul-betul dibuatnya tak pedas.. hikhik... macamana la istilah pedas kat diorang ni...
tapi ada satu cerita best ni.. disebabkan keramahan aku ni.. maka aku ada tempat nak tumpang susu untuk husna dan icepack yang aku bawak dalam peti diorang.. alhamdulillah... so ibu-ibu yang menyusukan di luar sana.. berusahalah.. dan berdoa.. Allah akan bagi jalan untuk mempermudahkan kita... dan kat sini ada jugak jual ais.. aku beli RM2 untuk kuantiti yang sama harga RM1.50 di 7 eleven.. syukur dapat jugak aku pam walaupun tak banyak mana...
ok... kita sambung cerita nanti pulak ye... dah nak subuh dah pun ni.. jom layan gambar matahari yang dah tenggelam ni...
Salam dari Pulau Tioman...
p/s barang-barang memang mahal gila.. sepaket maggi rm1.50.. roti besar saiz biasa bukan jenama terkenal rm3.80...jadi sila bawa brg anda sendiri jika nak duduk lama.. sekian...

kembara mahkota johor |

tiket feri dan resit |
balik esok aku nak naik yang kat atas tu.. kalau tak hujan la.. |
kami naik feri jam 11.30 pagi.. dalam jam 11.35 pagi feri dah bergerak meninggalkan Jeti Mersing... masa ni perasaan bermacam-macam rasanya... takut...risau... gembira... rindu dengan yang ditinggalkan...
ooo terlupa sesuatu... cuba la tengok barang yang kami bawa ni....
barang naik kargo ... nama pun pergi kerja kan... |
hasilnya kami kena bayar RM5 untuk troli dan RM50 untuk bayaran kargo tu... fuh... yang ni memang tak termasuk bajet ok.. jadi sila bawa duit lebih jika barang anda sangat berlebih-lebih macam kami... dinasihatkan supaya bawa satu je hiking bag atau bagpack.. senang boleh masuk terus dalam feri... dalam feri ada tempat untuk mengisi bag yang mana agak tak selamat jika korang bawak laptop sebab akan ditindih-tindih.. jadi sila asingkan laptop dalam beg lain macam aku dan digendong bersama ke mana-mana...
satu lagi masa nak naik feri tu aku bayangkan ada la tangga macam yang biasa ada kat jeti selalu tu kan.. tapi hakikatnya tak ada masa aku nak turun tu.. aku macam.. wah.. nak kena terjun ke? gila ko... buatnya aku tergelincir terus ke bawah feri tu... tak ke bahaya? kalau terus masuk dalam air takpe la jugak kan.. tapi dibuatnya tersepit kat celah-celah antara feri dengan jeti tu haaa.. tak ke dah rupa dugong je aku masa tu.. cisss... tapi penyelesaiannya akhirnya crew feri yang 2 orang tu cekak tangan aku sebelah seorang dan angkat aku ke pintu feri... gila arr.. mujur aku pakai baju lengan panjang.. boleh diorang cekak sekali dengan baju.. sangat tak suka ok... hanya suami i yang boleh pegang i tau... tapi sakit wooo tangan aku ni... ye la berat aku kan dah saiz... xxl eh ye ke...? hehe.. diorang kena pegang lagi kuat untuk pastikan aku tak terlepas.. bahaya woo buat camtu... patut kena ada tangga jenis boleh lipat-lipat ke kan...?
dan bila feri bergerak...semakin lama daratan makin jauh...
selamat tinggal mersing |
lepas tu je aku dah mula boring... dalam feri ada tv dan aircond... tv hidang cerita bergasak.. kungfu cina... boring... lama je sikit aircond mula dah tak rasa... aku dah mula rasa lain macam...
ooo lupa nak tulis... tadi masa aku tanya diorang yang jual pakej ni kata boleh sampai dalam sejam atau lebih sikit je ke Pulau Tioman... dan feri penuh dipenuhi rombongan pelajar dari Singapura... bila ramai dan sesak.. mula keluar bau macam-macam.. akak staf yang join aku ni dah mula rasa mual...terus di berkampung kat tandas je la lepas tu...
aku? masih steady lagi... kejap la... pastu dah sejam perjalanan.. pulau pun aku tak nampak bayang lagi.. mula dah rasa semacam lagi.. aku bawak-bawak pejam mata dan tidur.. lega sekejap bila sorang lagi staf di sebelah kata dah nampak pulau...
lambaian pulau |
selepas perjalanan kami selama 1 jam 30 minit akhirnya kami sampai juga di Pulau Tioman... tapi... perhentian kami adalah perhentian terakhir di Pulau Tioman ni..
ada 6 Jeti feri ni akan berhenti di hentian Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Air Batang, Kg, Panuba, dan Kg. Salang. dan setiap kali berhenti akan ambik masa dalam 10 ke 15 minit untuk menurunkan penumpang.
dan kami akhirnya dapat duduk di bahagian yang selesa berdekatan dengan aircond di bahagian bawah selepas rombongan pelajar tadi selamat turun di Kg. Paya... syukur...
dan akhirnya kami berjaya juga menjejakkan kaki di Jeti Kg. Salang pada jam 2.05 petang... fuh.. ambik masa sejam dari Kg. Genting ke Kg. Salang.. jadi jumlah masa perjalanan kami dari Jeti Mersing ke Jeti Kg. Salang Pulau Tioman ni mengambil masa selama 2 jam 30 minit... serik wei....
tepi lihatlah keindahan alam yang dihidangkan di mata kami bila kami sampai....
sebelah kiri jeti |
sebelah kanan jeti |
alhamdulillah..syukur Ya Allah kerana kurniaMu...
tapi kegembiraan tu kejap je...dengan perut berlapar selepas dibuat ombak dalam feri tadi..kami setia menunggu transporter kami jemput barang-barang kami... barang-barang je tau... yang kami ni kena menapak lagi lebih kurang 8 ke 10 minit ke Salang Beach Resort..
disebabkan perut dah lapar kami berhenti makan dulu di kedai makan berhampiran..
gerai nora di Pulau Tioman |
akak kedai ni hidang makanan dalam 15 minit pun kami dah rasa lama... lapar gila ko...
ini lah hidangan pertama di Tioman... nasi pataya.. RM7 untuk sepinggan ok..
licin pinggan aku tu.. sampai kucing kat bawah kaki pun aku tak endahkan... aku pun rasa macam tak cukup je ni kucing oiii...
lepas tu kami berjalan kaki ke resort... ada 2 lagi restoran kami jumpa di sepanjang perjalanan.. Salang Dream dan Salang Indah... kat sini mahal sikit dari kedai yang kami pergi tadi.. lebih seringgit..
dalam 10 minit berjalan perlahan dan meninjau-ninjau sekeliling akhirnya kami sampai ke Slang Beach Resort... alhamdulillah.. berjumpa dengan manager chalet yang peramah.. Mr Lim.. selamat dapat bilik dan berehat sekejap..
Jam 5 petang kami turun join Jabatan Perhilitan pasang perangkap untuk biawak... yang itu aku cerita lain ok.. itu takde ending lagi.. moga pagi ni kami mendapat hasilnya...
malam tadi keluar makan lagi di Salang Indah... aku order nasi goreng kampung.. RM6 alhamdulillah sedap... cuma kurang pedas walaupun aku dah mintak pedas.. dan ABC RM3...
abc dan nasi goreng kampung |
opismate ni order nasi kerabu kurang pedas... RM6 jugak tapi not recommended la... tak sedap sangat pun.. dan betul-betul dibuatnya tak pedas.. hikhik... macamana la istilah pedas kat diorang ni...
tapi ada satu cerita best ni.. disebabkan keramahan aku ni.. maka aku ada tempat nak tumpang susu untuk husna dan icepack yang aku bawak dalam peti diorang.. alhamdulillah... so ibu-ibu yang menyusukan di luar sana.. berusahalah.. dan berdoa.. Allah akan bagi jalan untuk mempermudahkan kita... dan kat sini ada jugak jual ais.. aku beli RM2 untuk kuantiti yang sama harga RM1.50 di 7 eleven.. syukur dapat jugak aku pam walaupun tak banyak mana...
ok... kita sambung cerita nanti pulak ye... dah nak subuh dah pun ni.. jom layan gambar matahari yang dah tenggelam ni...
pemandangan matahari terbenam di pulau tioman |
Salam dari Pulau Tioman...
p/s barang-barang memang mahal gila.. sepaket maggi rm1.50.. roti besar saiz biasa bukan jenama terkenal rm3.80...jadi sila bawa brg anda sendiri jika nak duduk lama.. sekian...
entri ni bagus kak ita.. Kak ita kerja kesihatan eh?
BalasPadamtq dik..tak lulu...dengan jabatan veterinar..
Padamseronok baca kisah perjalanan ita .. teringat akak ke pulau tioman beberapa tahun lepas .. mabuk di lambung ombak .. muntah2 macam nak giler .. terus hubby ajak naik ke atas dek .. tahan sikit sbb angin kuat .. huhu
BalasPadamkenangan betul !
rasa serik x nak naik feri .. konon nak naik kapal terbang shja .. bila ke jakarta dulu lebih kurang sama sahaja .. sib baik bawa minyak cap kapak .. peneman akk .. habis satu muke ku lumurkan huhuh
Wahhhh...teringin giler nk pg tioman!
BalasPadamKakain tak pernah sampai lagi pulau tioman ni...
BalasPadamMacam best jer...
pernah p pulau tioman dalam 7-8 tahun lalu. dulu..masih sunyi dari pembangunan. tak tahule sekarang. kena tunggu cerita ita le..
BalasPadamwah. Hee sungguh seronok pergi ke pulau tioman.
BalasPadammcm mna life kt sana kak? teringin nk kje kt pulau...dkt dgn alam..
BalasPadammcm mna life kt sana kak??
BalasPadam