Cabutan bertuah dari Firefly? - Cerita Ita                                                             Cabutan bertuah dari Firefly? Langkau ke kandungan utama

Cabutan bertuah dari Firefly?

assalamualaikum semua,

minggu yang tersangat sibuk... ada sesiapa yang rindu? hikhikhik.. perasan je kan?

ok... tadi pagi kami dah selamat melapah 3 ekor lembu dalam kejadian gotong royong perdana kat opis ni...


Gotong royong Korban 


alhamdulillah selesai sebahagian dimasak gulai kawah yang sangat sedap... wah... terasa lagi kesedapannya tau.... sehingga menjilat gusi la kiranya...sorry gambar tak ada ye... lapor bebenor... tak sempat nak ambik gambar sudahnya...

sebenarnya pagi tadi dalam kami tengah sibuk bergotong royong tu sampai la satu kes... dan sudahnya sebelum Jumaat tadi kami melapah seekor anjing pulak... syukur.. semua selesai on time dan staf boleh balik solat Jumaat...

petangnya datang pulak lagi 2 ekor ayam dijangka keracuanan... alahai kesian... ayam pun nak diracun....

mujur ada staf yang baik hati tolong tapaukan makanan dari kenduri untuk kami makan tengahari tadi... syukur.. semoga Allah bagi segala kebaikan kepadamu..amin...

dan petang ni baru ada peluang nak selesaikan prestasi di HRMIS pulak...

dan tengah-tengah aku check email yang masuk tadi tetiba je ada satu email ni haaa...

email firefly


menarik kan? cabutan bertuah tu... best gila kalau dapat duit banyak tu...

tapi agak-agaklah kan kalau nak menipu... kan dah nyata tu guna google translator ke? ayat macam tak sesuai je kan? pastu 110 000 tu seratus dan seribu eh? baru ku tahu... hehehe.... aduhai....bertuahnya badan....

ok nak sambung kerja....

p/s 20hb ni ada rombongan abg long ke KL, 23-25 ni meeting di Salak Tinggi... ada yang teringin nak rasa produk Koleksi CikTa? meh la wassap...

Ulasan

  1. Baca pun dah tahu tipu. Tengok emel lagi tahu ini tipu he..he..

    BalasPadam
  2. keh keh keh..nmpk benor ketranslatetannya tuh...Isk..mcm2 penipuan skrg ni kan, Tp apa2pun, nama firefy jugekkk yg kena tahinya.

    *Salam perkenalan sis..1st singgah sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan mak lagenda.. terima kasih sudi singgah..

      Padam
  3. hihi...malanglah si pengirim e-mel tu.. si penerima lebih bijak:-))

    BalasPadam
  4. lepas ni kene lebih berhati2...zaman sekarang ni banyak sangat kes tipu menipu ni...senang sangat nak buat duit...Salam Ukhuwah Dari Bunda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ukhwah Bunda.. terima kasih atas peringatan..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...