Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu - Cerita Ita                                                             Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu Langkau ke kandungan utama

Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu

assalamualaikum semua,

apa kabar korang hari ni? harap semuanya sihat-sihat je la ye... tengok tajuk kat atas tu macam takde kaitan je kan... tapi sebab aku nak cerita dua benda satu masa... kira ok je la ye...

aku terasa macam sakit belakang pulak dua tiga hari ni... banyak duduk masa buat biskut kot...
terasa nak cari tukang urut la... dapat urut satu badan ok gak kan? eh sesiapa yang tau hukum berurut dalam Islam ni ye? meh la kongsikan...

ini yang aku dapatkan dari pembacaan..


Apakah pandangan Islam terhadap rumah urut dan khidmat urut yang dijalankan? Perkara pertama adalah hukum asal kepada menyediakan khidmat urut.

Secara asasnya, hukum asal mengurut dan menjalankan khidmat urut adalah harus kerana membantu orang yang memerlukan. Tetapi dengan adanya penawaran-penawaran lain yang bercanggah dengan nilai Islam maka ia menjadi haram.

Apabila wanita mengurut lelaki atau sebaliknya, ia melibatkan hukum aurat dan pergaulan lain jantina dalam Islam. Sebagai seorang Islam, kita beramal dengan apa yang diajarkan dalam al-Quran bahawa lelaki dan wanita mempunyai batas pergaulan yang perlu kita patuhi. Kecuali dalam keadaan darurat, seperti tujuan berubat, orang patah atau sakit dan ketika itu hanya ada tukang urut lain jantina, maka Islam memberikan kelonggaran kerana adanya keperluan mendesak.

Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah fikah, ‘Darurat mengharuskan yang haram’. Namun begitu persentuhan dan urutan itu pula sekadar tempat yang perlu sahaja.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0305&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz2j4UyjdKU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

maknanya dibolehkan tetapi kenalah jaga batas dalam proses mengurut tu sendiri..

ok...habis cerita berurut...

nak sambung kisah ungkep ubi pulak...

Ungkep ni nama sejenis masakan dalam sebutan jawa... walaupun aku ni anak jawa tapi aku tetap tak faham apa maksud ungkep tu... dan terpaksa la aku google cari jawapan dia...

Ungkep bermaksud tutup dalam jawa (sumber). sebab proses nak masak tu kita kena tutup sampai dia masak..
ada bermacam jenis ungkep yang selalu orang jawa masak... kalau mak aku sendiri selalu masak ungkep ayam, ungkep ayam kampung, ungkep hati lembu, ungkep daging...dan biasanya bahan utama adalah daging la... dan yang paling sedap ialah ungkep hati lembu... wallaaa... tak terkata bila makan... dan selalu menjadi hidangan wajib bila hari raya...

selalu dah aku buat ungkep daging atau ayam...tapi kali ni aku cuba buat sesuatu yang lain pulak.. ungkep ubi kayu..menarik kan?


Ungkep Ubi Kayu 


meh kita tengok resepi dia...

Ungkep Ubi Kayu
disediakan oleh Cerita Ita

Bahan-bahan:
2 kg ubi kayu (dibuang kulit dan dibersihkan, dipotong sepanjang 1 jari dan dibelah 4)
3 sudu besar Minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa (org jawa jarang letak)
air secukupnya

Rempah:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh letak lebih)
Segenggam ikan bilis/udang kering (ini hanya untuk ungkep ubi sahaja)

Cara-cara:
1. Kisarkan kesemua rempah.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan garam dan gula..gaul rata.. kemudian masukkan ubi yang siap dipotong dan gaul rata.
4. Tutupkan kuali dan buka sekejap-sekejap untuk kacau supaya dia masak rata.
5. Tutup api apabila ubi sudah empuk.
6. Boleh dihidangkan ketika masih panas.
satu yang kena tau pasal ungkep... masakan ni ala-ala rendang ye.. dia kering sikit.. dan bila nak buat ungkep daging atau ayam kena tambah 1 cawan air asam jawa ok..

Cadangan hidangan:
1. Boleh dimakan begitu saja.
2. Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

Selamat mencuba!


korang tengok je la ye...aku tolong makankan.. hehehe.. 


p/s sesiapa yang terasa nak order dari Koleksi Cik Ta elok buat cepat ye... Cikta rasanya nak bercuti panjang bulan depan... bukan nak kawin lagi ye... hehe.. tapi kena pegi kursus 3 minggu inshaaAllah...



Ulasan

  1. sedapnya ungkep!!

    akak lak takut berurut.. dan segannnnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. mmg sedap kak.. pedas2 sikit..

      akak takut? abis tu lepas bersalin x urut kak?

      Padam
  2. menarik...sy kali pertama dengar nama makanan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..nasuha belajar sesuatu yg baru hari ni kan.. sedap ni..cuba la buat dgn daging.. tp ambik masa dalam 1 jam lebih gak kot..

      Padam
  3. Balasan
    1. busyra sama mcm nasuha kot.. bukan orang jawa..jadi tentu tak tau..yg jawa2 je biasa dengar.. :)

      Padam
  4. ta, ubi ungkep akak simple je. tak de letak jintan, serai bagai. hanya tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis aja. Perisakan dengan garam saja. Cam ita kata, gula tak letak:-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak anim, ada byk versi kan kak.. ada yang letak serai ada yg x letak.. tp kalau saya semua nak letak sebab nak rasa rempah tu yg sedap.. ala2 ubi goreng berempah tp lembut gitu...

      Padam
  5. Salam rozita...k.atie pon suka berurut klu badan sakit2/tak sht TP biasanya k.atie urut kat dlm bilik..cuma k.atie ngan tukang urut jer didlmnnya.Lps urut mmg sedap rasa badan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan kak... lama x berurut..last sekali masa dlm pantang..anak dah dekat 2 tahun dah pun..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...