Sambal Hitam dan Adik Husna - Cerita Ita                                                             Sambal Hitam dan Adik Husna Langkau ke kandungan utama

Sambal Hitam dan Adik Husna

assalamualaikum semua,

semalam aku pegi ke PWTC, Kuala Lumpur... ada program Lab Asia 2013... alhamdulillah banyak perkara bermanfaat yang dapat dari sana... dan dapat juga berkenalan dengan pembekal yang boleh beri keperluan yang kami perlukan selama ini...

alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.. hari yang sama aku bangun seawal jam 4 pagi menyiapkan tempahan biskut dari jiran....dan dari Kuantan kami gerak jam 7 pagi berhenti sarapan nasi ulam di gambang dan masa makan tu terpandang la sambal hitam pahang.. terus sambar satu yang besar sekali... masa beli tu memang teringat kat shah je la dia suka makan... tapi rasanya agak pedas dan kering... ikan bilis pun tak ditumbuk.. bercerai-cerai dan berketul-ketul... sayang pedas dan masam dah ok..cuma rupa tu agak kurang menarik...

dan akhirnya kami tiba di PWTC jam 10.30 pagi... pusing-pusing cari parking je dah hampir setengah jam akhirnya kami dapat juga menapak ke dewan yang cantik tu...

kami abiskan masa 3 jam lebih berpusing di sekitar tapak pameran... fuh... macam pegi window shopping je dah rasanya... teruk sorang lagi staf tu aku heret ke semua booth yang ada kaitan dengan tugas kami.. dan akhirnya tugas kami mencapai sasaran dengan berjumpa dengan semua keperluan yang kami cari...

kami nak gerak balik jam 3 petang tapi masa dalam perjalanan nak cari surau untuk solat jamak takdim ternampak pulak butik Ariani... wah... terkesima staf yang ikut... ajak aku sama masuk.. memula taknak beli apa-apa la kononnya.. tapi tetiba terpandang promosi  Butik Ariani yang tengah berlangsung sekarang ni.. tudung plain Ariani cuma RM15 je satu dari harga asal dia RM60... haha.. harus la sambar satu kan?

lepas tu kami terus solat di surau Ar Rahman di PWTC... cantik suraunya..tapi sayang semua cukup kelengkapannya kecuali telekung...

selepas tu kami terus pulang ke Kuantan.. masa kami naik kereta dah jam 4 petang dan hujan dah mula membasahi Kuala Lumpur... mujur kami cepat sikit sebab kawan yang nak balik ke rumah sangkut dalam kesesakan yang agak teruk... hmmm KL kan... kalau tak jem bukan kl namanya...

kami berhenti makan di RNR Genting Sepah...alhamdulillah ada rezeki yang sedap kat sini...bergerak semula ke Kuantan dan akhirnya sempat bermaghrib di rumah... lega.... lesu satu badan...

sampai rumah aku tengok stok telur dah abis... mintak shah tolong belikan... sedang tunggu shah balik kedai boleh pulak perut rasa memulas... tak boleh tahan dah rasanya.. terus ke tandas... mintak abg long tengok-tengok kan adik-adik dia.. kalau apa-apa panggil ummi tau...

tengah menunaikan hajat..abg ngah ketuk pintu...

abg ngah : ummi..enok adik ni (tengok adik ni)
aku : ada apa?
abg ngah : ummi..meh jap aaa...
aku : (tak sedap hati terus keluar)

tengok-tengok kat luar..... Allahuakhbar!

gigil rasa badan.... husna tengah hadap sambal hitam yang aku beli pagi tadi sambil separuh dah berterabur dan penuh kat tangan dia... aku tengok muka dia dah comot dan mulut mengunyah sambil air mata menitik... alahai anak...

masa yang sama shah muncul... dia angkat husna..aku uruskan sambal yang dah hancur berkecai tu...pedas gila tau sambal ni.. memang la si husna ni selalu tahan pedas.. kalau ada sos cili dia memang suka cicah tapi masih sama la dengan air mata menitik jugak tapi tak bagi orang alihkan...tapi kes yang ni memang pedas gila sebab cili padi...

tapi lepas je shah basuhkan badan dia.. lap kering semua.. elok je dia memain balik...jadi memang tak ada kesan cili padi dengan husna... alahai anak...


badan ni memang rasa lesu tapi pagi ni bangun awal lagi siapkan tempahan biskut sebelum kami balik kampung malam ni...

jadi Cerita Ita mungkin akan berhenti rehat yang panjang di Johor ye...sampai hari Rabu inshaaAllah... bestnya nak balik kampung...

tadi pun abg long dah tanya masa balik kemas baju tengahari tadi...

abg long : kita nak pegi mana ni ummi?
aku : kita nak balik kampung...
abg long : balik rumah atuk ke?
aku : aah..
abg long : atuk wan ke mak tok ummi?
aku : atuk wan..
abg long : atuk wan?
aku : aah
abg long : senyummmm manis yang panjangggg... (suka la tu..cucu tok wan dia ni)

selamat bercuti untuk semua yang bercuti ye... Selamat Hari Raya Aidiladha.. semoga pengorbanan kita walau apa yang kita korbankan akan mendapat rahmat dariNya..amin

doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat ye kawan-kawan...


p/s resepi kek strawberry tu aku letak kemudian ye... aduh dah tak tertanggung kerja yang super duper banyak sekarang ni...


Ulasan

  1. selamat bercuti Ita...semoga selamat dalam perjalanan...pukul 4 pagi dah bangun..pergi jlan jauh lak tu....mesti letih yg amat

    BalasPadam
  2. ita sambal hitam penangan, ko buat la pulak. apa2 pun selamat berkorban kat kg.maku korbankan diri rayae kat kl lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...