Special Kek untuk hari-hari terakhir persekolahan abg long... - Cerita Ita                                                             Special Kek untuk hari-hari terakhir persekolahan abg long... Langkau ke kandungan utama

Special Kek untuk hari-hari terakhir persekolahan abg long...

assalamualaikum semua,

dah petang baru sempat nak jengah sini... hmmmm.... masa sangat-sangat berharga sekarang ni... tolong hambaMu Ya Allah... cukupkan masaMu yang ada untuk memberi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingku..amin...

ok...mari kita cerita apa yang menarik minggu ni.. banyak yang menarik berlaku akhir-akhir ni.. tapi itu aku akan tulis di malam hari bila aku free masa pergi berkursus minggu depan ni.. inshaaAllah.. untuk kali ni kita cerita yang penting je dulu...

aku memang dah lama berangan nak buatkan kek special untuk hari terakhir abg long di Tabika Kemas Sg. Derhaka... tapi memang dah disuratkan Allah yang hari terakhir abg long sekolah tu aku pulak takde di Kuantan... hari terakhir tu 15 November 2013..masa tu aku tengah kursus di VRI Ipoh kalau takde aral melintang..

jadi disebabkan halangan yang tak dapat nak dielakkan...maka aku pulun jugak buat kek tu minggu ni... dalam kekalutan...alhamdulillah dipermudahkan Allah jua...

satu kek Snowy Cheese yang special untuk abg long menjadik!



kek snowy cheese 

Tanpa flash 


takde apa yang dapat digambarkan oleh seorang ibu bila melihat senyuman pada wajah yang tersayang... terutamanya dari seorang anak...alhamdulillah syukur Ya Allah.... (walaupun senyum tu tak berapa nak terukir..hehehe..)


abg long dengan snowy cheese.. (psstt yg pakai tudung tu la Karina) 

ada yang terlepas cerita pasal Karina ni ke? meh baca Kereta Abg Long...
dan komen dari cikgu selepas abis waktu sekolah... "adik-adik dia pun hantar la sini..boleh kami makan kek sedap lagi.." ........ hehehe... alhamdulillah...

meh layan gambar lagi jom...


abg long tengah makan laksa yang dia menyampah.. huhu 


tengok... dia tak makan pun kan? 


budak-budak lagi pandai bergambar kan? 


ntah cukup ntah tak kek banyak tu untuk semua ni.. kesian anak-anak ni.. 

untuk abg ngah pun ada jugak... bekas kecik je..jadik la ye nak... nanti kang ummi buat yang besar pulak...


snowy cheese untuk abg ngah 



p/s malam ni nak berkejaran ke tapak pameran lagi.. semoga dipermudahkan Allah urusan kami untuk majlis perasmian esok..amin....

Ulasan

  1. syioknyer abang long dapat bawak kek dari air tangan ibunyer...
    memang seronok tengok anak2 kecik kaluabergambar... nampak sangat ceria...

    BalasPadam
  2. wahh sedap nye!!pandai akk buat...sye memang suka cheese cake.btw budak2 makan ke cheese cake?wahhhh kelasss taste bdk2 skrg hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...