Sekodeng abg long di waktu rehat - Cerita Ita                                                             Sekodeng abg long di waktu rehat Langkau ke kandungan utama

Sekodeng abg long di waktu rehat

assalamualaikum semua,

lama tak menulis... kami bercuti rehat yang tak berapa nak rehat hujung minggu lepas... tapi alhamdulillah anak-anak seronok.. esok aku cerit apasal tu ye... hari ni kita cerita pasal kisah mengintai abg long waktu rehat dia tadi...

al kisahnya hari jumaat lepas abg long kata dia kena "pau" dengan budak besar yang dia tak kenal...

dengan sedih dia bagitau...

abg long : ada budak besar datang sergah saya ummi... lepas tu dia mintak satu ringgit dengan saya... saya cuma ada 2 ringgit aje... 
aku : laaa... nape abg long tak bagitau cikgu? 
abg long : cikgu jauh...tengah rehat jugak.. 
aku : abg long lari pegi jumpa cikgu la... 
abg long : tak boleh la ummi (nada dah sedih) nanti saya jumpa cikgu dia dah hilang macamana? 
aku : abg long bagi dia jugak ke? 
abg long : saya bagi la... dah dia kata kalau saya tak bagi dia nak belasah saya...

alahai anak..... hari kedua dah kena buli...

ada sambungan cerita sedih la...

abg long : saya nak beli nasi...tapi nasi dah habis... ummi ada makanan tak?

dan tadi aku dah call cikgu penyelia petang... bagitau dia ada masalah macam tu dan mintak dia pantaukan.. dia kata sekarang ni budak tahun 1 cikgu bagi keluar awal jam 2.40 petang... jadi tak terserempak dengan budak tahun 2 yang lebih besar masa membeli di kantin...

dan tadi disebabkan hati risau... kami pergi jenguk dia waktu rehat.... alhamdulillah.... dia dapat makan... dan bekal roti 5 keping yang bekalkan dia pagi tadi pun habis... kesian abg long lapar betul dia...

meh layan gambar abg long rehat jom...



berselindung di balik pagar dekat tong sampah...huhuhu..


















p/s hati sayu tengok anak pakai baju ikut dan... tie panjang berjela... aduhai anak ... pakai semuanya sendiri di transit... dah rupa anak yatim nestapa dah aku tengok....sayu wei....hukhukhuk...



Ulasan

  1. aduh panjangnye tai bang long tu
    biase lah kak duk nursery gi tu lah gamaknye
    den pun turut sodih
    salam perkenalan dari ida jemput singgah blgo ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. ida..terima kasih sudi singgah... sedih kan? hati mak mana yg x sedih...tp kena kuat jugak untuk anak...hukhukhuk..

      Padam
  2. Balasan
    1. memang sgt penat agaknya dkna.. tapi mana tak penatnya.. asyik berlari keliling sekolah.. errmmm..

      Padam
  3. memang risaukan pasal anak darjah 1 nih. dia tak biasa nak uruskan duit sendirik.
    zura memang asik pikir dia makan ke tidok jer waktu sekolah. huhuhuhu

    BalasPadam
  4. rupanya...perasaan ibu bapa hampir sama...anak saya tahun1 siap bagi warning..jangan intai dia lagi...hehehe..

    BalasPadam
  5. alahai... xpela..dia cuba bdikari tu.lama2 pndai la dia pkai elok2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...