assalamualaikum semua,
boleh menulis semula selepas audit ISO selama 2 hari oleh Jabatan Standard Malaysia selesai akhirnya.... lega... satu beban dah kurang sikit... dan harapnya semua pembetulan dapat diselesaikan lancar....
inshaa Allah...
sejak entri tentang kisah cikgu dan baju sukan abg long aku tulis dua hari lepas... pelbagai komen yang masuk... alhamdulillah... terima kasih kalian yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ini dan sudi membaca luahan rasa seorang ibu...si ibu yang tiada pengalaman dalam menghadapi anak sekolah buat pertama kalinya dalam hidup...
mungkin tak ramai yang rasa seperti aku rasa... aku adalah si ibu yang sebenarnya cukup malu untuk masuk ke kawasan sekolah sewenang-wenangnya seperti ada sesetengah ibu yang lain buat...sedangkan minggu-minggu pertama abg long bersekolah pun aku rasa malu untuk menjengah di kelas semasa proses belajar walaupun dibenarkan.... aku juga malu nak tunggu di belakang perhimpunan tidak seperti sesetengah ibu yang akhirnya duduk di depan perhimpunan mengalahkan cikgu...
kenapa aku rasa malu?
ini konflik dalam diri aku sebenarnya... sebabnya... aku risau dengan apa jua yang aku buat di sekolah itu nanti akan menganggu proses pembelajaran bukan saja abg long...malah kawan-kawannya jugak...walau mungkin bukan secara langsung kesannya...
aku jugak kalau boleh taknak menimbulkan rasa tak selesa pada guru... aku ada menyimpan nombor telefon cikgu kelas abg long... tapi hanya 2 kali aku menelefonnya....
pertama ketika aku ingin menyampaikan pesan yang borang maklumat siap diisi ada di dalam beg (ketika ini aku risau abg long terlupa bagi pada guru kelasnya)...itu pun setelah borang tu masih berada dalam beg setelah dua hari berlalu...
kedua..ketika aku bertanyakan mengenai baju sukan abg long...
untuk pengetahuan semua... sebelum mengangkat telefon aku menarik nafas berat sampai 10 kali.. berselawat.. dan menulis apa yang perlu ditanya hanya kerana aku rasa begitu takut menganggu cikgu dengan perbualan yang mungkin bukan masanya atau bimbang akan menganggu guru kalau perbualan tidak dirancang dan mengambil masa yang lama....
mungkin ada yang akan kata... kenapa perlu rasa takut jika rasa perbuatan kita betul?
ya... memang betul...aku cuma telefon sebab betul-betul ada keperluan... tapi ini yang aku katakan konflik dalam diri....
persoalan yang ada untuk anda semua jawab....
apa yang anda rasa apabila orang yang ditelefon menjawab seperti mahu cepat-cepat letak telefon?
aku tak salahkan sesiapa...mungkin masa tu dia dalam kesulitan... atau mungkin baru nak makan.. baru nak ke tandas... aku faham....
dan aku jugak antara ibu bapa yang tak suka hantar sms pada guru kerana takut membebankan guru dengan kredit sms hanya kerana anak aku seorang...
tapi ye la... macam aku kata... konflik dalam diri aku sendiri.... tak semua ibu yang rasa macam ni... dan aku rasa tak ramai pun ibu yang rasa.... tapi percayalah ianya wujud.... dan aku percaya aku pun perlu jumpa kaunselor kerana ini...
tapi percayalah ada ibu bapa yang trauma dengan reaksi atau respon yang ditunjukkan oleh sesetengah guru-guru...bukan hanya murid... ini pandangan dari persepsi ibu bapa....kami juga sangat faham dengan tekanan kerja yang dihadapi guru-guru di kala ini... itu lebih lagi menambahkan trauma kami lagi... kerana bimbang kami akan menambahkan tekanan pada guru-guru...
cerita pasal tekanan.... ada gambar yang diterima dari rakan di whatsapps baru-baru ni...
gambar ini....
cabaran guru |
aku setuju... apa yang berlaku pada gambar ini adalah sangat tak patut....memang guru tak patut dibeban tugas sebegini... ini tanggungjawab ibu bapa....
aku memang marah sebab satu masa dulu... kejadian di tahun 2011... anak-anak dijangkiti kutu yang entah dari mana... bila dah dibotakkan kepala... masih ada kutu jugak yang menghinggap... disebabkan semuanya ikhtiar tak jalan maka kami belikan ubat kutu (syampu) untuk cikgu di taska gunakan atas rambut seorang budak perempuan yang memang dikenalpasti sebagai pembawa kutu... setelah usaha cikgu taska mengadu pada ibunya tidak membawa hasil apa-apa...
ketika kejadian.. ibu budak perempuan ini adalah seorang guru...
kejadian kedua berlaku pada tahun 2012... abg ngah dan adik dijangkiti chicken pox dari taska... adik kena sekejap tapi abg ngah paling teruk sampai aku dan shah terpaksa ambik cuti bergilir untuk jaga anak dan aku jugak terpaksa angkut husna yang baru 5 bulan masa tu ke mesyuarat kat kuala lipis...
punca kejadian adalah seorang budak yang dikesan ada jangkitan chicken pox tapi tak dikuarantin di rumah walau sudah diberitahu oleh taska... dan si ibu adalah seorang guru...
nampak tak apa yang aku nak sampaikan? aku rasa ada sesuatu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita yang akhirnya menyebabkan guru-guru ini terbeban dengan tugas dan kerjaya hinggakan menyebabkan tekanan...tekanan kerana terpaksa mementingkan kerjaya dari keluarga... tekanan dari bermacam sudut...
sesuatu perlu dilakukan agar tekanan ini tidak terus berlaku...
ya...benar setiap kerjaya ada susah senangnya.... apa yang penting apa yang kita mahu untuk hidup ini... apa yang kita tanamkan niat ketika mula bekerja... apa yang kita niatkan sehari-hari... adakah kita cukup redha dengan semuanya?
berkaitan dengan tajuk di atas.... aku suka sangat dengan semua komen yang ada...walaupun ada yang ditulis dengan penuh emosi... tak mengapa... aku faham jika ada yang marah... memang kalian cukup terbeban...ada juga yang meninggalkan komen dengan tidak membaca abis entri aku mungkin...
ada antaranya tak dapat mesej yang nak disampaikan....
aku cuma mau tahu harga baju sukan sekolah abg long... itu mesejnya...
tapi alhamdulillah...Cikgu Penyelia Petang tersebut bukan hanya menjawab persoalan aku malah menawarkan diri untuk menolong.... hanya Allah yang dapat membalas jasa guru-guru seperti ini... jika anda memudahkan orang... Allah akan memudahkan anda dalam apa jua caraNya... inshaaAllah...
dan komen yang paling aku suka dan sangat-sangat positif adalah ini....
akak memang suka komen ko dik... akak faham dan... inshaaAllah di hari Mesyuarat Agong PIBG tu nanti hanya saranan yang baik tanpa memburukkan mana-mana pihak yang terlibat akan dikeluarkan... semuanya hanya untuk membantu anak-anak kita bukan hanya anak akak... terutama bagi memperbaiki sistem pendidikan supaya Sekolah itu lebih cemerlang di masa depan... bukankah itu semua matlamat guru dan ibu bapa?
kami sangat-sangat sayang dan hormatkan guru... kalau tidak masakan ada sahaja ibu bapa yang tidak pernah berkira dalam membeli atau menyediakan hadiah apa sahaja pada guru anak-anak mereka di Hari Guru... mungkin itu salah satu cara mereka berterima kasih pada guru yang amat-amat membantu...
sila baca apa yang aku tulis tanpa melibatkan emosi ok... dan yes.. kali ini setiap komen akan ku tapis...
maaf jika aku masih terlanjur berbicara....
p/s alhamdulillah abg long dah boleh membaca... aku masih terus berjuang memastikan permata hatiku ini tidak ketinggalan... ummi terharu bila tengok abg long tekun mengeja berulang-ulang walau seribu kali salah nak...
Salam singgah,
BalasPadamOk, lepas ni nak baca entri yang berkaitan. Saya pun kalau takda apa-apa memang tak suka nak ke sekolah anak. Masalahnya anak saya bersekolah Cina. Semua form nak diisi dalam tulisan Cina. Biasanya saya akan bawa ke pejabat minta tolong kawan-kawan translate. Biasanya juga, kalau ada apa-apa yang saya tak faham, saya tulis nota dan suruh anak beri pada cikgu kelasnya. Pernah awal tahun ni saya berkongsi cerita di blog bagaimana saya kerani sekolah memarahi saya (di belakang) kerana berkali-kali mencari cikgu kelas anak kerana jadual waktu. Nak kata saya salah, tak juga. Tapi saya fahamlah kalau hanya 10% aje ibu atau bapa kepada 450 orang murid Tahun 2 yang menelefon mencari cikgu, tentulah sekolah pun bengang!
tahniah mummydearie... tak semua ibu perihatin seperti awak..
Padamsinggah here
BalasPadamtq anum :)
PadamKonflik sebenarnya sebab kita nak membuat timbang-tara walau tahu itu tak salah.
BalasPadamApapun betul kata Ita sebagai ibu siapa pun mahu yg terbaik buat anak-anak tetapi hal penjagaan hingga diserah bulat-bulat pada pengasuh/guru itu adalah satu yg tak adil...