Barang redemption Drypers dah sampai tapi.... - Cerita Ita                                                             Barang redemption Drypers dah sampai tapi.... Langkau ke kandungan utama

Barang redemption Drypers dah sampai tapi....

assalamualaikum semua,

korang sihat hari ni?

lama betul tak menulis santai-santai dalam blog ni...nak menaip pun dah macam tak reti dah...

hari ni aku teruja la konon sebab terima bungkusan besar...bungkusan yang dah lama aku tunggu kehadirannya... bungkusan redemption dari Drypers...



dah lama aku hantar borang tuntutan disertai dengan kod bar yang aku gigih kerat dan kumpul dari setiap bungkusan drypers yang kami beli untuk abg ngah dan husna selama ni... gigih ok kumpul dan catat ikut jenis kod bar.. dan gigih jugak aku gi pos dengan harapan dapat benda alah ni...

cutie cake maker yang aku berangan noo tu..


dan syukur bila dapat sms dari drypers kata redemtion aku dah selamat tiba dan barang akan diterima hujung bulan februari.. dan bermula la penantian semenjak tu...

sampai minggu lepas aku yang tak sabor lagi nak menunggu ni hantar message pada facebook dan dah mendapat jawapan yang cepat dari pengurusan drypers kata akan terima hujung minggu ni... dengan tambahan pesanan ada beberapa barang yang terpaksa diorang tukar sebab ketiadaan stok...

dan bungkusannya aku terima petang semalam....lebih cepat jugak dari jangkaan... yang ini memang aku puji pengurusan drypers... diorang memang sangat bagus dari segi penggantian drypers yang ada masalah dan respon pada pengguna...

tapi apa yang menyedihkan aku ialah ini barang yang aku terima...


barang dari dryper redemption - sila abaikan meja yang tak bape kemas tu ye..



dan pek drypantz dan beg kat tepi tu 2 buah beg untuk menggantikan cake maker yang aku tunjuk kat atas memula tadi... korang rasa apa kalau jadi aku? tak puashati? aku lagi la wei... sekurang-kurangnya bagi la yang setimpal ke kan.. di bawah ni surat lampiran yang diterima bersama bungkusan...


surat datang bersama bungkusan - sila lihat pada item 1 dan 5  


aku amat bersyukur dapat barang percuma setelah gigih mengumpul kodbar sekian lama... dan bersyukur jugak ada syarikat yang ada alternatif macam ni untuk menjaga kesetiaan pelanggan...

cuma aku rasa terkilan je kan... kalau drypers ada servis yang lebih baik dengan memaklumkan pada pelanggan barang apa yang telah abis stok dan memberi pilihan kepada pelanggan untuk menukarkan barangan tu dengan barang lain yang terdapat dalam list bukankah itu jauh lebih baik dari beri saja apa yang ada dan tak abis dalam stok tanpa bertanya keperluan kepada pelanggan sendiri kan?

diharap sangat Drypers Malaysia dapat mengekalkan sistem redemption seperti ini dan memperbaiki sistem redemption mereka supaya kesetiaan pelanggan terus terjalin sehingga ke anak cucu.. hehe...


p/s hilang angan2 nak buat kek dengan anak dara aku... ceh..alasan... jom kita gi kursus!

Ulasan

  1. wah seronotnyer.. aku nye susu wyeth and enfagrow syafi punye pn smpai skrg tak redeem lagi.. dah kasi org dah pon

    BalasPadam
  2. kalau kena kat kak anim, frust jugak tu..

    BalasPadam
  3. Kalau apa pun dpt redeem memang best. Tak kisahlah Rozi dpt replacement cuma terkilan mungkin ada yg lebih menarik hati Rozi agaknya ye..

    BalasPadam
  4. Selalu jugak beli lampin drypers ni, tapi tak pernah pulak perasan nak join contestnya tu. Sayang betul.

    BalasPadam
  5. kalau akak ... sure satu hangin satu badan .. yer ler ... di tawarkan satu benda yg buat orang berangan tak sudah :) tetiba di tukar dgn beg ntah apa apa ... waduhhh .. mana sepadan. Tukar le dgn sandwich maker ke .. pie maker ke .. waffle maker ke .. yg penting MAKER juga ... kan kan kann ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...