Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang - Cerita Ita                                                             Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang

assalamualaikum semua,

banyak sangat cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni tapi kesibukan buat masa ni tak mengizinkan jari ni terus berada di atas keyboard untuk menaip...maka banyak sangat entry yang tertunda..

sejak dari awal tahun lagi... cerita abg long di sekolah...cerita kami buat short trip ke Muzium Pekan...cerita kami menyertai dua Hari Keluarga yang sangat meriah... cerita check up...cerita kami menang hadiah kretif di Petrosmart Kuantan....semuanya terpaksa menunggu masa untuk diceritakan kemudian...

dan hari ni setelah agak lama tak menulis...aku nak coretkan sedikit ucapan buat anak pertama kami yang selamanya akan jadi pertama...dan tetap akan jadi antara kesayangan ummi dan ayah buat selamanya...

Hari ni 17 April 2014, genap usia abg long 7 tahun...

pesan ummi untuk abg long cuma sedikit je nak...

carilah ilmu sebanyak mungkin tak kira untuk dunia atau akhirat kerana hanya dengan ilmu manusia dapat mengatur diri menjadi lebih sempurna...

jagalah adab dan perlakuan sebagai seorang muslim di mana-mana saja kamu berada...

inshaaAllah, ummi dan ayah akan tetap berusaha menjadi ibubapa yang terbaik untuk abg long dan adik-adik...

Selamat Hari Lahir Sayang...



macam biasa tiada sambutan besar-besaran dari kami untuk abg long... inshaaAllah kalau sempat malam ni ummi cuba buat kek untuk abg long bawak ke sekolah esok ye nak...


p/s terbayang senyuman dia bila aku ucapkan selamat hari lahir masa dia tengah sarapan pagi tadi... huhu.. airmata rasa nak menitis...

Ulasan

  1. Wah, dah 7 tahun. Sekejap jer dah besar kan. Happy Birthday Abg Long. Semoga membesar sebagai anak yang berbakti dan muslim yang soleh. Amin.

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir abang long.. semoga jadi abang long yg soleh dan beriman serta berilmu dan dapat jadi contoh yg baik utk adik2.. auntie tau abang long boleh..

    BalasPadam
  3. bertambah setahun lagi usia anak...
    jadi abang sulong yang jadi contoh kat adik2

    BalasPadam
  4. selamat hari jadi juga sayang....semoga berjaya dunia dan akhirat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...