dah 2 hari di bulan ramadhan.. - Cerita Ita                                                             dah 2 hari di bulan ramadhan.. Langkau ke kandungan utama

dah 2 hari di bulan ramadhan..

assalamualaikum semua,

semoga semua pembaca sihat hendaknya...

pagi tadi aku ke klinik Jalan Gambut untuk ujian ulangan air kencing... sebelum tu seperti biasa ambik buku dah rutin check kat Klinik Desa Kempadang dulu... dan selesai bawak buku ke Klinik Jalan Gambut... alhamdulillah.. walaupun orang ramai, urusan agak cepat... dalam pukul 11 pagi dah selesai semua urusan..
yang tak sanggupnya kena ambik sampel air kencing sampai 3 kali hari ni... huwaaa...

yang pertama cuma nak tengok guna express kit macam biasa..yang ni kat klinik desa... pastu kena pulak check ikut mesin.. yang ni kat klinik jalan gambut.. pastu bila doktor tengok bacaan ada sikit meragukan dia suruh pulak buat satu lagi ujian.. sampel dihantar pulak ke hospital.. mujur pundi kencing ada simpanan lagi untuk yang last.. kalau tak.. tak pasal pulak kena datang lagi esok menghantar...

alhamdulillah.. tadi doktor buat scan sekali.. sebenarnya kalau ikutkan temujanji minggu depan... tapi disebabkan dah datang maka doktor terus buat je la...
dan keputusannya baby sihat dan dah capai berat 1.49kg di 28 minggu 4 hari pada hari ni... syukur... patut la berat badan aku naik terus ke 70kg.. laju je.. esok-esok nak turun harapnya laju la jugak..
semoga Allah terus bagi kekuatan dan kesihatan yang baik buat kami berdua..amin..

ok cukup cerita pasal kandungan...

jom cerita pasal bulan puasa pulak...
semalam dah berlalu 1 ramadhan... alhamdulillah kami dapat berbuka puasa bersama dengan mak mertua semalam...aku masak soto je untuk santapan anak beranak..mak mertua dah selamat pulak masak mee kari.. dah dekat waktu berbuka sampai pulak akak ipar sekeluarga dengan bekal nasi dan lauk pauk... meriah berbuka semalam...rezeki melimpah ruah..

jadi pagi ni kami sahur cuma mengabiskan soto kami yang tak abis semalam..pun masih tak abis jugak..

aku plan petang ni nak masak ikan cencaru bakar.. konon nak lawankan dengan sayur taugeh masak lemak.. tapi shah kata pulak sup ada lagi.. jadi jangan membazir..jadi kita cuma tambahkan menu ikan bakar je la..bersyukur betul dapat suami yang tak kisah ni...makan je apa yang ada.. terima kasih kerana memahami bang..lebih-lebih lagi dalam keadaan ita macam ni...

tapi tetiba je aku berangan macam nak makan apam kukus yang macam NI .... rasanya sempat buat kot ? hehe....kena cari kelapa la ni....

apam tepung gandum kukus

p/s semoga ramadhan kita kali ni lebih baik dari yang ramadhan yang lepas... dan semoga ini bukan ramadhan terakhir kita..amin.. teringat sabtu lepas sebelum ke pasar..ada kemalangan.. mak meninggal dan anak cedera parah.. Ya Allah... tak sempat sambut ramadhan...

Ulasan

  1. selamat menjalani ibadah di bulan ramadan

    BalasPadam
  2. alhamdulillah semuanya ok. selamat berpuasa ita. jaga kesihatan

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...ok nampaknya dah Ita. Sedihnya, akak dah jauh di Melaka. Kalau tak, akak dah sampai depan pintu bawak pinggan nak minta apam...hahahahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...