tak sihat.. - Cerita Ita                                                             tak sihat.. Langkau ke kandungan utama

tak sihat..

assalamualaikum semua,

dah seminggu tak sihat.. selsema... tapi tak teruk sangat..

tapi hari isnin baru ni pegi check up kat klinik desa... bila check berat naik mendadak...

bulan lepas cuma 66.5kg... bulan ni jadi 69.5kg...

pelik jugak mana datang 3 kg tu dalam sebulan... sedangkan selera makan takde la bagus sangat cuma tak muntah je la... tapi kalau ikutkan nak abiskan nasi separuh pun payah... malam pulak selalu tak makan...jadi susah hati pulak memikirkan...

dan lepas tu mulalah jadi rutin baru pulak... pegi check berat 2 kali seminggu... aduhai.. ini yang tak daya...

rasanya mungkin berat kat bayi kat dalam perut ni kot... shah pun cakap perut aku kali ni macam lagi besar je dari ngandung yang dulu-dulu... (ke sebab lemak tepu sebelum-sebelum ni tak abis bakar?  ;-P)...
tapi memang rasa lebih lelah dari dulu.. nak berdiri sebelah kaki pun dah tak larat kalau tak support dengan tangan lagi sebelah... mungkin jugak sebab faktor umur yang makin meningkat agaknya...

dan semalam pulak diuji lagi... kena cirit birit... terus hari ni timbang jadi kurang 1kg.. hehe... ada hikmatnya sakit tu...

cuma semalam doktor macam panik bila tengok tekanan darah aku agak rendah.. dia ingat sebab cirit birit tu... tapi bila tengok buku pink.. terus dia kata..memang biasa macam ni.. jadi dia cuma nasihatkan minum banyak air je la...

memang mengandung kali ni tak kena dugaan bleeding macam 3 yang dulu.. tapi dugaan lain pulak macam darah rendah ni... patut la aku selalu rasa macam gelap mata je bila bangun dari sujud...

semoga Allah permudahkan kandungan dan kelahirannya nanti...amin...

p/s maaf la ye resepi kupang tak sempat tulis lagi....dan rasanya kupang tu punca cery bery semalam kot...

Ulasan

  1. mumgkin juga..oo...patutlah jarang update, berbadan dua rupanya. tahniah..

    BalasPadam
  2. Jaga diri Ita..semoga selamat semuanya

    BalasPadam
  3. kesiannye.. take care ye ita..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...