assalamualaikum semua,
dah nak masuk 3 minggu abg long dan abg ngah di kampung atuk dia di johor..
kami tinggal diorang pada 30hb bulan lepas dan patutnya ambik minggu depan 27hb tapi 4hb dah rasa macam nak gi ambik semula..haha..tak boleh betul la...
ini pun semalam abg ngah dah menangis taknak letak telefon..dah rindu sangat..sibuk kata saya nak ikut ummi dengan ayah dengan adik una..alahai anak..apa kan daya..johor tu bukan dekat nak oiii...
dan kami buat keputusan balik jugak minggu ni untuk ambik diorang..
sekarang ni pulak tengah musim hujan..risau jugak hati ni..hujan berterusan sejak malam kelmarin..cuma kadang-kadang lebat dan kadang-kadang gerimis..
harapnya dipermudahkan urusan kami nanti..
p/s ummi, ayah dan adik-adik pun dah rindu sgt dgn abg ngah dgn abg long..kakak sampai suka sgt pegi rumah mak long sampai taknak balik..dia rindu nak main dengan abg2.. lainkali tak payah tinggal la.. :'(
ala cianya rindu
BalasPadam