assalamualaikum semua,
lamanya tak menulis...terima kasih pada pembaca yang masih sudi singgah walaupun tuan rumah dah hanyut entah ke mana..
2015 memberi kami banyak kenangan dan pengertian tentang hidup...memang banyak..sangat-sangat banyak..
tak tau nak mulakan dari mana...
dari awal tahun rutin kami sekeluarga bermula seperti biasa..abg long dah mula persekolahan dengan menaiki tahun 2.. tahun ni sedikit berbeza buat abg long..dia berpindah ke transit baru yang diharap dapat beri perkhidmatan lebih baik dari yang sebelumnya..
abg ngah dan kakak husna juga dah berpindah ke sekolah baru..PASTI ILMI..dan seterusnya berkongsi transit yang sama dengan abg long..hanya adik hadi yang masih setia diletakkan dalam jagaan pengasuh lama abg ngah dan kakak yang buat setakat ni beri khidmat yang sangat bagus..alhamdulillah..
dugaan kami bermula dari hujung tahun 2014.. cuaca yang tiba-tiba menjadi terlalu sejuk di Kuantan ni..alhamdulillah merasa la musim sejuk cuma tak bersalji saja..
anak-anak mula diserang selsema dan batuk..dan abg long jugak tak terkecuali..sehingga 7/1 abg long makin tak sihat dah terpaksa diberi cuti oleh doktor pada 8/1...tapi selepas tu abg long bersekolah lagi seperti biasa sehingga dia demam panas semula seminggu kemudian berserta tonsillitis...
bersambung....
p/s syukur dikurniakan anak2 yang menjadikan hidupku semakin sibuk sehingga tak terupdate blog dah..kekeke..
updated on 4/3/2015
setiap dugaan pasti ada hikmahnya
BalasPadamAllah....betul2 dugaan. Akk dah boleh imagine betapa sibuknya awak.
BalasPadam