assalamualaikum semua,
semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja...
kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas...
jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi...
memula aku punya aktiviti ialah menganyam ketupat... kadang-kadang aku rasa pelik skill menganyam ketupat ni sebenarnya setahun paling bagus pun dua kali je pun buat tapi tetap tak lupa ek...
dan aku berjaya menganyam 12 biji kat rumah.. tambah 4 biji kat tempat keja... maka jadi la 16 biji je ketupat aku sempat rebus... hahaha... abis tu daun yg bebanyak tu aku nak buat apa?
dan disebabkan teringin sangat nak makan lepat pulut maka aku pun pulun la buat...tarra... alhamdulillah menjadi... selama ni aku tak uruskan lepat ni dari mula sampai akhir..cuma tolong-tolong je abah aku dan belajar bungkus (sambil merosakkan daun..huhu..)
dan bila dah direbus ini hasil kedua-duanya.. ketupat tu terlindung pasal malu sebab sikit noo...heee...
alhamdulillah..berjaya memenuhi selera sendiri sempena menyambut aidilfitri... ABAH.....ANGAH BERJAYA BUAT!
nanti dah raya aku tunjuk belah dalam dia rupa caner eh...
dan untuk makan bersama ketupat dan lepat pulut ni aku dah siapkan juadah lain yang istimewa iaitu Daging Masak Ungkep....sebut nama pun dan ngences wooo....
meh layan gambo... sorry ek hp cikai je... tapi bukan hp klon ok...jangan tanya aku macamana nak kenal telefon ori atau klon... tanya la sama orang yang bergaduh tu haa... eh ke lain pulak.. meh kita tengok gambar lauk best ni..
buat sesiapa yang nak mencuba semua juadah ni nanti aku akan sertakan resepinya di entry yang lain ye... terima kasih sudi singgah...buat untuk menu rumah terbuka pun sedap ni...
p/s berangan kalau la ada kari tetel ni makan dengan lepat tu... kuah banjir...perghhh...puasa ita puasa....

ketupat bawang |

lepat pulut sebelum direbus |
dan bila dah direbus ini hasil kedua-duanya.. ketupat tu terlindung pasal malu sebab sikit noo...heee...
lepat dan ketupat setelah direbus |
alhamdulillah..berjaya memenuhi selera sendiri sempena menyambut aidilfitri... ABAH.....ANGAH BERJAYA BUAT!
nanti dah raya aku tunjuk belah dalam dia rupa caner eh...
dan untuk makan bersama ketupat dan lepat pulut ni aku dah siapkan juadah lain yang istimewa iaitu Daging Masak Ungkep....sebut nama pun dan ngences wooo....
meh layan gambo... sorry ek hp cikai je... tapi bukan hp klon ok...jangan tanya aku macamana nak kenal telefon ori atau klon... tanya la sama orang yang bergaduh tu haa... eh ke lain pulak.. meh kita tengok gambar lauk best ni..
ungkep daging |
buat sesiapa yang nak mencuba semua juadah ni nanti aku akan sertakan resepinya di entry yang lain ye... terima kasih sudi singgah...buat untuk menu rumah terbuka pun sedap ni...
p/s berangan kalau la ada kari tetel ni makan dengan lepat tu... kuah banjir...perghhh...puasa ita puasa....
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.